Statcounter

Saturday, October 31, 2020

The 7 Of Us

Walaupun sia si 256, tapi number fevret sia adalah 7. Ni hari 31 Oktober, jadi apa salahnya sia bercakap pasal number fevret sia ni hari since bulan 7 sudah limpas kan. Aik, ada kaitan kaitu? Hahahaha

Sebenarnya sia nda berapa suka wasap group. Sia malas tu idea orang tumpang RAM fon sia sambil dorang chat yg teda kaitan sama sia. Yes, as honest as can be. Sia begitu punya urang. Kalau masa chat MIRC tu kau keluar ja dari chatroom, teda apa2 yang tertinggal di fon kau. Kalau kau mau layan org berchatting sesama dorg pun tidak membebankan fon kau. But wasap ni lain. Kau mau tahan hati ja orang chat macam mau kasi tayang kau ja padahal kau nda berminat mau tau. Hahahahaha. Sia paling malasss orang add sia wasap group nda minta izin sia. Sampai begitu sekali sia punya privacy territory. Tapi manusia buli berubah. Biarpun bersyarat.

Yang MCO 1 bermula, my bestie tiba2 bikin wasap group baru tanpa info sia, biarpun dia faham sia mungkin nda selesa but she still did it. Dalam tu ada 6 orang kawan sia lain, dan termasuk sia, 7 orang lah. Hanya 4 orang ja yg constantly update each other sebab kami ada secret Fb group sejak bertahun lalu. Wasap group ni kali macam satu kejutan for me and I don't like surprises, you know that. Teda juga masalah but biar sia admit ja la, dalam wasap group tu, sia buli dikatakan yg palinggg bawah kalau mau cakap achievement dalam life ikut standard masyarakat. Hahahaha. Kawan sia ni hebat2 bah. Susah sia mau explain tapi dorang memang hebat2. Ni yang sejujur-jujurnya. 

Sia ni tidak sehebat dorang sebab sia buli dikatakan paling rebellious di kalangan kami bertujuh. Sia punya rebelliousness tu yg buat sia nda mau ikut standard masyarakat sebab sia ikut kemahuan dan kesukaan sia. Pasal tu sia di level ni ja sebab ni yg buat sia happy. Dan maybe sia not so ambitious. Or benda yang membahagiakan sia tu tidak memerlukan sia untuk jadi ambitious. Tidak buli salahkan dorang juga kalau dorang ambitious. Memang sepatutnya begitu la ba kan? That's why hidup dalam acuan sendiri tu bikin sia bukan manusia hebat kalau berbanding yang lain. Tapi kalau buli ukur level kebahagiaan, mungkin sia ada fight di situ lah. Hahahahahaha. Mungkin lahh. That part ja sia ada harapan. Hahahaha.

Tapi on the first few days di wasap group tu, sia fikir sia akan jadi cctv macam wasap2 group family lain. Rupanya inda. Sia la paling kuat cakap. Hahahahahaha. Tiba2 sia terconnect balik sama sejarah persahabatan kami. One of them sia kenal sejak form 4. The rest sia kenal sejak matrix. And masa kami study di PJ, kami satu rumah!!! YES, itu lah sejarah persahabatan kami. Sia lupa kali tu kan? Camana dorang ni semua sangat kenal sia. Dorang tau mood swing sia yg suddenly teda mood, dorang tau cope sama sia punya talkativeness, sudah pernah nampak sia marah, sia jahat, semua lahhh. Dorang2 ni la yang selalu sia cerita when sia mention about my closefriends, my diamond friends...Nahh dorang la ni.

Pasal dorang ni Diamond, dorang sangat istimewa. Suddenly sia lupa sia paling bawah rank di antara dorang sebab dorang humble dan dorang tidak berlagak jadi MISS KNOW ALL. Dorang masih tanya soalan naive dan masih buat sia rasa superior sebab sia tau banyakk benda yang dorang ndatau. Cakap pasal politik, entertainment, latest news, dan macam2 sharing, sampai la ke bab motivation, I always have a lot to share. Sia jadi watak dominan dalam wasap group kami. Terus sia makin ingat pasal each of them. Kami nda banyak berbeza dengan dulu. Dari dulu sia memang banyakk idea mau bercakap. And guess what apa yang paling best?

Dorang inda segan mau share dorang punya deepest thoughts. Pissed sama laki ka, dorang banyak makan ka, dorang risau pasal kesihatan ka, dorang malas ka dan semua benda yg dorang ndakan tulis di Fb status dorang, simply sebab orang2 yg baca tu mostly INDA peduli pun. Kalau di group tu, kami peduli apa ja yang dorang cakap. Kami ambil tau. Kami akan tanya soalan. Kami akan bagi opinion. Kami and sedih dan gembira ikut apa yang dikongsi. Sebab kami kenal masing2. Kami buli ja send gambar mangut tanpa edit2 sebab kami nda risau pasal impression. Lebih mangut, lebih baik sebab ertinya kami selesa jadi diri kami di kalangan kami and there's really nothing to hide. Macam kemarin, sia gambar my lunch yang teda tapis2. Dorang nampak la camana feistynya makanan sia masa sia kelaparan. Hahahahahaha. Kalau mau tayang di FB memang nda la sebab mesti orang salah faham sama kau fikir kau nda jaga makan (memang pun inda...Hahahaha) tapi your friends won't judge you. Tadi pagi sia send gambar mangut sia di office sama2 KFC yang baru kena hantar Food Panda, orang lain buli ja kutuk sia la sebab makan benda2 gitu awal2 pagi. Hahahaha. Tapi kalau sama dorang, sia nda peduli pun apa dorang fikir sebab dorang kenal sia and nothing surprised them anymore. Then semua video2 vacation sia dorang nampak masa sia berlawa2, tapi muka sia yg berminyak pun dorang nampak juga. Means peduli apaaa, they have seen you so much untuk hafal muka kau. Dorang adalah orang yg terakhir untuk tengok lakonan kau cos u definitely will get busted. They won't buy it. Don't you just love that?

Jadi sia sangat thankful sama bestie sia sebab break tu barrier and brings us together again. Now kami tunggu masa ja untuk Sabah hijau balik so we can do a gathering! Yang sia rasa best, diamond friends sia ni faham yang rank dorang tu semua apa la juga. Walaupun adalah sorang dari kami (kamu tau ni which one) yang dulu selalu merendahkan kawan sebab tu dia nda berapa disukai, tapi sekarang dia adjust juga sama tune kami sebab life dia sendiri banyak kekurangan. Sia rasa dia pun sedar dan appreciate yang dalam banyak2 kawan dia di luar tu, dia buli cari satu atau dua, tapi bukan tujuh! dalam satu tempat. 

Dalam pada sia merendahkan diri sia kalau dibandingkan sama kawan2 sia, sia must be fair juga lah sama diri sia sebab sia akun juga ada benda yang sia bikin yg dorang belum tentu buli bikin. So maybe dorang ada spare sikit juga respect untuk sia sebab sia explore bidang yg dorang tidak berani dan sia explore jalan yang dorang mungkin tidak akan bikin. But at one point, dorang wished they had the courage sebab Siok pula jadi si 256 oo. Ada kemungkinan juga begitu. Sebab like I said, I have to be fair to myself dan effort sia dalam life sia sendiri untuk mencari kebahagiaan. Kalau tinguk camana sia ada masa mau mansau, camana sia appreciate kehidupan dan keliling sia, sia yakin dorang nampak juga KENAPA sia pilih jalan yang sia pilih. Sia sedang menikmati the perks yg offered by this path so ni semua bukan fluke or a story of misfortune. Far from that. Ini adalah pilihan yang dibuat dalam sedar dan bukan sewenang-wenangnya. Dengan ertikata lain. Tuhan itu adil bah :)


Sia sangat2 bersyukur for the 7 of us. Dorang bikin life sia happier and more meaningful. Sia treasure dorang so much. Speaking of rank, dorang adalah rank sia yg paling atas, I'm sure you're not surprised. Hahahahaha. Semoga Tuhan bless dorang and lindungi dorang seperti yang sia sebut dalam semua doa sia. Thank you God for this gift of good friends in the 7 of us :)


Friday, October 30, 2020

Sekarang Siapa Yang Main Api?

Alam rumahtangga ni memang nda mudah. Apa lagi kalau kau masih ada ingatan tulus ikhlas terhadap ex kau. In this particular case, kawan lelaki sia. Kalau dulu, sia nampak dia ni sebagai married man yang berkawan atas sebab2 kerja dan his marriage looked okay. Pasal tu la sia nda kisah berurusan sama dia. Tapi bila makin biasa, makin banyak yg dia cerita pasal kisah silam dia.

Dia ceta camana dia used to be a casanova, kaki pub. Banyak girlfriend. Tapi dia keep mentioning about ex dia saturang ni yg dia sudah sampai tahap beli rumah sama2 dan plan mau kawin. Tapi abang2 tu pompuan nda suka ni lelaki sebab dorang tau perangai kaki pub dia. So dorang menentang habis-habisan. Dorang akhirnya terpaksa jual tu rumah. Tu lelaki pun mungkin kecil hati sebab nda diterima, tapi perempuan tu masih mau tu hubungan tapi mungkin lelaki tu sudah tawar hati. Perempuan tu merajuk sama family dia dan membawa diri pi KL. I think at one point, ni lelaki sudah moved on. Dia pun mau lupakan tu perempuan dan dia kawin la sama girlfriend dia yg baru sebab dia sudah sampai umur yg sesuai. Dia kawin sebab itu tuntutan hidup untuk lelaki umur macam dia, dan bini dia tu yg ada di sana masa tu. So sekarang dia ada anak2 yang masih kecil. Pretty much family dia ok. Bini pun lawa juga, pandai urus anak2. So apa lagi yg lelaki mau bah kan?

Satu kepelikan sama dia ni, dia nda berminat sama social media ni dan dia nda begitu arif. Only baru2 ni dia tanya kami camana mau buka FB? U can guess what. Mimang dia cubuk2 FB ex dia ni guna FB anak buah dia sebelum ni, dan dia selalu bergurau pasal tu. Tapi maybe dia nampak sia ni good listener dan tidak terus2 menghakimi dia, sikit2 cerita dia keluar. Dia ni kalau tinguk secara fizikal, dia nampak macam lelaki bujang yg teda anak bini. Sebab pakaian dia sempoi, macam teda yg menunggu dia di rumah. Selalu bergerak ke sana sini sorang2. Tapi good enuff when sia ingat dia cakap sama sia dia ni Buaya yang sudah pencen. Tapi lately macam buaya dia tu naik balik. Walaupun bergurau, tapi macam la kita ndatau lelaki ni macamana kan? Nampak perempuan limpas, dia ndakan segan silu cakap sesuatu. Sama ada dia puji atau sebaliknya. Sia kelucuan juga sebab dalam hati sia, Kononnn la kan buaya sudah pencen. Nampak macam taring buaya tu belum kena kikir abis lagi tu. Hahahahahaa.

So baru2 juga dia mengadu camana dia sama bini dia selalu annoy each other depan tv. Dia puji2 la apa yg dia nampak di tv, dan bini dia mesti marah, Kenapa, kau teingat si anu tu kan? Nahh, mungkin dia try mau usik2 ja laki dia tu, atau naluri seorang bini memang tauu apa yang nda kena sama laki dia. Whichever comes first lah. Sebab ni lelaki macam makin rindu sama ex dia. Sampai dia minta ajar kami bikin FB. Sampai dia tanya, Kalau kami message2, orang buli nampak kah? Terus sia cakap, Uii, apa yg kau cuba mau bikin ni ah? 

Nda lama dulu, sia pernah sebut pasal ex sia sama dia. U know what he said, "Jangan main apiiii bah, 256" Padahal sia just gurau2 jaaa. Masa tu sia cuma tanya, "Tu lelaki handsome kah?" Pantang sia cakap benda2 gitu, terus dia kasi ingat sia jangan main api. Sekarang sepa yg main api sebenarnya? Hahahaha. Sebab sia dapat teka dia macam sedang dalam fasa bosan dengan perkahwinan dia. Maybe dia sunyi sebab dia nda buli suka2 cakap depan bini dia sebab bini dia akan cemburu. Dia terpaksa pendam banyak benda sendiri. Dan mungkin dia sudah puas jaga hati bini dia selama ni dengan menjauhkan diri dari social media, fon pun jarang bawa. But what do u expect kan? That u can freely talk about ur ex sedangkan bini kau sendiri pun kenal tu perempuan? Mimang cari nahas lah. Anak sampai 5 orang, ini bukan setakat dorang berdua ja mau difikir. Bini dia lagi baru2 tiba2 ikut dia. Entah kenapa sia rasa bini dia mau menyiasat kalau laki dia ni ada skandal di luar. But bini dia kenal sia. Sia rasa musykil bila dia minta no fon sia. Secara kebetulan kawan sia ni pernah call dan wasap sia, tapi jarang sia reply. Dan fon dia pula hilang! Kawan sia ni cakap mau beli fon baru but bini dia cakap Inda payah beli baru. I wonder kalau bini dia rasa syak wasangka. Entah, itu masalah dorang lah. Dorang lagi faham.

Tapi memang kawan lelaki sia tu makin hari makin ingat ex dia tu. Sikit2 pasal ex dia tu. Macam dia jadi sentimental kalau cakap pasal dia. Dia cakap bini lain, tapi cinta yg paling hebat dia tetap ex dia tu. Dia sebut pasal camana perempuan tu paling faham dia tanpa dia bercakap. Tapi adil kah dia teringat keindahan yg cuma dalam memori. Itu cerita dulu kan. Kalau la dia kawin sama ex dia tu, dia jamin ka dia masih rasa begitu sama dia? Confirm tidak sama. Ini lah memori pasal ex kita ni biasanya INDAH belaka sebab kita ingat dorang pada zaman kegemilangan itu. Sedangkan dorang sudah jadi orang yg lain sekarang. Mungkin 360 darjah perbezaan dia. Mungkin tengok di Fb masih macam yg dulu. Sia ada nampak Fb ex dia tu. Memang ada iras2 bini dia juga. Memang taste dia perempuan begitu. Memang lawa, kurus, tinggi. I said no wonder lahh dia rindu balik. Atau mungkin tu cuma alasan ja kali kan? Sebab lelaki ni memang begitu. Memang nature dorang untuk terus tertarik sama perempuan lain selain perempuan yg ada di sisi dorang. Mungkin ex ni cuma alasan semata-mata. The fact is they need distraction untuk make life dorang lebih menarik.

Tapi perkahwinan is not a game. Ada anak2 yang lahir dari perkahwinan tu yg jadi tanggungjawab kau lebih daripada setakat fikir diri kau, perasaan kau dan kebosanan kau. Anak2 tu lebih penting. Macam si Puteri Sarah cakap, Curang ni susah sebab kau kena jaga fon kau, delete message, delete nombor, lock fon - in order untuk tidak kedapatan. Mudah lagi untuk SETIA dia bilang. How true! Sekarang ni sia anggap kawan sia lalui fasa sementara ja. Nanti akal dia akan catch up. Sia harap dia nda main api sebab macam dia mau berjinak2 sudah tu. Sepa tau, nanti bermula dengan Hi, jadi melarat. Tapi susah juga kita mau tahan orang kan? Sayang tu datang tanpa diundang nda tidak mengira siapa. Tapi camana pun beringat la sebelum terjebak.

Nahhh, again. Jadi sekarang sepa yg main api sebenarnya? Hahahaha. I'm gonna say that to him sampai dia bosan jadi kalau dia main api juga, kami tumpang tinguk ja dari jauh k. Hahahahaha 

The Fighter & The Victor

 Sepanjang minggu ni, sunyi ja group wasap kamirang. Tiba2 tadi baru bersuara. My bestie told us dia sangat stress sampai teda mood mau bikin itu ini. Teda mood mau workout, mau makan sama tidur ja. Dengan situasi Covid yang sekarang, and then maid dia baru kena angkut ambulance, sia rasa dia tertekan sebab dorang kena kuarantin lagi sekali. So tiba2 dia tanya soalan, "Kamu pernah terfikir ka macamana kamu mau mati nanti?" Atukoi soalan dia...Hehehe.

Soalan yang no laughing business tapi sia imagine camana la fikiran dia sekarang sampai gitu lah soalan yg keluar di kepala dia. Dia ni sangat realistic punya orang. Dia nda beat around the bushes. I'm thankful that she's like that, cos I'm not. Sia more kepada, "looking for the light" while she will talk about the darkness and describe it in detail without denying it. Then sorang lagi (yang check jantung tu hari) pun cakap dia sesak nafas mau fikir pasal tu hal. Then I said, Heyy waitt kamu. Kenapa mau fikir sampai sana, bukan terletak di tangan kita kan? But that is not enuff. Dorang continue to sound hopeless. Macam really down bah. Sempat sia risau kejap.

As usual, sia mula la sesi motivasi sia tanpa diundang. Sepa jua yg nda pernah fikir pasal tu kan? Tapi memang bukan bidang kuasa kita bah. Tapi dorang macam ndamau consider that "Godly role". Macam dorang ndamau include God dalam ni cerita. Dorang cuma mau layan dorang punya soalan ja. But CANNOT bahh. Kau nda buli tidak include God dalam ni cerita, betul kah? So sia cerita la pasal kisah dua orang laki bini dalam boat and tiba2 datang ribut dan bot dorang terumbang ambing dipukul ombak, yang bini dia ketakutan and tanya laki dia yang relax ja, "Kau nda takut ka? Silap2 kita buli mati sini ooo". So laki dia ketawa dan hunus pedang pi leher bini dia, "Kau takut ka sia bikin gini?" Bini dia ketawa, "Mimang la ba inda. Sebab kau yg pigang tu pedang, mimang la kau nda akan kasi cedera sia sebab kau sayang sia mahh". Terus laki dia cakap, "EXACTLY. Kau tau God sayang kita kan, apa pun yang terjadi, dua2 pengakhiran dia ok. Kalau kita selamat, kita boleh teruskan kehidupan, kalau kita mati pun, kita tau juga kita balik ke tangan God yang pegang storm tu.

Kamu faham ka ni cerita? Kamu dapat tangkap?

Maksudnya kalau kau pecaya kepada Pencipta kau, apa pun yg berlaku dalam hidup kau, adalah pengakhiran dia tetap bagus. Kamu tau apa kawan sia jawab?

Kalau God betul2 sayang kita, kenapa pula kita harus mati begitu??

Nahh begitu la resistantnya dia kepada God. Dia ni kawan sia pigi church tau dulu masa di U. Tiap minggu kami pi church dua orang. Tapi dia sentiasa jumpa lelaki yg salah dan sana la dia punya kepercayaan sama Tuhan makin pudar. Dia cakap, "Macam doa sia nda pernah kena dengar".  Tapi tu cerita dulu. Nda sangka dia masih begitu sampai ke hari ini.

Sia rasa jadi org yg ala-ala alim ni nda best tau kalau masa2 kawan2 kau yg "power" berbincang pasal issue yg melibatkan kekuasan dan kehandalan dorang sebagai manusia. Sia la jadi orang yg ala-ala alim tu kunun, yang suddenly bawa God masuk dalam ni cerita. I don't think dorang mau dengar pasal God masa ni. Dorang berdepan sama realiti hidup yg mencabar di depan dorang. Dorang solve masalah sendiri, ya lah, suddenly kau cakap pasal God sama dorang, macam dorang rasa kau masih hidup di imaginasi. I mean, I felt like that the way dorang respond sia. Like, Shut up la 256. We are talking about reality. Macam dorang mau marah kenapa mesti kita kena mati. Kalau God sayang kita jangan la ba cipta kematian. Maybe macam tu bah maksud dorang tu kan.

Sia jadi takut pula kalau ada "power" macam dorang. Sebab dorang sudah pernah rasa dorang yg kemudi life dorang. Jatuh bangun dorang pun dorang yg rasa. Menangis pun lap air mata sendiri. Jatuh pun bangun sendiri. Dorang pernah rasa as if LIFE tu dorang pegang di telapak tangan dorang bah. So tiba2 kau cakap pasal God, mesti dorang tinguk kau dari siring. Seriously, 256? Macam gitu bahh. Hahahahaha. Sia teringat terus sister sia bah. Sia pernah tanya dia pasal something. Dia cakap "Bukan Tuhan yg tolong sia. Sia sendiri yang tolong diri sia sendiri" Yes, she said that. Sebab yg sama why my friends said the same thing. Sebab dorang pernah rasa begitu "powerful" ke atas life dorang sendiri. 

Until one day...bila kau rasa jumpa limit kau sebagai manusia. Rupanya ada yang bukan kau pegang. Iaitu nasib kau hari esok. So pasal tu la dorang devastated sebab dorang sampai di hujung kuasa dorang. U get what I mean?

Yang si lemah macam sia ni, sia dari awal lagi selalu ingat Tuhan yg berkuasa. Sikit2 pun God. Jadi nda pernah sia pegang tu power yg begitu banyak terhadap hidup sia. Tapi kebagusannya, sia belum putus harapan. Sebab sikit2 pun sia kaitkan sama God. Jadi perkara yang sia nda buli jawab pun, sia yakin sama kebijaksanaan God ja. Sia yakin kepintaran kita tidak dapat capai apa ja dalam fikiran Tuhan. So issue2 macam tu sia nda akan pening2 cari jawapan. Sebab sia ada God. Sia yakin semua perkara akan dipermudahkan. Sia yakin semuanya ada jalan bila tiba masanya. 

So sebagai manusia biasa, memang kita akan buntu kalau kita fikir kita la yg pegang kuasa tertinggi dalam life kita. Sebab kita inda semampu mana pun. Untuk yg pecaya sama God, confirm serahkan semua tu sama God. Itu bukan bidang kuasa kita. Semua ketidaksempurnaan hidup kita adalah lumrah dan bukanlah satu yg luarbiasa sampai kita nda tidur malam mau fikir. In other words, kau akan lebih tenang tidur kalau kau percaya God ada di atas tu. 

So sia akhirkan sia punya motivasi tu dengan Memuji dorang. Sia cakap sia bangga ada kawan2 macam kamu. Kamu sudah lalui macam2 untuk sampai di tempat kamu sekarang. Kamu tempuhi dengan jaya semua dugaan hidup kamu sampai la kamu dapat semua achievements kamu. Tapi sia cakap gitu ada sebab. Sia mau dorang ingat yg dorang HEBAT dan nda layak dorang down macam tu seolah-olah dorang tidak pernah atasi begitu banyak ranjau dan duri dalam hidup dorang. KAMU HEBAT DAN SIA BANGGA DENGAN KAMU SEMUA. Please remember dat sebelum kamu mau rasa down sama life kamu. Please be fair dengan diri kamu. Be fair dengan the fighter dan the victor yg ada dalam life kamu. JANGAN LET THEM DOWN sebab benda2 yang God yang pegang. Kita percaya ja sama DIA. 

Dorang cakap, I wish I could think like you o. Nda, u know they didn't mean it kan. But soon they have no choice sebab dorang akan turn to God juga tu bila dorang sedar teda lagi tempat dorang mengadu. And as I'm writing this, God sees us. Dia akan help sepa yg mencari jawapan. Camana sia tau? Sebab sia PERCAYA. I have no doubt in that. 

To all The Fighthers out there, We are The Victors in our battles because He helped us. If He brings you to it, He will bring you through it.

HAVE FAITH.   


Saturday, October 24, 2020

The Anxious League

2 days ago, one of my diamond friends went to a private hospital because she could no longer handle her concern about her suddenly getting irregular heartbeats. She mentioned about it since last week, while we were discussing about health issues and stuff revolving C19. And then I remember she shared a graduation photo of her and another friend in FB, and tagged that friend who then responded with a sticker in the comment box. Guess what, that friend passed away one day before my friend decided to go to the hospital for her heart concern. So, let me make this clear.

Sebenarnya, beberapa minggu sebelum tu, sia sudah nampak tendency untuk kawan sia "terjebak" sebab dia terlampau RISAU sama situasi semasa. And when our friend kena C19, dia jadi nda keruan. Dia batuk pun dia pigi scan dada dia sama ada ada jangkitan ka nda. Bukan sia cakap dia overacting, tapi entah kenapa sia sort of ada "that wisdom" untuk faham situasi dia and knew where she was going if she didn't slow down.

My dear readers, biar sia make it clearer di post ni pasal ANXIETY. Mau muntah kamu dengar kan perkataan ni. Macam overrated. Padahal teda2 juga pun kamu bilang kan? Kalau mau elak kena anxiety, kamu stop la bah worry. Kamu juga punca anxiety tu datang. That probably what you had in mind. TAPI try baca apa sia mau tulis ni. Dalam situasi C19 yang makin meruncing di Sabah, kamu rasa kita boleh ubah sesuatu ka sekelip mata? TIDAK. Kita helpless sebagai seorang insan yg lemah. Apa lagi seorang ibu yang ada anak2 kecil. Yang mau yg terbaik untuk anak2. Yang setakat kena alergik pun lari sana sini cari klinik dan susah mau tidur selagi anak nda sihat. Jadi camana juga kau mau marah seorang ibu yang begitu risaukan anak2 dia? Kau buli simply cakap Berhenti la kau risau, kau faham ka kau akan dapat susah kalau kau risau? Wow senangnya kita bercakap. So akhirnya tekaan sia betul, finally dia kena simptom anxiety yang common, iaitu degupan jantung yg tidak menentu. 

Sepa yang pembaca setia sia, should know yang sia sudah lalui benda tu masa MCO pertama lagi. Tapi sia lagi sandi, sia inda macam dia terus2 pi hospital minta scan jantung sebab terlebih dulu sia sudah bikin ECG and it was normal. Di sana sia diberikan sikit wisdom untuk memahami yang sia alami ni "benda yang lain" dari apa yang kita fikir. Dari pembacaan, dari pengalaman orang lain, tapi STILL sia nda buli imagine camana sandinya kalau mengalami sendiri. Sampai lah benda tu berlaku sama sia, ni kali lah sia FAHAM sefaham-fahamnya. Betapa ngeri dan menakutkan bila jantung kita tiba2 berdegup kuat, atau dia macam skip degupan tu. Cuma Tuhan yang tau. Masa tu, percaya lahh, sepositif mana pun kau, mesti kau fikir "Sia mau mati sudah ka ni?" Now, can you explain that?

Jadi masa kawan sia decided untuk stay di hospital mahal untuk buat tu scan jantung, I oredi told her, "You could be having Anxiety symptom". Tapi sia nda berani confirm sebab alang2 sudah dia di sana, mesti la dia mau tau apa yg doktor cakap. Lagipun kawan sia ni TIDAK TAU yang sia pernah alami benda tu semua. So dipendekkan cerita, dia akhirnya ditahan 2 hari, dan Viola! Just like that tu nurse kasitau dia, jantung dia ok ja. Teda pun doctor jumpa dia sebab maybe dorg rasa tu kes sangat la tiada apa2. Untuk senangkan hati seorang pesakit yg ada duit untuk membayar servis di hospital swasta. Dia cakap bill dia 2 hari lebih RM6K. Tapi dia happy sebab jantung dia teda apa2. Then sia sambung lah, So betul la kau ada Anxiety Symptom. She said, "Maybe juga la ni"

So, WELCOME TO THE ANXIOUS LEAGUE, should I say this to her? Dalam group kami yang ada 7 orang, 2 orang (me and my bestie sudah ada dalam tu league). Yang lain kami belum tau, but maybe we will discover about it soon juga. Dari bulan 2 sia sudah kena my first attack, but when I started to meet the specialist in June, baru sia paham banyak benda pasal benda ni. Sekarang sia masuk 4 bulan sudah still dalam treatment, still taking my medication, memang sia rasa makin and makin stabil. Stabil dari segi apa? Dari segi handling emosi dalam menghadapi isu2 harian dalam hidup. Sebab masa sia kena benda ni, sia punya TEMBOK PERTAHANAN sudah nipis. Kalau ada ombak kuat, tembok sia akan terasa pukulan dia. Sia akan rasa gegaran dan mungkin sia akan menahan kesakitan. Tapi sia dilahirnya ada tembok yang nipis ya kawan2. Pasal tu la sia kuat merajuk, sia kuat nangis, sometimes sia beremosi berlebihan, FRAGILEnya sia ni. Bukan sekali sia cakap sia memang dari dulu adalah Fragile kid. Sampai my exbf dedicated the song Vulnerable to me sebab sepa yang rapat sama sia akan tau sia memang vulnerable. You have to be delicate to me or else I will get hurt all the time. That's why sia selalu protect diri sia daripada benda2 di luar tu yg maybe akan memudaratkan sia. Kamu faham sudah? Ok good. Hehe

Jadi kepada kami yang sudah ada dalam The Anxious League ni, ertinya tembok pertahanan kami tu sudah terhakis sampai jadi nipis. Tapi kawan2 sia yang ada dalam league ni, dorang iron ladies tau. Dorang sudah lalui macam2 dugaan dalam hidup dorang. Dorang bukan si lemah macam dat kemon. Hehe. Sia tabik dorang dan sia tau, dorang kena hempas ombak beratus ribu kali baru sampai tahap ni. Kawan sia yang baru scan jantung tu lagi, sia kenal dia dari secondary school. Macam2 dugaan dan kepahitan dia sebab dia nda disukai di mana ja dia pegi. Sebab perangai kekwat dan double standard dia yang suka pandang rendah orang lain, gara2 dia anak org kaya, buat orang nda suka dia. Pernah kena dera oleh bf dia, pernah mengandung anak luar nikah sama laki orang, pernah kena tinggal oleh macam2 lelaki yang mempermainkan perasaan dia...sedangkan sia sendiri pernah declare no-contact sama dia ni sebab sia rasa dia bad influence dalam hidup sia. Tapi dia harung semua tu dan terus cari jalan untuk berkawan sama kami. Bukan calang2 dugaan dia ni. Bila dia finally kena simptom begitu, sia rasa dia sudah lama bertahan. Susah juga kalau kau begitu "feel" kehidupan ni. Susah juga kalau kau sudah mula peduli dan ambil tau. Camana kau mau elak tu kan? Apa lagi kalau kau ada anak yang seolah-olah nyawa kau tu ada di luar badan kau. Memang mau nda mau kau akan serap semua reality pahit hidup ni yang melindungi dorang. Ya, tu la yang kawan2 sia alami. Dorang perempuan kuat yang sudah puas bertahan. 

But wait. Anxiety ni bukan satu hukuman mati ya kawan2. Ni cuma WARNING badan kita ja yang tembok pertahanan kita sudah menipis. That's why important untuk kamu tau kalau kamu kena ni sebab YES, ada treatment untuk kasi tebal balik tu tembok. Jadi jangan panic kalau kamu kena. Sia menulis ni masa sia masih dalam tempoh "pembinaan" tembok. Sekarang sia sudah mula menikmati kehidupan macam biasa. Biar sia explain sikit pasal treatment. Treatment ni akan balance kamu punya chemical dalam otak yang akan control emosi dan mood kamu so kamu punya badan akan mendapat isyarat yang tepat dari otak kamu. Bila semua sudah balance balik, masa tu la tembok kamu sudah diperbaharui balik ke asal. Jadi kerja kamu adalah untuk protect tu tembok yang baru. Tembok tu akan tolong kamu punya pertahanan supaya kau buli terus kuat dan jadi inspirasi untuk orang lain!!! That's your mission kalau kau masuk ni League. 

So, sepa yang kena ni, kamu pi ja buat medical checkup yg basic. Kalau result jantung semua okay, dan kamu nilai sendiri camana level stress dan gangguan emosi yang kamu lalui sejak kebelakangan tu, di sana lah kamu terima situasi kamu yang you could belong to this Anxious League. Jangan segan masuk ni League sebab kekuatan orang2 dalam ni League ada lain macam. Contohya dia buli menulis semua ni untuk bagi pengetahuan sama yang lain supaya kamu pun diberi kebijaksanaan untuk handle situasi yang sama ok?

Come on, ladies. Teruskan perjuangan. We are here because our strength is renewed. Welcome to the league!

Thursday, October 15, 2020

Treasure Hari Tua

Sia masih ingat masa sekolah menengah, sia pinjam ni camera kawan sia and bawa pi skul hari2 supaya sia sentiasa bersedia sama camera kalau ada apa2 yang menarik. Kenapa masa umuran gitu pun sudah sia begitu obsess sama mengambil gambar ah? Wrong. It's not about "taking photos", it's about "capturing memories" sebab sia sentiasa terfikir, one day, it's gonna be my treasure.

Padahal life sia masa secondary school bukannya best betul pun. Sia punya studies menjunam sebab sia culture shock. Jadi mangsa buli pun ada sampai sia balik2 nangis. Hahahahaa. I mean, kenapa kunun masa tu pun beria-ia sia mau capturing memories kunun. Atukoii, kesian kan dat kemon. Hehe.

Ada juga beberapa tahun yg lost daripada record sia sebab suddenly sia nda suka bergambar sudah. Tapi lepas tu mula lagi balik. Sampai ada sekali masa form 5, masa tu semua stress2 buat revision untuk SPM, buli2 sia nekad untuk ambil gambar kelas? Gara2 sia bilang nanti teda chance sudah ni. How did I do it? Bukan alang2 ah, sampai turun bawah bahh bergambar di tangga, di jambatan kolam, imagine la mulut dorang bising masa tu sebab kacau study dorang, tapi I DID IT. Last2 sia ja ada tu gambar yg paling2 rare. Sampai kelas lain "KAGUM" sama sportingnya kelas kami sanggup turun bawah masa2 begitu untuk ambil gambar kenangan. And semua tu guna camera sia. Dorang ndatau pun yang saturang ni yang beria-ia mau tu benda, dan yg lain not even too pleased with the idea tapi makasehh sebab bagi kejasama sama dat kemon. Last2 kelas kamii ja ada tu gambar gitu ahh. Silap2 sia ja ada tu gambar kali ah? (Nda juga la sebab banyak juga yg pinjam negatif tu masa hehe)

Masa MCO Ver 2 yang start minggu lalu, masa kawan sia di pusat Covid, nahh keluar la semua gambar2 lama untuk mengisi masa dan menghiburkan kawan sia tu. Masa tu baru sia nampak "HASIL"nya. Bila sia nampak balik tu gambar kamirang form 5, I remembered. DUI GIAAA sia bilang. Not to mention masa kami matrix, di U, one thing yang sia found out, rajin betul sia buat birthday celebration ah. Hahahahahaa. In fact, my friends reminded me yang masa kamirang daftar for matrix year 1, dekat2 bday sia, sia la org pertama yg pecah tradisi bikin bday party dalam keadaan kami semua masih belum kenal betul but since ada satu gang ex-schoolmate sia dari skul menengah pun masuk sana, ada juga tetamu sia yang bukan strangers. Sia masih ada tu gambar yg ramaii kami di luar dorm kami. WOWW 256, how did u that? Dalam keadaan yang bukan dari keluarga senang, tapi kemahuan sia mencipta memories tu bahhh, sia salute betul sama dat kemon oo. Doii, semua kena flashback balik kalau tinguk album lama. Sia kagum sama optimism sia yang nda banyak fikir, Just Do It and Go ahead and make this happen. Cos sekarang sia teda dat kind of optimism. Sukurlahh, I once had it and sia sudah dapat hasil dia. 

I once told people. Lepas ja satu event, people don't really enjoy looking at the photos cos they can still remember the event vividly. I told the upset photographer, Worry not, ni benda naik nilai dia dua tiga tahun dari sekarang, makin lama makin naik. One day nda hairan kalau urg berabut ni benda. Jan peduli kalau dorang nda appreciate ni gambar2 sekarang. ONE DAY THEY WILL.

So recently, after all the hardship this year offered, at least satu benda awesome yg datang pi kepala sia. That satu benda yang I NEVER REGRET is when sia gila bergambar. Biarpun nda fotogenic Hahahaha. Bukan itu persoalan dia. Camana kau nampak perubahan ciptaan Tuhan dalam diri kau tu. Daripada si kuyus kening tebal, pigi yang macam sekarang. Di dalam gambar2 tu semua, kau dapat balik 1001 cerita indah. Tentang happiness, tentang friendship, tentang good times dan tidak mustahil, kau akan lebih menghargai kehidupan ini. Like how one of my friends suddenly said, Tiba2 sia rindu ooo kamuuuuu. Dui giaa. Sebab dia teda simpan tu gambar2. Itu lah kuasa Kenangan yg terperangkap dalam foto2 lama.

Apa lagi sekarang yg ada camera phone? Nah abissss. Hahahaha. Semalam sia bikin video sia punya bday celebration this year, biarpun sudah berlalu beberapa bulan. OMG nicenyaa pula. Sia senyum jaa. Biarpun inda perfect video2 dan gambar2 yang sia ambil, tapi ENUFF untuk panggil balik good feelings tu. Balik2 sia syukur sama Tuhan ooo. Syukur Tuhan for giving me my loved ones and giving us the blessings to experience love and good times together.

Jadi, teruskan apa yg baik untuk kehidupan. Capturelah memories sebanyak mungkin. Itu pemberian Tuhan untuk kita, like Extra memory card untuk ruang ingatan kita yg ada had ni. So jangan cakap, Alah malas lah. Alah malu lah. Nanti lah. Jangan lah. Kumpullah "harta" ini untuk hari tua. Nanti ada masa kau akan duduk2 di kerusi malas, membelek2 balik gambar2 lama, video2 lama, mungkin kau akan ketawa, menangis terharu dan moment tu, teda apa yang buli ganti. Not even a million ringgit. Treasure yg nilai dia teda galang ganti :)

Bahh begambarr kitaa! Hehehehe

Sunday, October 4, 2020

When The Strong Ladies Talk...

Last nite, my bestie wrote to our wasap group, in a very straightforward manner. Guys, just to inform you that I went to get Covid test and the result is Positive. Masa sia baca tu, sia diam ja. Sebab sia mau fikir dulu, is it possible for her to joke around with stuff like that? Suddenly one of my other friends said, Uii, kau cakap betul ka main2 ni? And she said, Betul bah. That moment I knew she was downright serious about it. GARSH. Speechless moment. 

The last time I met her was in February. Dia ni always a health-conscious punya urang. Considering dia very family-oriented, dia sangat pentingkan family dia. In fact, masa dia jumpa sia di office sia tu masa, dia actually escape kerja. Untuk elakkan meeting sama orang Korea. Masa tu sudah ada kes Covid di Wuhan and Korea Selatan antara kes yg paling tinggi. So dia sanggup buat gitu untuk elakkan ni penyakit. Of course dia ndamau kasi jangkit anak kecil dia. Masa awal2 MCO tu pun, dia became very worried about everything sampai dia kena anxiety attack after a long time. The way she talked to me pun, macam I could feel dia punya paranoia yang sangat tinggi. Masa tu, dalam keadaan sia sendiri struggling with mounting symptoms of panic attack (cuma masa tu masih belum berapa teruk), I could calm myself and be positive, dan dia pula yang macam pessimist. I said, NO, you are better than that. I'm sure you are hiding your strength somewhere, so I thought. 

And then as the months of MCO went by, she became really optimistic as usual. I loved her spirit. Masa di uni years pun, dia sudah ada that kind of enthusiasm mau achieve lebih and lebih dalam life dia. She began to do extreme workout and lost so much weight and became hot momma, she planned to work on a shopping app for her next venture, and how she loved gardening, and at the same time, a boss in her department, and still have time for her kids. She loves to post everything on her Fb so I pretty much know what's going on. So everything in her life macam almost perfect. Again and again sia cakap benda ni cos I really thought so. But again I tell her, I'm thankful for all your achievements, I'm happy for you, but I just don't want the same thing for my life. Gitu sia cakap sama dia. Sebab sia rasa kami mau benda yang berbeza dalam life. Sia suka life yg private, yang inda glamourous, inda sophisticated, inda mewah, and she is the opposite. Tapi bila kami bercakap, we are still two simple friends yang understand each other and appreciate each other's punya kelebihan, despite semua pencapaian dia yg jauh dari sia. 

So, imagine. THAT friend actually told us she was C-19 positive. Oh my Lord. But camana sia mau react yang ngam? Considering sia tau yg dia pun ada anxiety attack, dicombine dengan sia, so apa la tu? Does that make anything better? Mimang inda kan? So careful with everything you write to a friend yang dalam kesusahan. Setiap perkataan kau tu akan ada impact! Actually, sia lupa kasitau kamu. I think back in May, masa sia dapat my second wave of panic attack, yang sia rasa mau blackout for the second time but managed to grab hold of my senses before it happened (I tell you, it could be that bad but worry not, read on...). So malam tu when I told her, she did not react cara yang ngam. She became really aggressive with her words. She said, 256, go medical checkup pleaseeee!!! Our health the most important bla bla bla... Kamurang tau apa? Masa sia baca wasap dia, tiba2 I got another attack bahh. Sia rasa mau blackout again. GARSH. Masa tu sia macam mau maki dia ja. Sandi tul situasi sia tu masa, sebab sia punya badan function dengan cara yang defensive. So maybe you get some idea camana panic attack ni berlaku. So okay, Thank God I managed to go thru all that suffering walaupun benda tu ada sikit menjejaskan communication kami lah. Tapi itu bulan 5,  sekarang sudah bulan 10. Dia sudah minta sorry sama sia lepas sia explain sama dia camana words dia tu bagi impact yg negative sama emotion sia masa tu. So I forgave her of course. How do you expect people to know kan dalam keadaan menulis membaca tanpa bunyi, tanpa suara dan tanpa melihat each other. THANK GOD again, sia dapat lalui fasa2 tu. Can you imagine the kind of strength yang diperlukan ka? God seja la jawapan sia. Sebab sia teda tu strength.

So berbalik kepada kawan sia ni. I should know better how to arrange my words knowing that how it could impact someone yg sedang dalam kesusahan. Sekarang ni pandemik C-19 ni adalah satu dunia punya kerisauan, but before this, kita tetap rasa kita jauh dari tu virus. Kita selalu fikir, Ah, teda juga ba tu. Nda juga ba tu kita kena. So imagine ah. Orang lain restrict perjalanan dorang sebab takut ni virus. Ada yang berkurung terus dalam rumah, nda pi jalan2, nda pi mana2, sebab itu fear of C-19 is real!! Especially yg ada anak kecil. Sia pula? Kamu tau kan sia mansau dekat keliling Sabah pula. Tulak tu zon merah ja. Tu pun dia merah just before kami berniat mau pi sana. So mesti orang cakap, Si 256 ni nda takut Covid ka? I already answered in my post sebelum2 ni. I mean, sepa nda tekejut kan? Kawan yang serba serbi ikut SOP and sangat risaukan health, akan kena ni virus! Oh Gosh. Again, sia dekat nda pecaya.

So sia acted cool ja with my words. Sia tidak buli terlampau terkejut or terlampau overreact cos it could trigger discomfort sama dia. Nda payah kau kasi ingat dia Ala, apa macam la anak2 kau tu, apa macam la mentua kau tu...NO! Jangan gitu. Kami tau tu benda semua duluan pi dalam kepala dia, duluan dia fikir and deal with emotionally and mentally, baru dia finally wasap kami di group and broke the news. Paling2 pun sia tanya, Kau rasa kau dapat masa mengundi ka? But she said mungkin dari ofis. Sia rasa cara dia menjawab kami pun dia sudah digest reality. Dia bukan masih in denial. So paling2 pun, sia kasi remind dia...

You know kan percentage untuk sembuh adalah sangat HIGH? Don't worry, kau ikut seja semua procedure tu. Semuanya akan OK.

So kawan2 yang lain pun semua kasi kata2 semangat. Sia selang seli sama gurauan. Uii, cepat la keluar, kita mau bikin Before and After kita punya gambar group profile tu. Hahahaha. Sia sempat cakap, apa2 hal kau update lah sini. Kau mau kawan membawang ka, kau wasap ja biar lah subuh2. Kami ada sini juga ni, sia cakap. Dia ada roomate juga, nasib baik. Ada juga kawan dia cerita. Dia wasap kami situasi tempat tinggal dia, and facility lain. Macam baru2 masuk kolej pula rupa dia tu. Cuma kali ni, dia ada anak2 dan laki yang rindu dia. Ada anak kecil yang belum 2 tahun. Sia rasa mesti pun dia akan homesick juga tu tapi considering dia pun selalu outstation, sia rasa dia akan OK. OK bukan pasal dia memang strong, tapi dia teda choice. DIA MESTI strong. Nangis mesti dalam hati ja. 

Kalau diikutkan hati, sikit2 kita nangis sudah kalau terasa lemah. TAPI being strong is not a choice, it's a must kan sia bilang tu. Kadang2 kau kena bercakap macam la kau ada spirit si Joan of Arc, sebenarnya dalam hati kau mungkin kau meraung kesedihan. Sia nda buli show yang sia sedih and simpati sama dia. Sia ndamau dia rasa kami feel sorry for her sebab sepa2 pun buli kena tu benda. Sia mau dia rasa benda tu BIASA and it could happen to anyone. Suddenly sia teringat balik masa orientasi first year kami. Masa tu kami kena suruh collect signature seniors, and kami di antara yang try main tipu2, tapi tiba2 yg kena panggil nama tu dia pula sampai kena naik pentas dan kena cop pelajar yg kasi palsu sain seniors. Kami terselamat. Masa tu dia punyalah nangis and maki2 masa dia pi bilik sia. Macam dia marah yang kami yg buyuk, dia pula kena kasi malu. Entah kenapa sia terbayang situasi tu balik. Mungkin sebab dalam tempoh pandemik ni, sia banyak berjalan. Dorang pula berkurung di rumah. Tapi dia pula yang kena. Entah la kalau ada sikit rasa terkilan dalam hati dia walaupun dia tau juga nda dapat dia salahkan sepa2. Kita semua sudah buat yg terbaik kan?

So untuk kawan sia tu, I'm sure dengan experience dia, kami nda akan rasa benda ni terlalu teruk kalau lah terpaksa melalui benda yang sama. Nampak sangat oo God pilih yang paling kuat antara kami untuk kasi pengajaran sama yang lain. Sebab God tau dia mampu. God tau dia ada perisai yang cukup. God tau dia well-equip sama kemampuan mental dan fizikal dia. Oh Gosh. Sepa la mau lawan Tuhan punya kepintaran kan?

So my friend, capat2 la kau recover. Kita kupi2 before the year ends ah. Dalam banyak benda yang sia taip tadi di wasap group kami, satu ja yang sia truly mean tanpa tapuk sikit punn (yang lain tu sia tapis2 lagi) iaitu sia PERCAYA yang kita semua mampu untuk menangani ni pandemik, zon merah akan bertukar hijau, semua pesakit akan discharge and back to normal life. This time it's better than normal. It's extraordinary life for people yang sudah kena lalui Strength upgrade bila kena lalui cabaran macam ni. I HAVE FAITH in this. No Doubt. 

So guys, stay vigilant. Kalau boleh, extra vigilant now. Jangan terlampau kebal. Biarlah pakai mask dalam keta. Jan kasi can tu Covid dapat rumah baru. Ok, we can do that right?

To my friend, get well soon. God bless you.