Ada ba satu restoran ni nda jauh dari tempat keja sia. In fact banyak restoran di sana yang almost semua sia pernah try. Cuma ni la tempat yang sia rasa makanan goreng2 dia sedap, portion dia berbaloi dengan harga yang reasonable. Tempat lain pun ada kelebihan masing2 tapi speaking of goreng2, memang di tempat ni la no 1 dalam ranking sia. Gara2 selalu pi sana selama bertahun-tahun, kami tau chef dia mana satu. Kalau my fwen lagi yg terover cerewet, dia akan terang2 tanya, Ada chef ka ni hari? Kalau ada, baru dia order.
So macam ni cerita dia. Selepas berkali2 datang makan situ, tiba2 satu hari tu makanan yang datang tu tidak sama sudah kualiti rasa dia. Sangat out. Sampai kami nda pecaya dan bertinguan. Masa tu macam nampak juga kelibat si chef tu di dapur, tapi kenapa nda sedap? So memandangkan kami betul2 nda percaya yang chef tu yg masak tu makanan, kami teka memang one of the 2 assistants yg bikin. My friend tiba2 mengamuk sama tu waitress yang dia kenal. She said, "Kamu sudah tau kan kami selalu makan di sini mesti mau tu chef yg masak. Kenapa kamu suruh orang lain yg masak? Nda sedap ni makanan hari ni." Dengan nada marah dan nda bertapis. Tekejut sia dia macam tu. Nda sangka betul. Sampai semua pekerja2 di sana tengok dan bercakap sesama sendiri. Tu assistant yg kena tuduh masak pun kedengaran menafikan. Dia cakap bukan dia yg masak. Tu chef yg masak. Tapi kami nda percaya sama sekali.
Selepas kejadian tu, kami masih pi sana selepas satu tempoh bertenang yg lama juga la, terutama kawan sia tu. Sia ok ja sebab ada beberapa kali yang sia rasa bukan tu chef yg masak tapi rasa dia ok juga biarpun selalunya memang kalau nda ngam rasa dia, sia anggap ja trainee chef yang masak. Tu chef pun kenal sudah muka kami. Sometimes kami berlimpas lagi masa mau pi sana, and tu chef cakap dia sedang rest and mau balik rumah. So kami pigi juga cuma nda order yang masak2 lah. Order yg sedia ada ja.
So selepas tu, ada beberapa kali yang kami ada di sana and tu chef confirm ada. Dan kami confirm teda assistant dia. Confirm dia yang masak tapi still masakan dia sometimes nda kena. Masa tu kawan sia pun nda buli cakap apa2 sudah. Sebab dia nda buli tuduh orang lain sudah. Memang sure tu chef yg masak.
Paling last kami pegi 2 hari yg lalu. Nampak sendiri tu chef yang ambil bahan dari freezer yang dorang taruh di luar. I said, Nahh nasib baik ada tu chef. So my fwen order mi soup yang dia craving. Sampai2 ja, banyak dia komplen. Tu mi keras la. Udang nda fresh lah. Tapi dia cakap tu soup sedap juga la. So dia makan juga sampai habis sia tinguk. Biarpun bising mulut dia. Hahahaha.
Guess what? Selepas beberapa kali tu chef sebenarnya nda perform dalam masakan2 dia, dia tetap kekal sebagai chef yg terbaik di fikiran kami. Kami punya level percaya sama kerja dia tu sampai kami salahkan orang lain yg masak bila kebetulan ada orang lain masuk dapur dan makanan tu nda sesedap selalu. Tapi balik2 jua dia kedapatan dan pasti yg dia yang masak and still tidak selalu tip top masakan dia. Tapi balik2 juga kami datang dan percaya dia akan masak yg paling sedap sudah untuk kali ni.
Maybe attitude kita dalam life memang macam tu. Kalau kita sudah ada impression yg begitu baik terhadap seseorang, orang tu mungkin akan berkali-kali let us down tapi kita akan cari excuse kenapa org tu berkelakuan gitu. Kita akan cari alasan supaya kita nda perlu blame org tu. Kita protect dia dengan macam2 explanation. Dan yang paling mengharukan, kita terus percaya sama tu urg dan kita yakin dia akan kembali jadi diri dia sebagaimana yang mula2 kita kenal dia.
Yes, sebegitu pemaafnya kita sebenarnya. Cuma bukan untuk semua org. Adalah sorang dua yang kita letak di tempat yg lebih special sikit. Dorang ni ibarat macam chef fav tu yang sometimes masak nda sedap, tapi kita maafkan dia dan percaya next time dia akan masak sedap balik. Mungkin satu masa kita akan berenti memaafkan and find a new fav chef. Nobody can stop that too. It's okay. Yang penting kita faham lumrah manusia yang tidak sempurna. Tapi God ciptakan Forgiveness untuk kita deal sama ketidaksempurnaan kita sesama sendiri. Guna la pemberian tu kan sebab forgiveness tu ciptaan yg indah :)
No comments:
Post a Comment