Adakah yang masih tidak tau apa actually Good Friday? I'm sure issue viral pasal billboard merah yang ada salib pasal Jumaat Agung mesti sedikit sebanyak tarik perhatian kamu. Kenapa sampai ada billboard besar untuk Jumaat Agung ni ah? Sedangkan bukan pun Krismas. Penting ka Jumaat Agung or Good Friday ni?
So sebagai seorang Katolik yang menyambut hari ni, sia explain secara ringkas. Semua Malaysians tau pasal lambang salib. Salib tu actually bukanlah satu simbol yang significant di zaman dulu, in fact penyaliban tu adalah hukuman untuk pesalah-pesalah or penjenayah. So di zaman tu, boleh dikatakan satu perkara yang terkutuk untuk dihukum di kayu salib. Seolah-olah kau adalah penjenayah yang melakukan kesalahan besar.
Yesus or Jesus ditangkap sebab when dia claim dia adalah Anak Tuhan or Messiah, dia seolah-olah mencabar pihak yg berkuasa ketika tu. Pengikut dia pun semakin ramai selepas nampak mukjizat yang dia sudah buat termasuklah menyembuhkan orang sakit dan membangkitkan orang mati. So masa tu Pontius Pilate adalah gabenor yang mewakili Maharaja Rom masa tu. Dia yang berkuasa jatuhkan hukuman. Tapi selepas dia siasat, dia rasa Jesus tidak bersalah sebab bukan pun dia mau jadi King of Jews as what the people claimed. So dia bagi chance untuk dorang bebaskan Jesus, suruh dorg pilih sama ada mau bebaskan Jesus or Barnabas (iaitu seorang pencuri) but they picked Barnabas. Akhirnya Jesus dijatuhkan juga hukuman salib.
Di sebalik kejadian ini, Jesus already knew dia punya jalan cerita. Prior to that, dia sudah mentioned yang dia akan dikhianati oleh salah seorang pengikut dia, dia akan disalibkan dan mati di kayu salib. Ini adalah satu journey yang SANGAT PENTING untuk Jesus untuk complete mission dia. Pada ketika tu, orang Jews di bawah ajaran Moses, percaya kepada SACRIFICE dalam bentuk korban binatang iaitu untuk menebus dosa dorang tapi hanya bersifat sementara. Sebab dorang percaya Adam & Eve sudah committed the first sin yang menyebabkan semua umat manusia sudah jatuh dalam dosa. So apa yang Jesus buat adalah satu Ultimate Sacrifice yang help humans to redeem themselves daripada dosa yang diwarisi tu. Itu lah kami panggil dia Saviour. So biarpun kejadian penyaliban tu sesuatu yg penuh penghinaan, tapi dia buat juga untuk fulfill mission dia. Actually, ramai yang masih tidak percaya apa yang Jesus cakap sampailah dia mati disalibkan. Dia ada cakap yang dia akan BANGKIT pada hari ke-3. Dorang check makam dia pada hari ke-3 dan cuma nampak kain balutan dia ja. Pun mungkin masih orang anggap yg mungkin mayat dia dicuri. Sampailah dia muncul semula di kalangan pengikut dia, di sana lah semua persoalan terjawab. Iaitu apa yang Jesus cakap selama ni adalah betul. Jadi Good Friday adalah memperingati satu peristiwa yang sangat penting. It's in fact satu peristiwa yang penuh air mata, kesedihan dan juga terharu atas pengorbanan. Kami Katolik akan buat upacara menghormati salib, dengan mencium patung Jesus di salib yang disediakan. I know it sounds a bit like "menyembah berhala" but NO, it's just a symbol. Cos salib yang dorang guna tu ada banyak, lain2 material dan saiz. It's not like just one particular salib yg diagung-agungkan. It's a symbolic since it's not like we can ever witness peristiwa penyaliban tu kan? We can never have Jesus in front of us, we can never express our sadness, our tears, our mourning. So Good Friday is untuk peristiwa ni. I usually will kiss Jesus image on the feet, sebab sia rasa di sana seja yang sia layak.
So now kamu faham why lambang salib tu jadi lambang yang penting untuk Kristian. Apa pun, cerita ni hanya tinggal cerita, sebab yang tidak percaya tidak akan dapat apa2 pun daripada dia. As a human being yang sentiasa mencari jawapan, actually apa exactly happened that time, I cannot be too analytical about it. Sebab dorang pun berpandu kepada tinggalan tulisan2 yang disatukan menjadi kitab. Apa yang penting kepada orang zaman sekarang adalah their belief in a greater Power up there. Maybe we inherit our religion from our parents, True, and when we grow up we choose to remain in that religion, also for a reason. Sebab kita FEEL itu blessing dalam life kita. When kita berdoa, doa kita didengar. Dan sampai satu tahap yang you can feel that Entity sitting next to you and listen to your crying. Kamu pernah experience ka tu? So sia bukannya berpandukan sangat kepada details cerita2 tu semua sebab sia tau, lain mazhab percaya kepada variation cerita yang berbeza. We know itu tafsiran masing2 kepada satu peristiwa yang sama. I don't want to fight, guys. Apa yang LAGI REAL dalam life sia adalah sia sangat diberkati. Kalau sia pray, I have Jesus image in my head. Or one Entity I can't really see but there's someone there in white robe. You know ka how many times kami DISELAMATKAN oleh satu kebetulan yg betul2 bertuah? Boleh ja kamu cakap ini semua satu fluke. Tapi TIDAK untuk sia. Sebab sia hari2 berdoa untuk perlindungan itu, and not to mention my parents yang memang rajin pray. For what? Praying is not bercakap kosong, guys. Praying is when you ask for something dengan A Very Big Faith in your heart. Faith itu Hidup. Jadi, apa juga keraguan tentang kepercayaan ni bermula dari kisah Jesus, itu sudah bukan jadi perkara utama. Sebab truth about Him will never be changed. Yang betul tetap betul biarpun kebenaran tu mungkin belum kami tau. Yang penting iman ni hidup dalam orang yg percaya. How did we handle our problems yang sometimes terlalu berat? Trust me, my strength bukan datang dari kebijaksanaan diri sia sendiri. Kalau bukan faith sia, I'm NOBODY yang kamu kenal sekarang. Not to mention berapa kali faith sia shake juga sebab sia dekat drown dalam difficult situations. Sampai sia bercakap pasal God macam sia nda kenal Dia langsung. Tapi akhirnya Dia juga la yang save sia sebab selagi sia bergantung kepada diri sia, sia akan terus lemah. Bila sia berpaut sama iman sia dalam doa, TRUST ME it does wonders. Suddenly kau bangun, fikiran kau terang. Kau nampak jalan keluar. Uina, I'm not joking, guys. Sia bukan mau lobby agama di sini. Sia mau kau stay dalam agama kau dan PERCAYA sama TUHAN dengan cara kau sendiri. Tidak payah perkecilkan orang lain yg tidak sama cara. Sebab kami semua pun ada cerita ajaib kenapa kami percaya.
So, have a Blessed Good Friday to all. See you next post :)
No comments:
Post a Comment