I saw my colleague, looking gloomy this morning. Lepas cuti Raya sepatutnya ceria la sikit kan. Rupanya dia pening dengan anak dara dia yang baru masuk 21 tahun. Baru kawan2 sama satu lelaki umur lebih kurang, belum ada kerja, naik motor, sudah masuk cerita bab "Nanti kita nikah ja, nda mau kenduri2". Uina, matang betul ka usia 21 tahun tu untuk bercakap pasal nikah dan kawin semua ni?
Mama dia ni serabut sebab bekas laki dia yang tidak pernah peduli pasal tu anak2 masa dorang sedang membesar, tiba2 jadi hero bila anak sudah dapat kerja. Tiba2 bapa dia mau masuk campur urusan jodoh dan mau kasi cepat dorang tunang sebab kebetulan family lelaki tu ada kaitan saudara dengan dia. So mama dia ni cakap, BANYAK CANTIK muka dia. Sebelum cerai pun tidak kasi duit, apa lagi lepas cerai. Sedangkan dia pernah pinjam duit anak perempuan dia tu untuk berjudi dan tidak pernah bayar balik. Tiba2 baru dia muncul sekarang dan ambil peranan sebagai bapa yang mau kasi tunang anak. Memang betul, si mama dia ni bergolok gadai mengasi besar dua anak dia tu. Setakat jalan kaki subuh2 pegi ke pekan untuk ambil bas ke tempat kerja, sudah selalu dia bikin. Bawa balik rezeki untuk anak2 dia yang masih sekolah. Si lelaki tu betul2 lepas tangan. In fact terjumpa sama anak di pekan pun dia tegur ja dan berlalu. Sikit buah tangan pun dia teda kasi.
So mama dia ni bercadang untuk bantah habis-habisan perancangan gila si bapa yang tidak berguna tu. Sia tanya la sama si kakak, Dia confirm ka ni lelaki buli tanggung hidup dia? Kenapa dia beriya-iya sangat mau cakap pasal nikah, berapa tahun sudah kunun dia kenal tu lelaki? Kawan sia tu pun pelik dan salahkan bekas laki dia tu sebab bagi idea bodoh. Tapi sepa tau mungkin anak dia tu pun dalam diam kesukaan. OMG. Guys, negatif ka sia untuk bangkit soal realiti kehidupan? At the age of 21, sia di mana? Sia masih di U, fikiran totally innocent. Ada boyfriend yang sia sendiri inda sure apa feeling sia sama dia cos sia betul2 ndatau camana feeling yang kau rasa CUKUP untuk kau mau kawin dia. Not at that age. Okay, forget about me. Zaman berubah.
But then look at another friend of mine ni. Sia saksikan kehidupan dia daripada single, sampai la dia nikah sama satu mekanik. Dia berkeras mau sama tu mekanik biarpun tidak direstu oleh satu family dia. Dengan alasan, "cuma dia ja yang sanggup berkorban untuk sia". Logik juga alasan dia kan? Fast forward 7 years later, dengan 2 anak perempuan kecil, kawan sia hempas pulas kerja di pusat kebajikan OKU gaji baru RM 700 lebih, laki dia si mekanik tu yg dia perjuangkan satu masa dulu, tidur di rumah satu hari. Anak2 dorang di hantar pi rumah orang lain yg simpati. Everytime dia datang tempat sia mengadu, sia nampak penderitaan dia. Dia cakap, KAU TAU, MENYESAL SIA KAWINNNNNNNN!!
Sia rasa tidak salah dia kawin. Kalau sudah dia berkeinginan mau kawin, teruskan lah. Sepa juga tau tu mekanik turns out jadi begitu kan? So ngamkah kita cakap marriage tu satu perjudian? Belum tau kau akan untung atau rugi. Apa pun result dia, kau hadap lah. So untuk kes kawan sia tu yang melarang anak perempuan umur 21 tahun tu untuk terburu-buru kawin sama tu lelaki, ngam ka apa dia buat? Ngam ka dia jadikan contoh kawan anak dia yang sebaya dia yang kawin lebih awal dan sudah ada anak, sekarang hidup tidak menentu sebab ditinggalkan lelaki tu. Kadang2 terpaksa tidur di rumah kawan2 dia bawa anak tu. Adil ka jadikan dorang ni sebagai contoh? Bila sia tanya, BERAPA LAMA SUDAH DIA KENAL TU LELAKI? I said, Kak, sia pernah couple sampai 4 tahun pun sia belum rasa dia buli tanggung hidup sia o. Inikan lagi baru kenal masih malu2 kucing? Then si kakak cakap, ITULAH PASAL SIA LARANG DIA KAWIN AWAL. Sebab sia nampak orang2 yang bahagia ni bukan yg kemiangan mau kawin awal. Nanti kalau dikasi biar ja, silap2 adalah nanti menangis bawa perut balik rumah minta beras. Silap2 bersesak dengan anak menantu tinggal sebumbung gara2 teda tempat tinggal. KEJAM LA BAHHH ayat2 ni semua. Sakit mata sia baca. Hahahahaha.
Tapi bila kau nampak depan mata kau mangsa2 di dunia sebenar, don't play-play bilang si Phua Chu Kang. Kalau la cinta dan nafsu tu buli bikin beli beras, lain sikit cerita dia. Actually pilih pasangan hidup ni teda sepa yang master dalam ni ilmu. Kita semua si dungu yg tidak tau masa depan. Yang kita buli buat adalah membuat penilaian ikut apa yang termampu. Jalan yang nampak berlumpur tu pun belum tau lagi terus berlumpur bila kita pilih untuk harung. Apa lagi jalan yang tersergam indah, confirm la banyak surprises.
SO, BANYAK SANGAT HU HA, JADI APA LA MAU BIKIN NIII KALAU SEMUA PUN SALAH, SEMUA PUN BERISIKO?
Hahahahahahaha.
Pendapat si Dua Lima Anam, kau buat seja la apa yang bikin kau bahagia. Tapi ilmu2 tu kau kutip la juga jangan juga naif tidak berkesudahan. Bila bahagia tu kau decide dengan kebijaksanaan kau yang nda seberapa tu, kira ok sudah tu. Jangan seja jadi buta hati dan tidak ambil masa untuk fikir masak2. Life ni kena ambil risiko tapi jangan secara percuma. Ya la, confirm apa pun keputusan kau mesti ada pahit yg menanti. Paling2 pun kau teinjak duri, berdarah, kau nangis, kau pandai la cari ubat. Tapi promise me, tiada penyesalan selepas memilih satu jalan tu. Ingatlah yang kau di situ sebab kau telah memilih untuk BAHAGIA. Itu seja la formula yang terbaik untuk sia. Sepa la si cerdik pandai yang tidak pernah terluka dan bikin silap tu kan? :)
No comments:
Post a Comment