Itu sudah kira ketagihan berhutang. Aha…tapi itu bukanlah yang paling teruk. Cos orang yg berhutang, and then jenis yang “ada idung” (*lols) then mesti dia mau bayar. Lagipun gaji dia cukup untuk bayar. Mungkin dia memang suka berhutang, tapi dia sudah calculate semua, then still enough to pay hutang tu next gaji. Paling2 pun orang meluat ja tengok muka seposen dia tu minta pinjam duit gara2 “Sia mau pi restoren seafood malam ni”. Biarpun kau sakit ati tinguk keborosan nda bertempat dia tu, at least kau tau dia boleh bayar. Ok fine. But ada lagi satu yang betul2 bikin meradang tahap dewa dewi. Dia tidak mampu bayar, tapi dia tetap mau hutang di sana sini – dan reason dia mau hutang tu adalah reason2 yang membuatkan darah kamurang mendidih. For example dia mau pi main slot machine, paling2 pun RM1000, dengan harapan, “Sepa tau sia buli dapat RM3000 balik?” Tapi kalau nda dapat camana? Or dia mau pinjam sebab dia mau beli blackberry untuk gf dia, sedangkan you sendiri; iaitu orang yg kasi pinjam dia duit, pun pakai tu handphone polyphonic ja. Doiiiiiii…? Do you guys sense something Really Wrong ka?
Then macamana kalau sia cakap yg manusia ni ada satu sikap yang sangat membencikan bila part mau bayar hutang yang they have to take the money from their wallet and bayar kepada si pemiutang tu – dorang suddenly rasa tangan dorang berat betul – hati dorang tu lagi la berat. Alang2… “Alaaa…malas la mau bayar!! Bikin abis duit ja oo mau bayar2 hutang lagi!!” (Hahahaahahahahahahaha bijak betul kepala otak that pokemon kan). Yaa, sadly, inilah sifat manusia when it comes to membayar hutang. Anggap sajalah yang setiap daripada kita ada sifat ni. Tapi kalau hati kita cukup baik dan penuh kesedaran, ada yang mampu lawan sifat tu then akhirnya jadilah seorang yang tidak didendami oleh c pemiutang. Susah macamana pun, hutang mesti dibayar!
Kalau sia suruh setiap daripada kita LAWAN itu sifat buruk yang liat mau membayar hutang tu, mampukah sia? Memang tidak mampu. Sebab manusia ni baik hinggalah sampai ke hal duit, keluar tanduk dan taringnya. Tiba2 tu nilai2 murni, ditaruh di pisuk2. Aiyooo manyak lugii wooo mau bayar itu hutangg! (/me pingsan tawa.)
Sia teringat tu pelakon veteran Aziz Satar, share secret dia awet muda, boleh kawin baru lagi di usia 70-an. Dia ada sebut – “Jangan berhutang”. Memang menarik juga sebab sebelum tu, sia tidak pernah terpikir yang perihal “hutang2” ni pun menyumbang kepada awet muda. Sepa sangka kan? Pikir punya pikir…memang betul Hutang ni sebenarnya menyumbang kepada banyak toksik dalam badan kita. Sebab hutang ni bukan kita rasa bimbang, takut, tidak senang hati dan wajah asyik berkerut. Gara2 hutang, saudara pun tidak bertegur sapa. Jadi wujudkah sebarang penawar kepada masalah ini?
Penawarnya – Ada beberapa yang disyorkan oleh tok guru pokemon ntah dari mana tu. Dia cakap macam ni…Penawarnya tu bergantung kepada kesesuaian masing2.
1. Berbelanja mengikut kemampuan. Biarpun kau target mesti beli 5 baju dan 3 kasut setiap bulan, tapi kalau kau kena berbelanja lebih untuk hal lain, kau kena juga lupakan target kau untuk bermewah-mewah dengan baju dan kasut tu. Else, u sudah resistant kepada penawar ini. Sampai bila asyik berhutang saja.
2. Jangan bergantung kepada orang lain – Percaya atau tidak, mungkin inilah masalahnya. Setiap masalah ada jalan penyelesaian. Kalau sentiasa tarik orang lain dalam masalah kita, memang kita akan terlibat dengan hutang yang tidak sihat. How? Sikit2 susah, mesti cari si polan…pas tu, tidak pandai bayar pula. Kalau sudah dari mula kamu tidak mau susahkan orang lain, automatik you akan elakkan diri daripada membuat aktiviti yang menyusahkan dan Sekiranya u dilanda masalah kewangan yang boleh ditangguh atau dibatal, u akan susahkan diri u dulu before you sampai hati susahkan orang lain. So in the long run, u akan save banyak benda. All you need to do now is Be Responsible dengan tindakan sendiri dan don’t drag innocent people into your mess and rely on their money.
3. Elakkan daripada memberi hutang! – Ya ini adalah satu petua. You sudah tau perangai manusia ni macamana. If you want to jaga hubungan baik antara kamu, kalau boleh jangan masukkan hal perkiraan duit. U must understand that maybe your friend is not a bad person, but anggaplah you yang mendorong sikap buruk semulajadi manusia yang liat mau membayar hutang dengan “memanjakan” dorang dengan memberi hutang. If you ni adalah si Kaya Raya, you bagi saja la duit tu. Tapi kalau sendiri pun masih lagi mengira bintang di langit, bagus u elakkan problem dari awal lagi. Help your friend to be responsible dengan life and decision dia – Trust me, dia akan belajar untuk lebih bijak next time if dia tau yang u tidak akan senang2 backup dia. If not, you pun silap2 makan hati berulam jantung bila teringatkan hutang dia everytime nampak muka dia.
4. Langsaikan semua hutang kamurang!!!!!!!!! (*Lols)
Ambillah mana2 dari 4 penawar tu nescaya hidup kita tidak dibebani hutang yang nda berkesudahan. Kalau boleh, jangan jadikan berhutang tu hobby masa lapang kamurang. ELAKKAN daripada berhutang- kasi tebal sikit tu muka. So automatik kamu pun simpan duit sikit2 sebelum berpikir mau beli gift yang special for your loved ones – jangan pula mau spend orang makan pun pakai hutang. Masing2 ada masalah. Kesiankan la dengan keluarga yang ada masalah mau dijaga, and u dengan hal remeh temeh pun mau menambahkan pening dorang. Mungkin hutang asset tu tidak boleh dielak, tapi sekurang-kurangnya cabaran kepada diri kita untuk tidak mau dibebani hutang supaya senyuman di wajah tu original punya. Sepa la tau umur kita panjang, umur 70 tahun, 80 tahun pun masih lagi muda belia. Rupa-rupanya, hati yang senang tu cuma semudah “tidak berhutang”. Apa macam? Buli ka?
NOTE: 256 <-- Cuba sedaya upaya tapi kalau TERhutang juga, kasi ringan tu tangan mau bayar. Jan buat2 lupa sana ahh… *Lols
No comments:
Post a Comment