Sedar nda sedar, sia ikut movie ni dengan focus sekali sambil sia buat kerja. Movie ni membuatkan mata sia terbuka tentang satu perkara yang quite “menakutkan” diri sia sendiri. Sipnosis cerita tu macam ni.
Ada seorang perempuan, laki dia orang kaya yang sentiasa bz dengan kerja. Dia ada satu anak perempuan. Laki dia tidak suruh dia kerja sebab dia mampu tanggung hidup dorang. Perempuan tu rasa bosan berperap di rumah selama 8 tahun, then dia pujuk laki dia izinkan dia kerja di satu spa. Gara2 sayangkan bini, lelaki tu benarkan. Siapa sangka perempuan tu jumpa dengan customer lelaki ni yang akhirnya tackle dia. Dan dengan mudahnya dia beralih arah dengan lelaki baru tu, yang merupakan lelaki yang segak dan kaya. Lebih mudah untuk dia sebab laki dia selalu outstation. Hubungan sulit tu berlarutan, tambahan lagi laki perempuan ni memang jenis yang dingin so perempuan tu rasa lelaki baru tu ada semua perkara yang dia mahu. Dia selalu pulang malam dan tipu laki dia yg dia jumpa client, walaupun sebenarnya dia sudah berhenti kerja di spa tu. Lama2 dia kedapatan juga sebab workmate laki dia rakam gambar dia bermesra dengan kekasih dia.
Sia sebagai penonton rasa betul2 terjejas dengan scene macam tu. Dari seolah isteri yang taat, mudahnya jadi macam tu gara2 nampak peluang baru. I felt so disturbed watching something like that. Tapi emosi tu memang difahami. Dari jalan cerita, pembawaan watak, sia boleh paham kenapa perempuan tu BERUBAH. Walaupun dia hidup serba serbi cukup, tapi emosi dia terganggu. Laki dia tu seorang yang sangat membosankan. Citarasa dia teruk dan old-fashion. Tambahan lagi, dia jenis yang dingin di bilik tidur. So elemen tu semua dapat ditonjolkan dengan baik. Lelaki baru tu impress dia dengan ingat bday dia, say sweet words, dinner tempat yang best2 and even kasi hadiah mahal2. Perempuan tu rasa betul2 best dengan kekasih dia tu. Lelaki tu mengisi kekosongan hati dia.
Drama ni buat sia nampak sesuatu. Benda ni sebenarnya boleh berlaku pada perempuan2 di luar sana. Mungkin ini lah sebabnya bini2 orang pun sanggup ada kekasih baru. Bukan hati sengaja2 mau pok curang. Mungkin masa dia kawin laki dia tu, dia sangat gembira. Tapi selepas beberapa tahun, keseronokan itu hilang sebab “the same old things” everyday. Perhubungan ni tidak boleh statik ja. Mesti ada excitement and kejutan2 yang buat each other rasa sentiasa fun and enjoy. Wow…bukan senang rupanya, kan?. Kita pikir kalau kita sudah jumpa pasangan yang terbaik untuk kita kawin, kita punya masalah sudah berakhir. Rupanya, langit tidak selalu cerah. Mungkin husband kita tu tidak lagi seorang yang happening. Dia jadi sangat malas, membosankan dan tidak lively. So bila kau complain husband kau macam2, orang keliling kau tidak boleh salahkan kau. Masa kau kawin dia, dia tidak begitu. People CHANGE. Angin perubahan itu bukan sentiasa bawa benda2 yang bagus sahaja. Kalau perubahan yang baik, baguslah. Tapi kalau sebaliknya?
Begitu juga dengan perempuan. Masa kau kawin bini kau, dialah perempuan yg paling setia. Tapi kau tidak tau apa akan jadi 5-10 tahun akan datang. Mungkin dia akan berubah. Tidak kisahlah kenapa dia berubah. Mungkin juga dia berubah sebab dia tidak suka dengan perubahan pada diri kau. Dan gara2 perubahan, seorang isteri mithali pun sudah jadi macam perempuan jalanan yang ikut2 lelaki lain walaupun status diri tu seorang isteri dan ibu. Entah kenapa movie tu bagi sia a bad taste of reality. Sebab dari drama tu, sia tidak salahkan perempuan tu bila dia tertarik dengan lelaki baru tu. Kita manusia ni mahukan kebahagiaan. Apa yang dia boleh buat kalau kekasih dia tu yang boleh buat dia rasa kebahagiaan yang dia mau tu?
Sia mau kita masing2 fikir sekiranya kita berada dalam situasi tu suatu hari nanti. Sekiranya kita diuji dengan “PERUBAHAN” yang berlaku pada orang2 keliling kita, ataupun perubahan yang berlaku pada diri sendiri. Adakah perubahan itu adalah YANG TERBAIK?
It scares me a bit bila sia imagine berada di tempat perempuan itu. Iaitu sia torn between tanggungjawab dan kemahuan diri sia sendiri. Kalau sia memilih tanggungjawab sia, adakah ertinya sia kena tahan saja dengan hidup yang sungguh membosankan? Atau adakah sia akan mengejar keseronokan dan kesenangan hati sia, dan sanggup pertaruhkan maruah, prinsip dan tanggungjawab sia? Isn’t that scary, ladies?
Ending drama tu actually quite tragic. Kekasih baru dia tu sebenarnya ketua pengedar dadah, dan dia suruh perempuan tu taruh dadah berbahaya dalam makanan suami dan anak dia, dan akhirnya nda lama lepas tu, kedua-dua mati sebab affect dadah tu. Dan perempuan tu ditangkap atas tuduhan membunuh dan dihukum gantung. Ending dia tu sia tidak pentingkan sangat. A bit exaggerated. Sia cuma concentrate on the idea HOW perubahan tu boleh buat hidup kita HANCUR. Daripada ada segala-galanya, kepada hilang segala-galanya.
Guys…hati2 lah dengan sebarang perubahan yang kita akan adapt. Macamanapun kita terdesak untuk adapt satu perubahan, sia percaya kita ni lebih kuat daripada sebarang element di luar sana. They will never penetrate us unless we let them. So be careful with the wind of change. Make sure we examine if this wind of change akan bagi kita something valuable or akan ambil something valuable dari kita. Sama2 la kita face this challenge of letting this WIND OF CHANGE to change our life – the question is, for the better or for the worse? The answer is yours.
2 comments:
aiknaaaa ada satu kawan sia ..tokeh jua tu dia .. ada excavator,ada workshop,ada numbur galab hahaha rumah pun basar..keta pun beberapa buah..tapi suma dia taruk nama bininya..kawan sia ni jenis nda p karaok ..abis keja turus balik umah ..ada satu anak maseh kisi lagi..skali satu ari dia balik umah..nda dapat dia masuk umahnya..kunci suma kana tukar sdah..bininya bawa satu lalaki balik umah.. kana halau dr umah sendiri tu kawan sia .. kasian jua sia ninguk..tapi pa leh buat...sdah nasib dia jadi camtu.. kalo bkan bini yg buat hal .. suami laitu yg p buat .. ada ada jak kan hehe.. so laling...jan ko kuatir...asal ko sdah ada anak laki lain ari .. ko sonantiasa ingatkan jak diri mu sendiri .. then ko akan selamat jua tu :))
/me hugs :)))
Cian tu kawan mu tu dear...but dalam kita sayang2 orang ni, kena pakai akal juga. Lain2 hal yg nda ble dicontrol tu, kasi serah ja sama yang di atas. Yaa, sia pun susah mau cakap, sebab BUKAN SANANG baituu. Yang penting, if got tanggungjawab sudah, pandai2 la ba kan dear. Bahh..goodluck ahh semua...hehehhe. (Jangan kamurang halau laki kamurang ahh, please laa...cian dorang nanti mana mau titun. *Lols)
Post a Comment