Statcounter

Wednesday, December 16, 2020

Kamu Berhak Bahagia

Kamu rasa bah, adakah Bahagia itu hanya layak untuk sesetengah orang ja? Maksudnya hanya pada berhak untuk umur tertentu, status kewangan tertentu, pekerjaan tertentu atau status perkahwinan tertentu? Sebab manusia biasa bercakap tentang, Eh, kau miskin la, mesti hidup kau susah kan? Kalau sudah susah dan serba serbi kekurangan, confirm la nda bahagia kan? Or kalau sudah capai usia 50 tahun then baru beria-ia mau jatuh cinta, mesti orang cakap, Eh kau ni umur begini masih miang lagi. Nda cukup2 ka masa muda? Or just because someone is married and anak berbaris, bila dorang mengeluh pasal perkahwinan dorang, orang akan cakap, Ui sedar la diri tu, anak sudah berderet, jangan la bikin hal. Teruskan ja perkahwinan tu. Tapi realitinya, Bahagia tu bukan semudah itu. Dalam hidup ni, bahagia datang dan pergi. Tapi untuk mereka yang sudah kehilangan sumber bahagia, adakah dorang cuma perlu pasrah dan teruskan langkah untuk habiskan sisa hidup dorang macam tu ja?

Apa yang sia belajar dari hidup ni iaitu dari orang2 keliling sia, Bahagia itu milik setiap insan. Bahagia bukan hak milik mutlak hanya untuk yg sudah berkawin ja, or yang single ja, or yang kaya ja, or yang ada duit ja, yang ada anak ja, or yang ada rumah ja etc, something like that. Tidak payah syarat2 tu semua. Kalau kamu mendambakan bahagia and willing to go towards tu, KAMU BERHAK. Teda sepa pun patut persoalkan samada hak kamu sudah expired just because kamu sudah capai certain age. Sedangkan age itu cuma giliran kamu kena lahir pi dunia ni ja. Bukan kita yang rancang kita akan lahir bila so kenapa pula benda tu seolah-olah dijadikan sebab mau menghukum mereka2 yang terus mencari bahagia seolah-olah hanya umur tertentu ja layak. Ada yang masih blur sama apa yang sia try sampaikan ni?

Apa yang buat sia terfikir ayat ni kan bila sia nampak kes2 saudara mara sia yang bercerai berai selepas begitu lama berkawin, anak sudah bujang dan bekerja, masa tu pula baru dorang cerai and masing2 move on sama pasangan masing2. Awal2 tu sia pun prejudis dan menghakimi dorang ni dari jauh. Sia rasa betul2 pelik and tidak terfikir pun kelogikan dalam akal sia caman benda tu boleh berlaku. Dorang sudah kawin lama, ada ramai anak, and then semua sangka dorang akan sama2 sampai hujung hayat. Rupanya tidak. Masing2 end up sama pasangan masing2. Senangnya mulut orang untuk bercakap yg Tua2 pun masih miang, anak sudah berderet pun masih terfikir cari pasangan lain. Dan bukan luarbiasa untuk nampak perkahwinan yang sudah tiada cinta tapi masih terus berkahwin sebab anak2. Tapi masing2 ada orang lain di dalam hati masing2. Bila I come across kes2 macam tu, sia terpaksa ubah anggapan sia selama ni. Sebab siapa yang ndamau bahagia kan? Siapa kita untuk mengadili hidup orang yg kita cuma nampak luaran ja. Senang ja untuk kita cakap, -Cuba ja la kau cinta laki or bini kau tu balik. Mesti buli mah selepas macam2 yang kamu lalui-. Tapi apa la yg kita tau kan? Kalau hati kamu nda bahagia, benda tu cuma kamu ja yang tau. Berapa ramai di luar tu yg actually menderita dalam diam sebab terperangkap dalam anggapan masyarakat yg sentiasa mengadili. Kamu jadi malu dan segan dan pasrah ja dengan situasi kamu.

Given that hidup ni singkat, kita ada begitu banyak masa kah untuk Nanti, Nanti dan Nanti Lah? Kehidupan tu sedang berlangsung setiap detik. Sekarang bila sia sudah lebih matang, sia jadi tabik sama uncle auntie sia yang berani keluar dari anggapan masyarakat dan approach kebahagiaan dorang. Ada yang decided untuk cari pasangan baru. Ada yang decided untuk terus single. Ada yang decided untuk jual nasi lemak or burger dan tinggalkan kerja di bawah aircond. Keputusan2 besar dalam hidup yg orang buat sebab dorang faham yang masa dorang di dunia ni bukanlah panjang. Dan manusia dilahirkan dengan perasaan yang mana BAHAGIA adalah satu nikmat yg semua manusia mau kejar. Tapi bahagia itu berlaku di dalam hati. Bukan benda yang kau makan. Kau sentuh atau pegang. So teda sepa yang tentukan apa yang bikin kau bahagia melainkan diri kau sendiri yg merasa. So what stops you?

Lihat orang keliling kamu, maybe kalau kita lebih terbuka dengan fakta hidup ni yang peluang untuk merasai hidup di dunia ni cuma sekali ja, so masa kita terbatas. BAHAGIA tu adalah matlamat semua orang. For once, bagus lagi masing2 kejar bahagia dan berhenti menghakimi org lain yg kejar bahagia dorang. Sekarang sia faham KENAPA perhubungan tu tidak semua akan menjadi atau berkekalan.  Sebab hubungan adalah untuk dua2 bahagia dan bukan sorang ja. Kalau kita faham seperti dorang2 yang lain, kita akan merelakan hidup terus berlangsung. Percaya la biarpun hati kita terluka, itu tetap adalah lebih baik supaya perjalanan itu boleh diteruskan untuk more possibilities di hadapan. 

Apa pun situasi kamu sekarang, kau ingat ni... iaitu KAMU BERHAK UNTUK BAHAGIA. Biarpun bukan untuk selamanya, biarpun bukan untuk masa yg dapat kamu tentukan. So kenapa la kan? Kenapa la cuma sekejap. Kamu tetap berhak untuk kejar Bahagia kamu tu selagi kamu bernafas. Kejarlah Bahagia tu sebab Kamu Berhak.

Sia bangga sama those yang sentiasa berjuang untuk bahagia. Semoga bahagia tu akan jadi milik kita semua. :)

No comments: