Statcounter

Sunday, August 18, 2019

Will You Be Chosen?

Ada beberapa kali sia terfikir ni scenario. KALAULAH kamurang satu group hanya ada satu boat ja untuk selamatkan diri dan beberapa orang terpaksa ditinggalkan, adakah KAU AKAN DIPILIH? In other words, adakah kau "berharga" di mata kawan2 kau? Kalau Ya, what do you think will be their reasons?

Kamu pernah terfikir kah kewujudan kamu di dunia ni adakah membawa kebaikan sama kawan2 di sekeliling kamu? Adaka kamu diperlukan? Kalau kamu tanya, apa yang menentukan value seseorang tu, well, you have your own answers. Sia terfikir juga benda dalam group trip kami, bila dorang plan2 mau pegi, dorang consider berapa orang muat satu kereta, and ada nama2 yang terpaksa dibuang sebab nda cukup space. Then sia imagine, "Kalau sia tarik diri, ok kah?" "Adakah they will beg for me to go with them?" "But if yes, for what reasons?" Or manalah tau dalam diam2 kawan2 sia tu bawa sia hanya untuk jaga hati sia ja, when actually dorang prefer sia nda pigi. Bah, sepa la yang tau kan? Sia pernah juga try2 kasitau dorang yg sia tidak pegi on certain condition, contohnya dorang cakap mau pi tinguk binatang, or pi tempat yg main air, sia inda berapa minat so sia cakap, Kamu seja pigi. Then my friend ubah plan dorang supaya sia mau pegi. So most likely plan yang ikut permintaan sia yang akan menjadi.

Sedih juga kan, dalam pada kita mencari dan mengenal yg baik2 pasal diri kita, actually di mata orang lain, teda beza pun kalau kita teda. In fact, banyak benda dirahsiakan dari kita sebab tidak penting pun untuk kita tau. Sepa juga mau gitu bah kan? 

Secara generalnya, value kita adalah berkaitan dengan impact yang kita bagi sama orang keliling kita. HOW USEFUL ARE YOU? So it's always about skill yang kau ada, talent yang kau ada, and the potential that you gonna use them for the benefits of other people.

Me as a person, I'm a hands-on person juga. Sia suka buat sendiri banyak benda2 tu sebab itu ja cara kerja kau akan berjalan lancar. Kalau kau sentiasa harap orang lain bikin, tunggu orang lain sampai dorang free, then imagine la berapa banyak masa kau terbuang. Thats why sia belajar banyak skill yg sia perlu dalam life ni. Sia belajar masak makanan kesukaan sia, sia belajar menjahit, sia belajar repair sendiri peralatan yang sia guna, sampaikan kalau setakat tukul menukul dan menggergaji, sia akan bikin sendiri. So last2, sia terfikir juga, adakah semua ni menjadikan sia berguna kepada orang keliling sia? Sia pernah terfikir, kalau lahhh kawan2 sia pilih sia as one of the last people yg naik boat tu, adakah dorang tidak menyesal? Buli kah sia guna apa yang sia ada ni untuk help kami survive? Pelik2 juga soalan dalam kepala sia ni. Hehe.

Maybe my point is, Jangan kita waste pemberian Tuhan sama kita. Selagi kita buli kasi up kita punya skills, kita bikin lah. Banyak benda yang kita buli bikin untuk buang masa, tapi biar berpada. Kalau malar beralasan, semua benda malas, semua benda teda semangat, then camana la tu? Cari something yg bikin mau ALIVE and mau terus develop. Find a new hobby yg mengembangkan kemahiran dan minat kau. I know people yang tidak berinisiatif. They just lack of interests dalam life ni. Semua benda malas. Semua benda bosan. Sia rasa rugiii betul ooo macam tu. Kadang2 sia rasa sia ni ter-over juga. Hyper yang memenatkan orang lain yg memandang. But then ada kebaikan yang dia bagi sama sia. Cos I'm also hyper kalau ada benda yang sia mau pursue. Kamu akan nampak sia punya semangat dan kesungguhan walaupun tidak semuanya sia akan capai and buat sampai habis. Tapi sia nda stop sana. Sia akan cari lagi benda baru cos sia yakin, akan ada satu benda yang akan finally meant to be for me. Something like that lah. 

But still, kita bukan manusia sempurna. Sia ada fobia dan fright yang sia belum boleh atasi. Pelik betul sebab orang lain rasa fobia sia tu benda kacang bagi dorang. Dan ada benda2 lain yg sia berjaya buat yang adalah susah dan mustahil untuk dorang buat. It's ridiculous kan? But sia terfikir juga, KALAULAH sia manusia yang tiada kelemahan itu, what would I be? Si Manusia Sempurna? Kelemahan sia menjadikan sia bergantung sama orang. Tapi kalau sia tidak perlukan orang lain, mungkin teda sepa mau jadi kawan sia, dan sia pun akan jauh dari family sia sebab sia buli handle semua benda sendiri. Kita faham juga la kenapa God jadikan kita macam ni. But camana pun, sia terfikir juga possibility yang sia akan conquer sia punya fobia dan sebaliknya jadi hebat dalam bidang tu. Will God permit that?

Tapi boleh kah, kita teruskan menghargai hari2 yang mendatang ni. Hargai kehidupan dan kesempatan untuk kita bikin benda2 bagus dalam life ni. Walaupun kamurang mungkin dilahirnya ada sifat selfish and narcissist macam sia, but it doesn't mean kita tidak buli keluar dari kepompong tu. Kalau kita tau kita perlukan orang lain, we can also be available for them. Tidak semestinya kita jadi si selfish selama-lamanya. Tidak semestinya kita tidak boleh ubah bila akal kita memberi kita kesedaran tu kan? So buli ka kita jadi manusia yang "akan dipilih naik boat?" Hahahaha. Kalau kau sendiri rasa kau tidak layak dipilih naik boat, maybe there's something we can do about it. Cos like some people say, tujuan kita hidup dalam life ni adalah to be a help for others. So simboliknya, sebaiknya kita jadilah orang yang layak untuk dibawa naik boat tu. Tapi sia harap the boat is enuff for everyone lah. Kalau nda, buli bah kali bikin dua trip kan? Hahahahaha.

Ok guys, good luck for the next week. Thanks for dropping by. See you again next post.

No comments: