Statcounter

Sunday, December 22, 2019

2019...How Awesome Are You?

Camana tahun 2019 kamurang? Actually, semasa sia menjalani 2019 ni dari awal tahun lagi, sia sudah dapat sign yg dia ni confirm nda sehebat 2018. Sebab 2018 tu hebat dia lain macam. Sia ni jarang la begitu bertuah untuk dapat tahun yg hebat secara berturut2 so sia sudah jangka yg 2019 adalah tahun suam2 kuku. 

Tetapi siou lah, nda betul ah! 2019 ni perintis kepada banyak benda dalam life sia. Urang cakap Anjakan yang drastik. I mean, the routine I had for the past 10 years, akhirnya pecah rekod di 2019 sebab sia break sia punya routine tanpa dirancang. Kan sia ni suka plan siap2 before I do something big, but ada blessings yg datang tanpa diduga dan sia almost not prepared. Tapi sia tidak la level terkejut sampai inda tau camana mau accept, sebab in fairness, mungkin ada benda yang sia buat for the last 10 years yg melayakkan sia untuk dapat tu semua. And I thought I've already got rewarded last year for all that. Buat sia terfikir, berapa ramai yg buli tunggu 10 tahun untuk mendapat reward? Dalam tempoh tu, kau kena consistent, persistent dan tidak buli give up sekali pun. Kamurang buli kah? 10 tahun bukan singkat. Kalau baby, dia sudah jadi budak darjah 4. Kau buli jamin ka kau nda kan breakdown, kau ndakan putus asa, kau ndakan hilang drive, hilang passion, hilang haluan, and terus terang cakap, Kau yakin ka kau masih percaya kepada impian kau biarpun kau balik2 lalui jalan yang samar dan gelap? Sandi kan bunyi dia. Yg lagi teruk, kau no idea pun ada reward menjelma selepas 10 tahun. Seolah-olah teda bah actually reason untuk kau bertahan kalau kau jenis yg sikit2 give up. Kompom kau sudah give up beratus kali dalam tempoh tu. Jadi kau rasa senang ka susah ni keraja?

So bila finally dapat reward, sia berfikir balik, sia ni bertuah kah atau, memang sia layak dapat? Tapi sia nda lah besar-besarkan perkara tu. Sia bersyukur ja dan buat bagus2. Sebab ni bukan macam kena loteri. Kau dapat duit ja terus kau pi enjoy nda payah fikir banyak. Yang sia ni pula, sia rasa responsibility sia bertambah. Sia kena level up sia punya target. Tapi sia sudah prepare untuk tu sejak 2018 sebab kehebatan 2018 ni sia rasa sia gain power dan keluar dari kepompong limitation yg nda habis2 tu. That rupanya sia buli capai lebih dari ni. Ada rasa sikit sayang sama tahun2 yg berlalu yg sia nda sedar benda tu semua. But then you never know if it took all the lesson from the years to finally get you there. No need untuk pandang belakang. Setiap benda yg lalu adalah membantu dan menyumbang kepada siapa kau hari ni.

Jadi 2020 ni sia plan untuk conquer lebih banyak, break more of my constraints dan maybe lebih banyak jawapan yang sia akan dapat tu masa. Kenapa sia perlu lemah. Kenapa sia perlu takut. Kenapa sia perlu fobia. Kenapa sia masih ragu. Sebab kalau sia nda lalui semua tu, teda la struggle sia yg betul2 bermakna. Sia akan jadi si 256 yg hebat yg tidak langsung memerlukan orang lain. Sia akan angkuh di dunia sia sendiri. Maybe one day sia bersyukur yg sia pernah selemah ini sebab ada sebab untuk tu semua.

So kamu pula camana? Syok kan life ni! Goshh, I never change my mind about this. We are living a gift. Kita buat la yg terbaik. Promise?

No comments: