Kalau kamurang plan a trip sama kawan2, yang pegi visit2 tempat menarik, pegi enjoy2, pegi happy2, apa lagi zaman social media ni yang Mustahil la kau nda mau ambil gambar. Like me myself, tho I'm not the type who shares my vacay photos on social media, tapi kamurang fikir sia nda suka bergambar? You are so wrong! In fact, sia ni adalah kaki gambar sejak zaman school lagi. I realize the importance of photographs sebab sia mau ada kenangan di setiap event yang sia involved. So sejak sia Form 3, sia lah paling rajin bawa camera dan biasa sudah kalau I was the only one yang ada photos to that certain event. Sia punya niat is Memories. My point is, biarpun kepayahan kamurang mau nampak gambar sia, sia sebenarnya si kaki gambar yang sekaki-kakinya. Hahahaha. Sia kastau ni duluan supaya kamurang faham kenapa sia bikin certain emphasis.
Recently my friends ada atur satu day trip pegi tempat2 nice di sekitar KK, yang viral dan yang jadi bualan. Ini lah si kaki gambar paling suka. So, trip macam ni usually kamirang try untuk divide cost secara rata supaya semua senang hati. Semua pun sudah besar, sudah ada income, masing2 faham. So biarpun on short notice, sia tetap ndakan lupa a few things yang WAJIB:
1. Make sure you charge your phone/camera full!
2. Bring a powerbank yang sudah caj full! If ada spare battery, lagi bagus.
3. Bring a monopod or tripod, or bluetooth shutter (since drone is just too technical, I wish to use it someday). Whatever yang akan tolong kau take better pictures.
4. Make sure your phone ada banyak memory untuk isi gambar baru. Gambar lama tu kasi transfer awal2 pegi computer.
5. Make sure you have sufficient money in your wallet. Awal2 lagi pigi ATM bukannya bila kau sudah masuk kawasan hutan baru kau sibuk cari ATM
6. Make sure your phone ada data for internet and ada credit untuk make calls, just in case.
6 benda ni macam remeh kan. Day trip ja pun. But if you skip one and tanggung sendiri, is alright. Means betul2 kau tanggung sendiri. But time trip kami ni, actually kami pegi 2 tempat ja pun but kami spend masa lama di each place. Imagine la, sampai ja that place yang begitu majestic scene dia, then sana la kau start nampak perangai2 kawan2 kau yang baru kau nampak masa tu. Maybe my friends know sia memang kaki gambar, but imagine la, we go there untuk sama2 enjoy, suddenly everyone was calling me to take their pictures, and guna my phone pula sedangkan semua pun guna phone canggih2. Alasan? "Ala, guna phone kau la" "Alaa, sia teda bawa monopod. "Sia tetinggal monopod sia" or memang dorang tidak pernah ada monopod. Ya la, apa la juga monopod tu kan? Bukan makanan ruji pun sampai wajib dibeli. Hahaha. But you see, kalau kau tidak perlu tu monopod, kau tidak perlu ask my help untuk take your pictures. Mesti you can help yourself kan? Kalau sekali sekala, sure no hal bah. Bukan juga sia tidak sudi mau ambil. But remember, sia datang sana untuk have a good time. Sia bukan datang sana kena hire sebagai jurugambar. Jadi imagine, only me saja yang bawa monopod. And they actually want to use that thing also! Imagine la, jarak kami yang berjauhan, one of them sanggup ring my phone balik2 hanya untuk suruh sia jalan pi tempat dorang DEMI UNTUK PINJAM MONOPOD! Biarpun dorang ada a few juga untuk ganti2 ambil gambar. Maknanya begitulah berharganya monopod pada masa tu. Sia geleng kepala ja sebab sia betul2 nda sangka sampai gitu sekali bah. Hahahaha. I mean, begitu la dorang asyik mention about this place, rupanya sembarangan ja. Main redah ja. Sebab ada attitude yang minta backup kawan or confirm kawan kasi backup. Dan yang paling sandi lagi, baru setengah jam di sana, sudah mengadu cakap Ala, phone sia habis battery sudah. Kenapa tidak charge dari semalam bah kan? Mesti sebab pok backup kawan juga. "Alaa, dorang ada powerbank ba tu". Mau caj di kereta, teda bawa cable pula. Akhirnya teda sepa mau kasi pinjam powerbank sebab semua pun mau guna. Nda rasa wasted ka tu perangai sambil lewa? So akhirnya, terpaksa menempel sama kawan2 minta masuk di gambar dorang. Boleh bahh, nda jadi hal pun. Tapi imagine la, pantang nampak org mau adjust angle, kau cakap Buli masuk? Sedangkan belum tau lagi dorang mau kau masuk tu gambar. Lain lagi perangai yang tidak mau pakai phone sendiri. Mau orang guna phone dorang untuk ambil gambar2 dia. Nda kisah juga kalau sekali sekala, but kalau kau sentiasa jadi orang yang sedang diambil gambar, seolah-olah your friends adalah kau punya entourage yang menjaga keperluan kau dan keberadaan kamirang di sana adalah sebagai ulun kepada tuan puteri. Hahahaha. Padahal sama2 membayar bah kan? But tu lah, if kau ada kawan gini yang WHO CARES! pasal hal2 begitu, definitely ada your trip buddies yg nampak kau macam a pain in the arse. Betul, seriously! Maybe tu la orang cakap, To truly know someone, travel with them! Cos benda2 gini you can see macam2 perangai keluar.
Lain lagi pasal bayar membayar. Ada yang tidak pandai or refuse to do simple maths. Bila ada kawan yang bayarkan dulu entrance fee untuk memudahkan semua orang, dan kau dapat masuk tanpa sentuh wallet kau, terus kunun kau fikir free, gara2 tidak diminta duit masa tu juga. Adoii. Bila ditagih, bising2 lagi cakap dari mana datang tu kos semua. Hahahaha. Kamurang akan definitely kasi jara kawan kamu yang mau memudahkan kamu. Sebab mau ditagih2 lagi, lepas tu mau disoal dan dipertikaikan lagi kenapa bayaran begitu begini. Hahahaha. Lepas tu bila cadang mau tambah destinasi baru, ada pula alasan, Tidak sempat ambil duit di ATM, bawa duit cukup2 ja. Sia faham juga ba pasal duit2 ni apa lagi time bulan tua, but the decision untuk join itu trip adalah bukan paksaan bah. Sepatutnya benda2 basic macam tu kamurang sudah bersedia. Lain lagi bila mau make call, cakap teda kredit. Teda data, nda dapat buka Whatsapp. Manalah tau ada hal2 berbangkit yg memerlukan kau contact family kau, mau tanya apa2 kah, belum lagi kira yang emergency kes yang kita tidak tau. Kau sesat ka, apa ka, di sana juga kau mau guna alasan Teda Kredit? Adoiiii. Lame oh guys! Tulung lahh!
Back to pasal ambil gambar. Ramai ba yang suka ambil gambar kan. Kalau sudah tau suka ambil gambar, learn la to improve skill ambil gambar. Jangan hanya berserah dengan ke-lousy-an 10 tahun lalu yang kau memang dikenali sebagai orang yang tidak pandai ambil gambar dengan baik. Hari2 spend masa di internet bikin apa? Mustahil kau teda idea baru untuk improve citarasa kau. Mesti kau cukup eksperimen sudah dengan gadget kau. Masalahnya bila kau sudah improve skill kau dan tolong kawan2 kau ambil gambar yg cantik2 angle dia; but bila kau suruh dorang ambil gambar kau, semua sandi. Hahahaha. Sia sendiri lalui benda ni. Sebab sia ambil gambar orang bagus2, tapi orang ambil gambar sia sembarangan ja. Dan it's not okay with me cos sia cerewet pasal gambar ni. Kalau time skul, sia akan warning orang2 yang ambil gambar sia, supaya at least mesti centre! That's why my friends masa tu mesti nervous kalau ambil gambar sia sebab sia cerewet. So bila pegi trip sama kawan2, sia memang nda harap orang ambil gambar sia. Sia rather pakai monopod or timer and now ada bluetooth shutter sudah kan so lagi senang. So, untuk kebaikan diri kau juga, pelan2 upgrade sikit tu skill ambil gambar supaya bukan kau seja yg ada gambar yg cantik, supaya kau buli return tu favour. Mesti orang akan puji gambar2 yang kau ambil. Pun satu pencapaian dalam hidup, agree? Hahahaha
So, biasanya lepas balik trip, akan keluar la semua sok-sek belakang. Yang paling jadi isu adalah bila kau jadi trip buddy yang annoying, yang tidak boleh jaga keperluan sendiri dan expect orang backup sentiasa sedangkan dorang sudah make extra effort untuk prepare baik2 untuk keperluan dorang sendiri. Sia ni jenis yang fair and square. Sia nda suka orang sponsor2 dan membebankan diri dorang dan ndamau ada pertikaian yang buli diungkit di belakang hari. Susah ka mau jadi trip buddy yang tidak susahkan kawan2? Masa2 terdesak atau kecemasan tu lain cerita. Kalau setakat basic2 tu kalau buli janganlah susahkan kawan. Kan kita semua pok mau enjoy2, happy2, bukannya untuk solve permasalahan kau akibat kau nda prepare mau pegi tu trip. So macam ni lah. If kau sudah terlanjur jadi trip buddy yang annoying, kau improve la next time when ada trip baru. Sebab kalau tidak, maybe they will stop asking you to join them, kau akan rugi. Sebab ada orang2 rather pegi on a trip dalam kuantiti kecil, bayar mahal, asalkan dorang hanya bawa orang2 yang faham rules2 yang tidak tertulis on how to be a good trip buddy. Your challenge for this year is, if you aren't already one, lets all try to be a good trip buddy. Means orang akan mau bawa kau lagi dan lagi dan lagi sampai kau sendiri surrender. Silap2 orang sanggup mau sponsor trip kau lagi asalkan ada kelibat kau. Yang penting, kau tau kau adalah trip buddy yang menjadi rebutan. Hahaha. Bahh cabar la diri kamu, bila lagi kan? Hehe