Statcounter

Monday, February 16, 2009

Betulkah Kawan Makan Kawan?

Ok guys... lets get in this simple but maybe useful topic. Sia mau share sama kamu sia punya opinion yang nda pandai habis2 ni. Speaking of kawan makan kawan, kita dengar kes tu di merata-rata ba. Apa lagi yang buat bisnes ni. Sikit2 kalau ada rakan kongsi, mesti ada masalah. Kena tipu la, kawan lari la, kawan tikam belakang laa. Awal2 tu, sia pun terima ja la apa dorang cakap. Lama2, sia sendiri rasa benda ni, “something wrong”. Kenapa ada begitu banyak org yg kana tipu kawan sendiri, dan benda ni seolah-olah teda penghujung. Then baru2 tu, satu orang kawan ni datang tempat sia. Dia ni pun kira mau cari peluang untuk make money ba. So dia pun cerita2 la pengalaman dia buat business dan kena tipu oleh kawan. Ini lagi satu kes. Bila sudah dia ni kes yang ke berapa ribu yang sia dengar, tiba2 ada mood pula sia mau menganalisis dia punya kes. Sebab sia jadi bosan ba. You cannot just open a bad story, and then jatuhkan hukuman just like that, and harap org akan terima mcm tu saja cerita kau tu. Kalau sudah dia balik2 datang dan cakap pasal tu, then last2 sia bagi dia pandangan serong yang penuh kemusykilan ni ba. “Betul ka tidak ba kau kana tipu ni. Cuba lu kau cerita apa jadi.”

Dia cakap, dia share buka tu workshop untuk buat fibre untuk kereta ba sama ini kenalan yang sudah bertahun-tahun terlibat dalam business. Dia pecaya sama tu org, sebab sama2 sekolah dulu. So, dorang agreed on fibre punya business. Bila sudah start operasi, tiba2 kawan dia tu bawa ada 3, 4 kereta, parking sana workshop, buat service bikin enjin kereta pula. Mekanik pun dia bawa dia punya mekanik sendiri. So cuma dia tumpang tempat saja la. So, apa pendapat kamu?

Si kawan sia ni nda puas hati. Dia cakap, itu business untuk fibre saja. So if dia mau juga bawa kereta untuk service di workshop tu, BOLEH, tapi mau kena charge tu berapa hari tu kereta stay sana, dan duit service tu pun MESTI masuk tabung juga. SEPATUTNYA macam tu la, menurut pikiran kawan sia ni.

Tapi, not even satu sen pun kawan dia tu simpan tu duit service kereta untuk perkongsian dorang tu. Kawan sia ni nda puas hati. Dan dari sana laa sebenarnya perselisihan paham tu. Bila kana tanya, dia cakap... “Itu orang sudah tipu saya.”

Sia tanya dia beberapa soalan dan perkara2 penting yang sia dapat adalah:

1. Perkongsian dorang TIDAK JELAS. Bila sia tanya berapa percent, dia tidak pun buli jawab. Dengan mudah saja dia cakap, kira 50/50 la ba tu. “Sebab sia yang banyak keluar buat marketing. Dia concentrate dalam lain2 business dia. Sia yang kasi jalan tu business.”

My Comment: Tidak buli macam ni. Kalau mau buat partnership, semua mesti dalam BLACK AND WHITE. Bukan kau suka2 cakap macam tu macam ni. Partner kau keluar duit lebih banyak dari kau, but kau keluar lebih banyak tenaga – sebab percaturan yang tidak jelas ini, dengan mudahnya kau akan rasa tertindas. Di mata dia, perkongsian kamu bukan 50/50 sebab dia yang keluar lebih byk duit. Tapi kau menuntut hak sama rata. Perkongsian pun awal2 sudah samar2 ba. Berapa sangat kau buli harap daripada cincai2 punya agreement? Apa lagi setakat main cakap2 ja punya agreement. Gila ka mau ambil risiko mcm tu? You have to spell out all the terms and conditions, DENGAN JELAS, ada paham?!

2. Yang masa tu kereta2 luar di bawah masuk tu workshop tu untuk tumpang service, dia ada cakap sama kawan dia tu yang dia kasi kebenaran, tapi dia ni cakap TERLALU BERLAPIK. Dengan anggapan, “dia sudah betahun-tahun buat business ba, inda kan dia nda tau hal begitu simple. Nda kan benda macam tu pun sia kena cakap lagi ”

My Comment: Ini satu kesilapan yang PALING MUDAH berlaku. You cannot ASSUME suka2 yang semua org tau apa yang kau pikir dorang tau. Biar la dia bertahun-tahun buat business, ini bukan masalahnya. Pikiran dan persepsi manusia itu berbeza. Di sana la kita guna kita punya MULUT untuk bercakap. Sebelum dia bawa masuk tu kereta, bincang betul2, apa yang kau mau, apa yang kau perlu. Kalau persetujuan tidak dapat dicapai tu masa, itu kereta jangan masuk langsung. Jangan pula tinguk dan tunggu saja sampai dorang habis buat kerja, terus makan hati sorang2 bila teda bahagian. Itu mindset yang assume itu orang semua BIJAK PANDAI seperti yang korang harapkan, itu tidak betul sama sekali. Semakin banyak kali kau buat gitu, semakin kerap la kau gigit jari!! Tapi bila ada apa2 nda betul, lancar pula kau mau bercakap mau kasi salah org lain kan? Sudah terlambat la geng!

Kawan dia buli cakap macam ni ba: “Itu business kita share adalah untuk fibre. Sia bawa kereta luar untuk service sini, bawa mekanik sendiri, lagipun sia ada share sini, so teda salahnya sia cuma tumpang tempat saja. Ini business teda kaitan sama kau sebab kita cuma share business fibre saja. Inda kan ini pun kau mau berkira? Ini business sia lagi byk keluar duit mah, kalau teda duit sia, ini workshop pun tiada ba kan? Bukan sia kacau itu business fibre pun kalau sia tumpang service kereta sini”

Bila sia cakap sama dia semua tu, dia TERDIAM. Dia nda ble pun jawab sia, sebab apa yang sia cakap itu cuma guna the simplest common sense saja. “Mungkin juga kau betul la...” dia cakap gitu, dengan nada yang “seolah-olah baru tersedar dari tidur”. I said, “Bukan lagi mungkin, Mimang pun sia betul. Cos benda ni terang2 ba. Benda yg simple2 mcm tu pun kau buli overlook, and then now sia nda heran la kau anggap kau kenal tipu. The essence is, COMMUNICATION ba. Jangan cakap business, rumah tangga pun ble hancur ba kalau teda communication. Ada mulut, cakap ba!

So, dalam kes kawan sia tu, sebenarnya MUNGKIN juga rakan kongsi dia tu lurus juga jalannya, cuma salah paham dan dia harapkan yang kawan sia tu pun paham cara dia. Hanya kerana hal2 yg buli disettle, nda pasal2 hilang kawan pula. Nda pasal2 ada kena tuduh menipu. Sebab bila ada hati2 yang tercalar, masing2 mau pertahankan hak masing2, so biar la gaduh daripada dari awal2 kasi settle terang2. Then apa jadi? Masing2 cakap belakang lor. Masing2 cakap kana tipu. Jadi bertambahlah “rungutan” di dunia ini yang kununnya dia kena tipu. Kali tinguk, sia cuba analize one case pun sia sudah nampak silap dia ba. Sepa tau, mungkin begitu juga dengan sebahagian kes2 lain yg kita dengar.

So the most important di sini, bukan pasal sepa tipu sepa, it’s about the mistakes that we often do when we are trying to cooperate or have partnership dengan kawan kita, nda kisah la dalam apa2 hal. Buat assignment pun mcm tu ba. Uhuu...been there, done that. Pikir punya pikir, kesilapan terbesar tu bermula daripada kita jua kali. Nah, pikir2 la kio.

8 comments:

AngeL BeaR said...

biasa la tuh....

Well, I guess everyone must remember this..in ANY KIND OF BUSINESS, Whoever you partner with, must have Black and White, even sedara sendiri pun....susa tau kalau cerita pasal duit ni...

or else, jangan partner sama sepa2..sendiri run the biz lagi better. =p

Joel Johnny said...

Kawan?
Bila sudah berkawan, maka selalunya kita akan memberi sedikit kepercayaan kepada si kawan.. Ya lorrr, kawan mah kan..
So, dalam situasi sebeginilah perkara tiadak baik berlaku, kita senang kena tipu disebabkan kita terlalu mengambil berat 'kawan'

Membahagiakan, mempengaruhi, menyusahkan, menghampakan, lawan, .. dsb..

Kawan boleh jadi semua di atas..!

Pemilihan kawan perlu... kategorikan kawan.. kawan baik, kawan rapat, kawan2, kawan cerita, kawan bisnis.. Maybe kalau perlu pandai2lah bagi had kepercayaan bagi setiap kategori.. Hehehe..

So pandai2 lah pilih kawan ya~!

Twofivesix256 said...

Yes, I totally agree. Duit punya pasal, sodara pun ble jadi musuh. Ini lagi kawan kan. So kita kena jaga2 sikit ni hal duit ni, and sometimes, kena pisahkan juga tu hal professional dan keluarga. This is something that everyone must take note sebab kalau buli, kita mau yang baik2 ja. Thanks for your comments guys. muahsss

Anonymous said...

ni kali sia namaw komen kawan makan kawan.sbab suma yg sia mo komen sdah kana komen..ni kali sia maw komen ni pengarang neh wakwak!!
sia rasa lah kan!! kalo lah ni pengarang jadi tu penyiasat jenayah berat ... kali tu kes altuntunya pun solosai sapat bah wakwak!! ngan tu tangan cekak pinggang sambil menyiasat sama nunjukkan gege nya!! kompom siap laporan tross :D~~

Ron Veronicazo said...

sa suka ba baca blog ko ney. sa add blog ko dlm blog list sa ahh..?? hehe.

Anonymous said...

Madu~~d nangan kiri kuUUuu~~~!!
laSunnnNnn~~d nangan nananNuUU~~~!!
siaaa~~tia tawuUuuu~~mana yang~~~!!
aKanNu~~bilikan untukKkkUUuuuuu~~!!
timakSEhhhhhhhhhhhhh~~~!!!!

Twofivesix256 said...

Madu Beracun: Pleasure's mine. Uiks, berbisa jua nick kau tu bebeh? *Lols. Thanks for reading

Twofivesix256 said...

waahahahahahahahhaha ulal baaaa... jan kau buat kamirang ketawa baa...doiii dogoo tanak tii... hahaha muahsss my ulal