Statcounter

Sunday, January 13, 2019

One-Fine-Day



Actually mau mencari inspirasi ni, tidak semestinya kita tengok ke arah orang2 yang sudah terkenal dan berjaya atau yang sudah billionaires. Inspirasi tu ada di mana2. For me sendiri, sometimes my own customers sendiri pun adalah satu inspirasi.

This one customer of mine, I know her for a long time. Daripada dia kerja accountant di satu company yg ended up tidak bayar her gaji, sampai dia keluar dan kerja di company jual makanan import. And selepas beberapa tahun, dia quit tu company sebab tidak puas hati dengan kegiatan perniagaan yg dibuat oleh bos2 dia.  Dia quit dan mula berjual nasi lemak di Gaya Street time hari minggu, and then buat cod makanan tapau, which masa tu pendapatan tidak menentu, mau ikut sambutan dan kerajinan. Masa tu sia nampak dia a bit hilang arah, sebab marketing FB dia pun dia tidak begitu push, cuma harap pakai wasap ja dengan orang2 yang dia kenal. Market dia limited. Masa tu sia nampak dia sangat memerlukan satu "anjakan paradigma" kalau dia mau pegi jauh. Not long after that, akhirnya dia cari kerja juga. Dia kerja sama this legal office yang ada boss pangkat Datuk yang kuat memaki. Sampai makian tu jadi rutin dorang sehari-hari. Tapi dia tahan juga beberapa bulan. So setiap perkembangan life dia dari masa ke semasa, sia tau sebab selama tempoh tu juga dia tetap jadi my loyal customer. So I can't help but nampak struggle dia dlm life. 

Dan akhirnya dia quit tu legal office, dia bikin satu biz baru bikin kuih lapis. Time tu sia skeptical about the new venture sebab sia sendiri pun bukan penggemar kuih kukus ni semua, so sia wish dia good luck ja la. Sebab sepa tau kan? I still remember dia bikin FB dia, sia lah liker pertama dia. And then dia dapat nda sampai 10 likes di Fb page dia tu. Cos banyak strategi dia belum tau and dia start sangat humble and tidak begitu menonjolkan diri. Bukan jenis suka ambil gambar produk dan lain2. Sia pun fikir percubaan dia kali ni mungkin bukan yg terbaik, sebab nampak betapa slownya dia dalam marketing kuih dia tu. But this was 2 years ago. Sekarang ni, WOW, friendlist dia sudah 5K, sampai dia terpaksa mau delete supaya yang baru boleh masuk. Satu kali dia upload pic, dia akan dapat berpuluh2 likes dari customers yang berpuas hati sama kuih dia. Actually dia teda strategi yg luar biasa. In fact dia teda strategi langsung! Still dengan passive marketing yg kalau sempat upload, sempat lah. Dan if you ask me, apa kelebihan kuih dia, I can't really say it. For me kuih lapis ni kan biasanya terlalu manis dan bukan selalu kita mau makan. Kalau terasa mau makan, ada juga dijual di tamu. Ada yang jual RM2 - 5 biji, ada yang RM1 - 3 biji. But this customer jual kuih dia price yang sangat jauh lagi mahal. Satu biji RM1. Ada sekali tu sia beli satu jenis kuih dia dengan price RM10, masa tu tekejut juga sebab slice dia tu macam yang harga RM2.50, but dia memang letak harga RM10 utk satu bekas. If we buy swiss roll gebu tu pun baru RM7-RM8.50, rasa a bit nda berbaloi juga la masa tu. Masa sia beli tu, sia terfikir apa yang customer dia lain akan rasa dengan harga dia yg sangat mahal. But still, surprisingly, customer kuih dia, adalah mereka2 yang penggemar tegar kuih lapis. Yang tau menilai kualiti dan kesedapan, dan terbukti kualiti kuih customer sia tu adalah menepati citarasa dorang. So biasanya dia dapat tempahan daripada organisasi korporat yang mementingkan kualiti berbanding harga. Hari tu, dia ada join satu jualan di shopping mall, masa tu sia risau juga sebab my other customers ada cakap yang jualan dorang bukannya bagus pun kalau join pesta2 macam tu, sebab terlampau banyak pilihan dan apa lagi kalau ngam2 bulan tua. Sia risau dengan price kuih2 dia tu, dia akan tenggelam dan kuih2 dia tu bukan tahan lama sangat sebab kukus dan ada yg guna santan. But again to my surprise, kuih dia nda sempat sampai di tapak jualan sebab sudah kena pajak time di bonet kereta lagi. Whoa!

So sepa la kita yang mau menilai dan merendahkan usaha orang lain kan? Even sia sendiri pun tidak terkecuali dengan rasa ragu-ragu dengan percubaan baru dia tu. Sia tidak risau juga sebab sia tau dia tidak akan berhenti kalau dia gagal, tapi sepa sangka, dia akhirnya jumpa juga yang betul2 MENGENA sama lubuk rezeki dia. Di sebalik kuih lapis idaman ramai tu, dia sebenarnya invest juga untuk masuk kelas. Dia bayar beratus2 untuk ikut berapa level kemahiran kuih lapis, so dia sedar yang setakat mau harap apa skill yang dia sedia ada, memang susah mau maju. Cuma sebagai someone yg nampak progress kehidupan dia, sia salute betul sama dia ni. Dia berjaya mematahkan keraguan orang sama kemampuan dia. Dan guess what, satu inspirasi yang sia dapat daripada dia ni. Kau buli try berapa banyak bidang pun, tapi mesti ada satu yg betul2 adalah tepat pada sasaran, iaitu suddenly semua akan berjalan lancar selagi kau konsisten dan determined untuk bikin. So pokoknya, kau kena teruskan percubaan demi percubaan. Orang yg give up and suam-suam kuku ni besanya tidak akan sampai tahap ni. Silap2 they won't jumpa tu lubuk rezeki yang mengena sama dorang. I tell you, dalam 10 tahun pun kita cuba, belum tau jumpa, tapi if you stop looking for it, confirm tidak akan jumpa, confirmmm tidak akan jumpa! 

Sia sendiri percaya sama One-fine-day. Benda ni sia pecaya dari mula sia start kerja. Konsep One-fine-day is when kau mau capai something tu, berapa banyak attempt kau bikin pun mungkin kau masih belum capai. Tapi sia anggap ini campurtangan dari Tuhan sebab journey tu sangat berharga. Kalau kau terus capai dengan senang, sesuatu yg kau betul2 mau, mesti impact dia tidak seberapa. Sia percaya, boleh berlakunya pertembungan Keinginan + Peluang + Luck yang akan berlaku secara SERENTAK dan masa tu, benda yang kau hanya akan capai dalam masa 20 tahun dengan usaha yang sedia ada, kau akan dapat dengan TING! Sekelip mata. Maybe you meet the right person or the right opportunity dan yang menjadikan kau layak untuk terima that One-Fine-Day adalah kerana YOU ARE PREPARED for it. Maksudnya, sekarang ni adalah tempoh persediaan. Sebab One-Fine-Day tu akan muncul bila2. Dia akan teased you a bit, sebab sometimes kau rasa dia mau sampai sudah, but sebenarnya tidak. So when it happens, Pastikan Kau ADA DI SANA untuk terima. I tell you, anggaplah semua yg stubborn, tubal, tahan tukul, jiwa kental dalam usaha dorang tu adalah sebab they are simply preparing themselves for that One-Fine-Day. Silap2, mungkin ini yg berlaku sama jutawan2 macam dorang Mark Z, Bill G and Jack M. They bumped into their One-Fine-Day and they just exploded with fortunes. Nda kisah la what you call it, but you gotta believe in that day. A Day When All Things Will Make Sense. Believe in your own One-Fine-Day. One day I'm sure you will have a story like that to inspire the young souls. So guys, this year might just be it. Keep going!

No comments: