Disember last year, ada ni satu new customer. She said they were gonna have a family day event. Then she kept saying it was her husband's request untuk bikin tu family day. Families all the way from Brunei pun akan fly untuk join tu event. Dorang plan buat di satu villa yg quite expensive juga la. Memang confirm besar-besaran. And cerita punya cerita, akhirnya dia buka mulut pasal husband dia. Husband dia has been sick for 4 years from a rare disease yang menyebabkan kelumpuhan. Masa dia cakap tu, dia sangat relax sedangkan sia pula tergamam, terkaku kejap, sebab condition husband dia tu seolah-olah terminal dan tidak boleh ubat lagi. Guess what, but he is very much normal half body up sebab dia boleh berfikir dan cakap macam biasa cuma sentiasa terbaring ja. In fact masa dia di depan sia tu, dia call lagi husband dia minta opinion tentang itu ini and the husband give decision on the budget and other things. Dalam hati sia masa tu macam2 persoalan. Perempuan yang di depan sia tu treat husband dia betul2 macam husband dia sihat. Kalau sia tidak tau cerita husband dia, sia fikir dia bercakap sama org yang perfectly sihat.
The way the wife cerita pasal condition husband dia tu, walaupun dia nampak relax, tapi ada something yg dia pendam. Satu kesedihan yang sudah lama dia rasa sampai satu tahap dia sudah PASRAH. She did say the sentence, "Memang tidak boleh ubat sudah. Doktor sudah suruh balik rumah." Then dia ada kasi tunjuk gambar tu husband bergambar sama siblings dia. Very normal cuma dia duduk ja. It scared me thinking about the family day they gonna have. Seolah-olah it's to celebrate "Kepasrahan" yang ada perkara yang kita tidak boleh ubah lagi. Tapi they decide untuk terus menikmati hidup dan bukannya meraung meratap. They even decide untuk berhappy-happy bersama2.
So a few weeks after tu event, tu customer request sia di FB and sia accept. I still remember her. So dapat juga la nampak gambar2 family day tu. Memang meriah macam yang sia imagine. Dan nampak juga la husband tu punya Fb. Rupanya husband dia ni seorang yg berkerjaya dan selalu post sharing di Fb sebelum dia kena penyakit tu lagi dan terus sharing biarpun masa dia sudah sakit. Memang jenis familyman yg commited sama bini dan anak2. Kalau sia tengok gambar2 masa dia sihat, kehidupan ni betul2 tidak boleh dijangka. Boleh ja sia assume at least dia akan terus aktif dan sihat sampai tua. Rupanya tidak. Dia sudah bedridden selama 4 tahun. You know kan 4 tahun tu bukan kejap. That explains why no more tears di mata bini tu. Di hati dia sepa yang tau kan? I thought, "Betul2 strong ni perempuan".
Nda lama selepas dia add sia di Fb tu, dia wasap sia. Of course I still remember her. Wasap dia berbunyi macam ni. "Hi, masih ingat saya? Yang buat family day hari tu? Just mau bagitau kamu, husband saya baru ja pergi untuk selamanya." Terus sia terstuck kejap. OMG. I didn't know how to react. Hanya 2 minggu selepas family event yg dia request, dia pergi dalam tidur. Sia terkejut dan sia pause kejap untuk fikir how to reply wasap dia properly. Dapat juga sia respond dengan cepat dan sampaikan takziah untuk dia. Gosh. You need to really use the right word kalau untuk benda macam ni. Tidak boleh sembarangan tulis but it has to sound natural so they know kita ikhlas. The way dia answer sia balik, dia terima kasih untuk kata2 tu, buat sia rasa "she really needs soothing words from the people around her". Biarpun kami tidak begitu kenal but maybe words dari strangers tu pun boleh help dia untuk cope with kesedihan. If you ask me, this woman jenis yg tidak overemotional. Kau tidak akan nampak luaran dia. Kau nampak dia tenang ja. Kamurang tau kalau kamu jumpa perempuan begini, dia bina kekuatan dari airmata tu. Kuat dia jenis yang luarbiasa. Kau tidak akan dapat tembus dia. Dia hanya akan luahkan bila dia tutup pintu dan teda sepa nampak. Dia ada 3 anak mau kasi besar. Does she have a better choice? To be strong is her only choice!
The reason why sia tulis ni sebab sia nampak dia pos di Fb just now. Biarpun dia selalu juga post2 pasal anak2 dia selepas dorang meneruskan kehidupan, but dia akan sekali sekala post yang emosi, dengan hashtag yang penuh kerinduan dan kasih sayang. It made me think, life ni sememangnya penuh uncertainties kan. Kita teda choice but untuk live life sebaik-baiknya setiap hari, and garsh this time I mean it even more! Jangan lagi delay. Jangan lagi stock2 tu kasih sayang simpan untuk hari esok, ini hari ini jam juga kau mesti kasi tunjuk tu sayang kau. Sebab hari esok betul2 kita tidak tau. Dan I'm sure cerita laki bini ni dulu sama macam orang lain masa dorang mula2 mencari pasangan hidup dulu. Mesti dorang expect untuk kawin someone yg love dorang seadanya, sanggup susah senang, dan kalau boleh sampai ke akhir hayat.
Sebenarnya misi the husband sudah selesai. Di akhir hidup dia pun isteri dia setia di sisi dia. Bersabar dengan keadaan dia, terus jaga dia sampai ke hujungnya. Guess what, some of us masih lagi wondering kalau partner kita buli bikin semua tu, but at least for the husband, he got his answer. He found that woman. Sia rasa inilah yg semua lelaki mau. A wife yang akan setia dan sayang dorang sampai akhir hayat. Sia berani cakap yang bukan senang untuk jumpa perempuan yang boleh sayang kamu seikhlasnya. Until this time sia sendiri pun tidak boleh confirm yang sia ada capability untuk buat gitu. So, kamu hargailah wife kamu yang setia di sisi kamu dan jaga makan pakai kamu. Masa kamu sakit pun dia jagakan. Kamu buli jumpa 10 perempuan lain yg kamu suka selain bini kamu tapi belum tau ada satu yg buli sayang kamu macam bini kamu. Bukan kita tau kita sampai bila. Gunalah masa yang ada untuk sayang orang yg setia di sisi kamu cos orang ni la yg akan terus merindui dan menangisi kamu kalau kamu ditakdirkan pegi dulu. Oh gosh. Perit kan realiti hidup yg terpaksa berpisah. Tapi untuk yg Muslim, dorang percaya dorang akan bertemu semula di Jannah so tiadalah cinta suami isteri yg lebih sempurna melainkan cinta yang sampai ke Jannah, and for us Christians, the Eternal Life. Could we be one of them? We don't have the answer for that kan. Yang kita mampu cuma to live and to love with all we have. Our time is limited and is running out. No more delay, guys.