I'm sure you guys pernah rasa KUAT bila benda2 baik dalam life kau suddenly datang berderet. Mungkin nasib kau masa tu bersinar2. Rezeki melimpah dan duit tu senang ja kau cari dengan usaha yang masih sama. Masa tu kau rasa, So this is my time! Masa tu kau rasa macam berada di puncak. Dan time di puncak ni, kau rasa that's where you belong. FINALLY! So masa ni mengaku atau tidak, mesti kau rasa a bit MEGAH dan KEBAL. Seriously! Kau fikir balik apa feeling kau time kau punya nasib bersinar terang. Bila kau tinguk bawah, kau rasa tu jalanan sudah berlalu. Kau tidak akan pegi ke situ lagi. Best kan God kasi chance kita rasa begitu? Nda juga kamurang heran la kalau sia cakap yang bukan masa kita susah ja satu ujian, masa kita senang pun satu ujian juga!
Masa tu baru nampak perangai2 baru kita. Suddenly kita lupa orang2 yang ada time kita susah. Padahal orang2 ni bukan pok kesenangan kita pun, tapi dorang tu pun kita nda berapa mau tinguk. Senang cerita, parents kita sendiri bah. Suddenly susah parents kita mau tinguk muka kita atau mau dengar khabar kita sebab masa kita senang ni, maybe kita sibuk layan lifestyle baru, kawan2 baru yg lagi UP dan buli bagi job besar. Pegi melancong pun sendiri2 sebab rasa mau privacy dan family tu menyesakkan dan menyusahkan. I don't say SEMUA kita gini but we could be one of them. Benda common untuk anak2 yang tiba2 dapat durian jatuh ke riba.
This topic datang time chat2 sama kawan tadi pasal perangai adik beradik yg berduit. Selalunya time kita berkakai, kais pagi makan pagi, masa tu banyak niat2 murni dalam kepala kita. Kalau yg Muslim, mau hantar parents pi Umrah contohnya. Sekalinya bila sudah senang, duluan dia jalan dulu pi Umrah, parents yang tua tu melambai ja. Hehe. So yg masih berkakai dan berniat murni tu, CONFIRM ka bila kamu senang kamu akan bikin niat murni tu? Sebab LAIN tau feeling dia bila ada di atas tu. Kau rasa kau Undefeated sudah bah. Kau rasa kau punya life akan senang begitu sampai ke akhirnya. You can guess what I'm gonna write next.
Which is NO, Life kamu tidak akan sentiasa di puncak. Kamu akan hilang kekuatan dan kekebalan tu. CONFIRM. Sangat CONFIRM. Kitaran hidup manusia biasa memang macam ni. In my own context, I'm experiencing that AGAIN and not that I've never experienced that before. Not that I'm shocked. This is not even a punishment. THIS IS A CYCLE that you can't defy. Yang bestnya, masa susah tu lesson dia paling awesome. Awesome gila eh! Jadi masa kau senang, feeling dia lain kalau kau master semua lesson hidup susah tu. Kemegahan kau tu berpada-pada dan bersyukur macamana kita kena belanja makan time kita pokai dan kelaparan. Something like that. Tapi tu feeling MEGAH can be so overwhelming that kau akan berisiko untuk LUPA DIRI juga kalau dibiar. Hahaha.
So okay, about me. Last time sia rasa berada di bawah, I couldn't handle it. I thought I was gonna get drowned. So I dealt with it through the hard way, like putting myself in emotional agony. You know kan perangai si 256 macamana? Sometimes sia emo berlebihan, tapi GOD is good. Dia selalu lift sia balik dengan cepat. The only reason why sia tidak tumbang, is because I seek for wisdom from God. Itu seja la formula sia. Kalau sia cari wisdom dalam kepala otak sia sendiri memang nda akan jumpa. So kita kena faham cycle life ni. Life kau masa di atas, dia akan turun juga. So time kau di atas tu kau REMIND YOURSELF that this is not gonna be long. Tidak salah kau menikmati kesenangan hidup kau time kau di atas, but BE MODERATE dan kasi dorang rasa kesenangan kau especially these people yang sentiasa ada masa kau tiada apa2. Could be some kind of test from God how we deal with fortune BUT still, kalau kau bikin dengan excellent pun kau still akan turun bawah juga cuma kau boleh terus maintain your goodness ways. Tidak payah la meroyan sebab life masa di bawah ni pun ada kebagusan dia. Suddenly kau ingat asal usul kau yang kau pandai lupa sikit2. Dan merasa balik berjalan di tanah, tidak terbang tidak terapung. Garsh, for me itu satu pleasure kehidupan. Merasa kesusahan di masa senang, jadi bila kau susah balik, that is just a piece of cake!
So apa mau bikin time di bawah? Kau kena RELAX! That is not your first time pun, yg kau meroyan kenapa? Hahahaha. Apa lagi kalau kau sudah matang, macam kena tampar angin seja tu. Kalau setakat hilang beberapa job, at least kita pernah rasa camana jadi gula yg dihurungi semut. One good news yang sudah terbukti, benda yang hilang dari kita tu akan kena ganti oleh something greater. Seriously! Don't tell me you don't know this. Mau berapa kali ulang sudah ni. Cos this is THE TRUTH. Just bersedia ja untuk terima benda2 yang much greater tu. Kalau kau nda sedia, mungkin kau akan terlepas dan mungkin kau tidak akan nampak pun sebab kau tutup mata hati kau tu. Kau mau meh jadi rugi gitu? Kesusahan tu ada reward dia. Jangan tolak and be prepared to receive it!
Kesimpulannya di sini, kitaran hidup ni kita kena sedar. Masa kita di atas, atau di bawah, be well aware that Life is doing its thing. Tapi masa kau di atas tu kau berbakti la sebanyak mungkin sebab kau ada kesenangan tu. Dan jangan la riak atau sombong sangat cos sepa yang bikin gitu usually jatuh dia ada sandi sikit berbanding sama yg besederhana dan sedar diri. LOLS. Tinguk ja sia, time2 sia di bawah ni sia ok ja dan mencari keceriaan di setiap hari. Blessing yang kecil2 tu dia nda akan lepas pandang sebab kenapa? Sebab itu lesson masa hidup susah yang sia nda akan lupakan. Ilmu tu mujarab sebab camana pun sia down, blessing2 ni akan kasi bangun sia cepat. Senang cerita, that's God's work. Sama ada kau pecaya atau tidak ja. But still kita kena lalui cycle ni dengan baik. Good luck to us. Baik2 sikit masa di atas tu ahh...Nanti jatuh jangan sampai tertiarap terus. Jatuh pun biar ada style ok? Hahahahahaa
Note: I have a question to my frequent readers. Do you prefer that I write in full English or you don't mind that I write using Sabahan Malay like this? You can let me know at the comment box or mail me at twofivesix_256@yahoo.com
No comments:
Post a Comment