Sia ada satu kawan yg nda ngam sama semua org keliling dia. Jadi di building tu almost teda kawan dia. Dia sentiasa ada issue. Tanpa gaduh sama dia pun dia buli nda suka org tu atas sebab2 yang remeh, contohnya sebab dia nampak org tu nda senyum sama dia. Just like that dia akan cakap, Aku nda suka betul tinguk org tu tau. Nahhh. So buli dikatakan, sia ja kawan dia di building tu. Kamu sendiri tau kan sia ni bukan jenis org yg kawan semua org. So you cannot say yang sia kawan sama dia ni sebab sia memang mau kawan semuaaa orang. NO. Sia buli ja biar dia mind her own business and I mind mine.
I have advantage over her sebab sia ja kawan yg dia buli bawa cakap. Itu pun pernah dia nda tegur sia 2 minggu sebab dia kecil hati apa yg sia cakap pasal suruh dia kawin cepat sama bf dia. Tapi dia buli berbaik sama sia balik just like that, unlike pergaduhan sama kawan2 lain yg dia tidak sekali-kali tunduk dan minta maaf. You guys know how I did it? I'll tell you in a bit. Kadang2, kawan yg bermasalah macam dia ni, kau cuma have to give Extra Love jaa sebab dorg lebih memerlukan daripada kawan2 yg tidak bermasalah.
Pasal tu laa sia sentiasa tidak kasi tinggal dia kalau ada info2 terkini. Walaupun ada kemungkinan info yg dia ada, dia nda semestinya bagitau sia. Kalau ada peluang untuk kebaikan kerja dia, sia akan bagitau dia setiap benda supaya dia pun buli apply. Actually sia tau, dia ada sedikit "tersentak" juga sebab maybe dia tauu, kalau dia, dia nda akan buat macam sia buat. Selepas apa yang dia buat sama kawan2 yg lain, dia tidak peduli org lain. Bagi dia itu rezeki dia kalau cuma dia sorg yg tau. Tapi sia buktikan yg rezeki tu boleh dikongsi. Dan sebagai bukti, dia dapat hasil lumayan daripada info yg sia kasi. Nda kisah la kalau dia nda ucap thank you sama sia, sebab bukan itu tujuan sia. Sia cuma mau kasi tinguk dia, walaupun she deserves stone to be thrown at her, I will throw her flower pot.
Sia pernah nampak dia cakap terang2 yang dia tidak sudi tolong kawan2 lain walaupun as simple as terima barang Pos Laju. Dengan alasan, Dorang senang2 shopping, orang lain yg sambut. Aku dapat apa? So sia faham pendirian dia gitu. Sia pun sometimes rasa terganggu kalau balik2 tolong sain barang org lain sedangkan tuan punya dia tu saja2 lambat2 datang sebab ada backup. So sia elak untuk barang2 courier sia sampai bila sia teda sebab sia ndamau kasi dia peluang buat benda tu sama sia. But guess what? Dia tidak sampai hati. Barang2 sia semua dia terima. Esoknya mesti dia cakap, 256, ada barang kau sampai. Terus sia giggle dalam hati. Hehehe.
Ertinya apa guys? Itu lah gunanya sia throw flower pot sama dia. Sebab tu flower adalah benda yg bagus dan bukan semua org akan bagi kau tu. It's my way untuk Kasi Keluar sisi baik dia yg orang nda nampak. Sia tau dia buli jadi lebih baik dari tu. Dia tidak sampai hati bikin sama sia gitu sebab SHE KNOWS sia pernah bikin untuk dia even more than that. Yang sia adalah kawan yg tau keburukan dia tapi still sia mau dia happy. Sia kasi tunjuk dia bahawa MASIH ADA kawan yang mau kasi menang dia dalam "kekalahan" dia. Walaupun it looks like I'm just doing an experiment tapi it's experiment yg real life and melibatkan nilai2 murni yang genuine and nda dibuat-buat. Maybe sia pun mau find out something...iaitu...
Semua manusia adalah bermula dengan BAIK. Mungkin dia dicorakkan oleh pengalaman pahit dan pengkhianatan dan dia build self-defense supaya dia boleh lindungi diri dia. TAPI sifat BAIK manusia itu, walaupun jarang2 dia kasi tunjuk, TETAP ADA nunn di dalam sana. Jadi masa2 MCO ni, sia masih contact2 dia dan kasitau dia itu ini, sebab sia tau dia nda begitu rajin baca news macam sia, dia nda buli jumpa sia untuk dapat update sehari2. But I still tidak lupa dia walaupun berjauh. Bila kawan2 yang lain nampak sia treat her macam tu despite knowing her problematic attitudes, mungkin dorang kepelikan, mungkin dorang pissed, mungkin dorang meluat, BUT dalam diam dorang dapat TELADAN yang baik. Dan trust me, satu masa nanti bila dorang berada di persimpangan sama ada mau bikin kebaikan atau kejahatan sama org yg tidak deserving di mata dorang, they might just PICK GOODNESS cos kejahatan itu terlalu common dan predictable. Mesti dorang buli datang idea gila, Eh, buat baik ja laa sama orang jahat ni. Sebab si 256 pernah buat. Mau tinguk juga apa macam kejadian, dorang fikir macam tu kali kan? Hahahaha
Cuba lah kamu buat. Bila kamu dalam dilema camana utk respond sama org yg tidak baik, instead of throwing them stone, try flower pot. Ia akan berjangkit and one day, sepa la tauuu, kau akan dapat balik bunga yang cantik dan mekar daripada flower pot tu. Ahaaa. Namau try? Try lah! Hehe
No comments:
Post a Comment