Pernah terjadi, customer sia ni kasi tinggal produk2 dia harga dekat RM200, and then ada la ni satu Ustaz yang happened to see the products. Sia info dia juga la yg product ni customer punya, in case sesuai dengan service yg dia bagi. Guess what, dia ambil semua products tu yang sepatutnya adalah sample, and then dia nda pernah muncul2 lagi. Hahahaha. Ya ampun, insaf sia sama perangai tu Ustaz. Then sia kasi biar ja dia dulu dengan harapan dia akan kasi balik. Then berbulan2 sudah berlalu, dia senyap ja. At least return la tu benda ba kan. Kalau dia sudah pakai, terpaksa la dia bayar sebab tu produk teda kena mengena sama sia. Tu customer ja paksa display in case ada yg berminat. So, memandangkan sia terpaksa responsible sama tu barang2 yg kena ambil, sia terpaksa la bikin cara sia untuk minta balik tu barang. Dia nda reply2 juga SMS sia masa tu.
Until one day, sia guna ayat yg teda sudah sopan santun. Sampai limit sudah sia. Sia cakap dalam tu SMS, Kau pun org bisnes kau sepatutnya tau adalah kalau kau ambil barang org, kau mesti mau bayar. Ni benda paling basic dalam bisnes. Yang kau ambil tu adalah hak org lain. Kalau nda pun, kau return ja tu barang, walaupun berbulan2 sudah tempat kau. (Ganas juga ka bunyi dia? Hahahahha. Something like dat la kali tu SMS sia). Tu la sia paling malas mau terbabit dalam hal macam ni sebab nda pasal2 sia pula ugut mengugut atas dasar tanggungjawab kununn. Mengugut la mangkali. Versi pokemon. Hahahaha. So rupanya dia tersentak dengan SMS tu. Dia cakap, Sorry2, nanti sia datang sana bayar. Nahhhh. Berbulan2 dia ambil dan pakai barang orang tanpa bayar satu sen pun, and u call yourself Ustaz yang siap berkopiah, memang rupa alim la walaupun masih muda.
So akhirnya dia datang dengan muka seposen, minta sorry, Jangan kau marah bahh, dia bilang ah. Hahahaha. Masalahnya tu benda bukan barang sia. Macam sia pula yg nda buli dipercaya gara2 ada orang macam ni yg "stangah tiang". Hahahahaha. Sorry la. Kalau setakat alim2 kucing untuk dipandang tinggi ja but benda2 gitu pun nda lurus bikinan dia, sama juga teda erti. Then guess whatt. Kes Ustaz ni kan buat sia terfikir. Actually untuk someone like him, having someone like me pegi SMS dia cakap benda2 gitu, is quite memalukan dan menjatuhkan air muka dia bah. Tapi dia nda kisah dan dia seolah2 nda hairan punn.
Macam dia biasa sudah kena maki2, kena ugut2 gitu. Then sia teringat one time sia pernah cerita sama dia pasal hal2 begini. Dia cakap kalau ada orang ambil hak dia, DIA BIARKAN SEJA. Wahh, bunyi macam warak semacam. Kira macam dia anggap ja bukan rezeki dia la ba tu kunun kann?? Baru sia teringat dat conversation with him selepas benda tu selesai. NO WONDER LAH. Masalahnya, itu bukan lesen dia bikin benda yang sama dengan orang lain!! Orang entah sepa2 ambil barang kau, and kau expect kau pun buli ambil barang orang and orang tu better pasrahkan jaa. Ndaka gila tu? Apa ideologi kau ni boss? Hahahha. Sia ingat sia tanya, Kenapa pula kau kasi biar ja? "Sebab sia tau sia pun bukan sempurna. Mungkin sia pun ada bikin salah. Jadi kalau ada urg buat sia gitu, sia anggap ja balasan kepada dosa yg lampau." Ya betulll, ngam sudah tu boss. TAPI itu kalau org bikin kau, dalam pada kau sudah usaha buat urusan dengan jujur dan telus. Bukannya untuk kau guna tu concept yg sama, berbuat kejahatan dengan org lain yg nda guna pun ideologi kau tu, FAHAM!! Hahahahahaaha
Kamu tau apa yang sia dapat simpulkan dari sana? Sebenarnya, benda2 jahat yg orang sampai hati buat dengan kita dan kita buli terima dengan pasrah, SEBAB kita pun tau kita nda segan bikin benda jahat tu dengan org lain! Tapi kau silap urg ooo. Bukan semua mangsa kau tu bikin perangai jahat yang sama dengan org lain. So it's not fair. Nda pasal2 kau bikin kifarah kau sendiri.
So bila kita reflect dalam diri kita sendiri, banyak juga benda jahat org bikin kita yang kita actually sudah pernah bikin sama org lain. Contohnya, kau pernah menghancurkan hati seseorang yg sayang kau, and then one day tanpa disangka, orang yg kau sayang pula hancurkan hati kau. Mesti kau sudah bersedia kan? Atau awal2 ja kau terkejut dan terduduk. Tapi lepas tu bila kau ingat kau pernah bikin benda yg sama, terus kau just pasrah dalam hati.
Sampai bila la kita mau begitu kan? Berbuat jahat2 and then tunggu kebalikan ja and then kita pasrahhh dan terima. Hanya sebab kita yg cipta karma tu dari awal kan? Ui stop la ehh. Sia sendiri pun banyak buat silap juga tapi buli kali kita kasi Bersih tu karma kan? Kalau ikut tu cerita drama, tu karma buli ditebus dengan berbuat kebaikan. Jadi mungkin one day kau mau juga kasi sama level kejahatan kau tu, dibalas dengan kebaikan yg sebegitu besar. Maksudnya untuk kau tebus satu kejahatan yg besar, kau punya sacrifice untuk buat satu kebaikan tu mesti lebih hebat sampaikan kau kapus2 sudah dekat nda larat. Tapi kalau ada niat mau kasi bersih karma tu, kau akan buat juga. Sampai bila lah kita mau menabur kejahatan kan? Malas sia mau preach2 gini macam ulang2 ja. Tapi kalau sia berani tulis gini, manatau sia malu sudah mau buat jahat nanti kan. Bahhh mula la bah kita buat kebaikan. Ndakan nda jara2 lagi kita kan. Do something good today and it will come back in 10 folds!!
No comments:
Post a Comment