Statcounter

Saturday, September 7, 2019

Si Nenek Kebayan Sebelum Masanya


Pernah sia ternampak satu post di Fb, pasal orang2 dari negara lain nda meletakkan umur sebagai batasan or alasan untuk buat apa yang dorang mau buat. Berbeza dengan orang negara kita, yg menganggap umur yang meningkat tu adalah satu doomsday untuk manusia. Dengan language yg paling brutal dan senang difahami, makin tua kau, makin kurang la "value" kau sebagai orang, dan semakin kurang lah kegunaan kau di muka bumi ini. Aduhh, nda sakit kah kena cakap "nda berguna?"

Long time ago, sia teringat keluhan satu orang kakak ni. Balik2 dia mengeluh guna point yang sama, iaitu "mau masuk 30-an ni, badan makin lemah, tidak kuat sudah macam dulu." Masa tu dia cakap dia mau bikin kerja yang sesuai sama umur dia yg nda bertenaga sudah tu kunun, padahal baru mau masuk 32 masa tu. Hahahahaha. Tapi masa tu sia belum terasa mau ketawa sebab sia pun blur, wondering juga betul ka inda. Tapi sekarang sia mau ketawa pula bila ingat.

Di kalangan kawan2 kita sendiri, mesti ada terselit dua tiga yang memilih untuk "kalah dengan umur". Sikit2 cakap, dulu time muda buli lah. Selalunya merujuk sama aktiviti masa dulu, contohnya dulu dia selalu jalan kaki dari CP ke Wisma Merdeka. Sekarang ni, Ah, malas. Nda sanggup sia jalan kaki macam tu lagi. Mesti merujuk kepada umur, sedangkan dia merujuk kepada beberapa tahun yg lalu ja, dia belum pun jadi nenek kebayan masa dia buat rujukan tu. Dia masih ada tenaga dan kesihatan untuk tampiling urg sampai pingsan kalau dia mau. Hahahahaha. I mean, ya la sia faham juga kalau sudah usia emas, lain cerita bah. Ini kau masih di lingkungan yg sama, tapi sudah kau jadikan umur kau tu satu kepedihan dan kesengsaraan.  Actually, kalau sia dalam situation yg sama, I refuse to do something that I used to do, sebab, "Balik2 sudah sia bikin tu benda, macam malas sudah mau susah payah jalan gitu jauh" Which means sia buli ja bikin kalau tiba2 sia mau bikin, tapi sia choose not to sebab banyak sudah benda yg lagi penting sia kena bikin sekarang. Bukan macam dulu yg banyak masa ukur jalan. See the difference? Then ada lagi satu rungutan kawan sia ni. "Otak sekarang ni lembab sudah, nda kreatif. Teda sudah idea yang fresh. Mau suruh yang budak2 pelatih tu la tolong fikir." Pun sia protest in silence. "Aiks, kenapa pula gitu?" Bukan patutnya dia yg sudah experienced, dia lagi power dan master dalam bidang tu? I mean, kalau la ada Stairs of Power, dia ni belum sampai atas, dia sudah berabut mau turun. PELIK ooo. Sia betul2 terkejut sama mindset begitu. Orang lain sibuk mau climb itu stairs, up lagi, up lagi, sampai la one day kau rasa kau sudah capai tu level yang paling up, yang kau sudah mampu kasi turun ilmu sama orang lain. Sia punya mindset gitu. But bukan macam tu ja sia dapat ni mindset. Sia sendiri pun bikin observation juga sama diri sendiri as well as orang keliling sia.

Kalau la betul kita ni merosot dengan umur, kita tidak akan lebih sihat dan bertenaga dari masa kita muda, betul? But banyak kali sia tersedar yang dulu tahap kesihatan sia adalah kurang baik compared to now. Kalau dulu kena flu ja mesti takes 1 - 2 weeks tanpa berpantang sejuk. Kalau berpantang sejuk boleh sembuh beberapa hari tapi mesti rehat gila2, sesi berpeluh yg menyeksakan. Sia memang si lemah kalau pasal influenze ni. Suara sarut sampai lebih sebulan. Tapi sekarang, ada beberapa kali sia kasi reverse tu sakit sebelum dia jadi, dan kalau sudah jadi pun sia buli sembuh express tanpa berkurung berpanas. Sia pakai mask untuk cover hidung dan still boleh kena sejuk dan rasa selesa. Tidak payah over2 mau sweating. Mungkin sebab sia kena kerja, sia nda buli manjakan diri. But my point is, sepa cakap kau makin berumur, kau semestinya makin lemah?

Speaking of kecerdasan otak. kita mungkin pernah lalui zaman bodoh dan zaman pintar. Zaman bodoh bila result teruk, tapi reason dia mesti pasal kita malas dan leka kan? Bila kita insaf, buli juga kita up balik dan perbaiki la prestasi kita. Speaking of this, sia miss juga tu masa yang urang kasitau sia, pintarnya kau ni (kunun), sikit2 dorang akan highlight bab itu sampai sia rasa, Eh, sia smart sudah ka sekarang ni? Apa topik yg sia cakap pun dorang akan pandang dari segi "eh pintar juga dia buli cakap begini ah". Tiba2 lupa pula sia cuma si bodoh ja di skul menengah. Are you sure sia pintar sudah sekarang? Hahahahaha. Ok kidding. What I mean is sia sudah lalui juga zaman yg orang appreciate sia pasal ada juga la sijil walaupun sijil yg nda laku, dan dorg appreciate sia punya pandangan, dorang selalu highlight idea2 sia yg bagus, sia pun nda sedar bila lagi sia mula pick up balik dari zaman kejatuhan sia. Kamu tau ka dulu sia si buduh dapat result teruk? LOLS. So, again, sepa ba cakap yg kau makin berumur kau akan deteriorate? Tapi sia mau add sikit pasal ni. Of course makin kau berumur, less and less people and easily impressed sama kau sudah. Sebab ORANG MEMANG JANGKA kau patutnya bagus bila kau capai age ni. Teda sepa heran sudah kalau kau pandai itu dan ini. Nda sudah kau dengar org puji2 cakap kau smart like it's a big deal.  Cos semua tu sudah dijangka dengan kematangan usia kau. Ok that one you have to face lah. Jadi, masih cakap kau ada lesen untuk nyanyuk sebelum usia? Uiii, jan talampau bahh. Bulum lagi kau sampai sana. Kenapa mesti mau kalah sama usia? Mindset oh mindset!

Even pasal pelupa or pencuai. I'm both. Tapi bila sia ingat2 balik, rupanya dari dulu sia begini. Sebab sia punya fikiran ni semak macam ofis sia juga bah. Kalau lipstick hilang dalam semak ni belum tau kau dapat cari. Lipstick tu umpama hal sehari2 yang kau buli terlupa. Kalau sia try hard enough, I can remember better. Makin meningkat usia, makin banyak benda mau difikir. So kesemakan itu bukan makin sikit. Makin kusut pula. So makin senang la lipstik tu mau hilang kan? So sia kena ubah sikit cara tu. Be more organized. Be more systematic. Ini faktor pengurusan and not umur! Selagi sia nda bikin, sia begini2 ja la. Or sepa tau mungkin sia prefer macam ni. Sia adalah si 256 yg penyemak and thats how I function maybe? Hahahaha. My point is, kau buli jadi pelupa dan pencuai no matter what age you are. Jangan overacting, bila sikit2 lupa, ahh begini la kan tua sudah. Why so not kesabaran jadi nenek kebayan ka
? LOLS

After all said and done, somehow kita nda buli defy science tubuh badan manusia. Of course at one point, prestasi badan kita akan mula menurun. Memang ada biological clock juga semua tu. Tapi JANGAN KASI AWAL sebelum masanya. Selagi kita masih in productive years, sudah2 la beralasan umur meningkat setahun dua, kita sudah berlagak macam nenek kebayan. Hoiii. Apa keuntungannya buat gitu? Sia paling malas kalau kawan2 sia yg macam ni, start to becakap macam nenek2, and then use the word "KITA" as if sia pun ber-mindset sama macam tu. NO, I'M NOT LIKE YOU. Sia masih mau naik tangga. Selagi sia belum sampai atas tu sia belum buli turun. Mindset Nenek Kebayan ni actually sangat merugikan sebab kau rasa kau BERHAK untuk mundur. Kununnya tidak salah kalau kau teda kemajuan. Tidak salah kau tidak ambil serious kerja kau. Tidak salah kau membuang masa bikin hal teda faedah, kunun-kununnya kau kan si nenek kebayan yang harus dilayan macam orang tua2 yang tidak berdaya. YA AMPUN. Sudah2 lahhhhh. Buli bahh kau ungkit peningkatan usia kau as a way to be humble macam orang yg sudah makan garam, but motivasi kau untuk terus ke depan tidak payah pula jadi ala2 nenek kebayan sebelum masanya! Paham ka? Hahahahah

Challenging juga la berada dalam kelompok kawan2 yang bermindset nenek kebayan, sikit2 pasal umur. Baru 30-an sudah cakap style macam tu, apa lagi nanti masuk 50-an ah? Sia pernah jadi orang yg beralasan. Sikit2 alasan. Tapi sia pun pandai bosan sudah sama alasan. Sia mau kasi kurang tu alasan walaupun belum completely. Jadi sebab sia mau beat tu perangai yg banyak alasan, sia jadi cepat pissed sama urg yang masih perangai gitu. Lame gila urg guna alasan "sudah tua" jadi tidak mampu bikin tu semua. Kalau kau surrounded by people yg ber-mindset gini, kau kena kuat sikit supaya dorang terikut arus kau instead of kau yg terikut arus dorang. Bukan senang kan? But ya la. Point sia clear. Life cuma sekali. Banyak lagi kelemahan kita dari azali yg selalu kita jadikan alasan, nda payah kita pi bikin2 baru dengan mentaliti yg kalah dengan umur sebelum masa. Jangan dipupuk mindset gini. It's bikin rugi right? 

Pecayalah la. Banyak lagi milestone kita buli capai sebelum betul2 jadi nenek kebayan. Jadilah nenek kebayan yang vogue. Bukan yang perasan2 nenek sebelum masanya. Geddit? :PPP

No comments: