“[256], jangan kau naik tu tangga…nanti kau jatuh, silap2 bedarah lutut kau,” bilang bapa sia. Terus sia inda naik sebab dia tinguk sia. But bila dia teda sana, nahh…sana la sia teruskan mission sia. “Sia mesti naik itu tangga!” sia cakap dalam hati. Degil. Keras kepala. Kali tinguk, tiba2 muncul bapa sia di belakang, “Sudah sia kastau jangan naik tu tangga kan? Kenapa juga nda mau dengar ni? Kalau jatuh nanti macamana?” Then sia kasi biut muka merajuk kana marah. “Can you stop me?” RIGHT, You can’t freaking stop me. Kalau sia sudah determined mau buat something, I will do it. If you tie me di pokok kayu pun, ada jua cara sia mau lepas dan akhirnya naik tangga itu!! Sebab manusia memang macam ni. Kalau kepala otak dia mau, dia bukan dengar apa kau cakap. Apa lagi bila dia rasa excited and thrilled to try something yg dia rasa seronok.
Percaya atau tidak…Inilah yang kita hadapi dalam menjalani hidup kita. Kita ada kemahuan melakukan sesuatu, kita rasa kita boleh, and then kita rasa cara kita untuk mendapatkan sesuatu tu adalah betul. Yup…read that again. Contohnya kamu ni seorang cikgu, kamu sudah terlebih dahulu makan garam dari students kamu. Then kamu nampak students kamu ni asyik masyuk bercinta masa masih sekolah. Umur baru setahun jagung, sudah tau main cinta monyet. Kamu sudah lalui tu semua. Kamu buat satu sesi lecture di kelas. Kamu bagitau students kamu yg confirm dorang akan menyesal kalau cinta awal2 sebab semua cinta pada masa sekolah macam tu mesti tidak akan ke mana-mana. Silap2 paper fail, lugai2 putih mata. Apa pun nda dapat. Berbuih mulut kamu lecture students kamu supaya jangan main cinta2 monyet. Aha…kamurang pikir dorang mau dengar ka? Dorang sudah hanyut dengan perasaan yang di awang-awangan tu…dorang rasa happy dan bahagia dengan cinta monyet dorang, dan mau dibandingkan dengan kamu yg setakat pot pet teda hujung pangkal – entahkan betul entahkan tidak … kamurang pikir dorang mau dengar ka?? Yes, correct!! Dorang tidak akan mau dengar!!!
Jadi, apa macam? Kamu baca tu topic balik. Iaituu…BIARKAN SAJALAH! Ini saja cara yang terbaik. Bukan kerana kamu surrender tidak mau tolong orang lain supaya dorang tidak jatuh atau gagal, tapi memang THERE’S NO WAY yang dorang akan dengar cakap kamu sekiranya dorang expect ada sinar victory yang menunggu di hujung tu. BIARKAN saja dorang tu. Kalau si [256] telampau karas kepala, kasi biar dia naik tu tangga, kalau dia jatuh nanti, bedarah lutut…Nahhh, baru dia sendiri sedar apa yang bahaya. Daripada kau kasi kempunan dia. Biar la dia naik. Tapi kau pasang la tilam di bawah cos nda juga kita mau kepala dia yang landing dulu kan. Palis2. (*Lols).Eiii sampat lagi ba!
Ini cuma satu perumpamaan. Sampai hari ni pun, kita sentiasa dinasihat itu dan ini oleh orang yg TAHU dan berpengalaman. Dorang tau if kau ikut tu jalan yang kau pilih, kau akan susah. Tapi kau degil. Kau mau juga ikut. Then? Biar saja la! Kamurang tunggu ja dia patah balik kasi biut muka. “Baru sia tau oo itu jalan tidak bagus.” Nahhh, ini la yang kita tunggu. Biar dia find out sendiri. Sebab kalau mau harap kita yang bagitau orang, dorang tidak akan paham dan terima. Dorang kena find out sendiri.
Begitu juga la dengan sia. Bukan teda orang nasihat, bukan teda orang tau…Tapi apa buli buat kalau sia degil? Then now bila sia find out yang apa yang dorang cakap tu Memang Betul, dan sia telah memperbodohkan diri sia selama ni dengan mengikut sia punya kepala otak yang nda berapa buli pakai, Nahhh…PADAN DENGAN MUKA SIA KAN? Guess what… as a matter of fact, sia baru saja sedar sia melalui proses itu. Dan apa jadi dengan sia? Sia masih boleh berdiri dan bercakap macam awal2 dulu before sia buat kesilapan itu. Tapi kali ni, bahasa sia lain sikit sebab sekarang SIA TAU, dulu sia NDA tau. Sekarang sia buli becakap and analisis kesilapan sia. What when wrong and all that. Dan apa yang lebih best lagi…selepas sia jatuh sendiri dan bangun kembali, sia jadi orang yang lebih pintar. At least sia sudah buktikan teori yang sia ragui dan sia boleh jadi BUKTI itu sendiri kepada satu perkara yang orang lain susah mau percaya. Sometimes, memang macam ni. Kau kena terhantuk, terduduk dan almost tersungkur dulu barulah kau tau. Jadi… now that I made a mistake, sia teda masa mau hantuk kepala sia di dinding or mau gigit lengan sia sendiri untuk lepas geram. Sebab bagi sia, INILAH KEHIDUPAN. Mimang sia PERLU buat kesilapan itu untuk jadi orang yg lebih baik.
Now sia nampak sekali lagi, macamana God does it. Biarpun sia masih rasa sakit akibat terjatuh, tapi sia masih terasa mau senyum sebab sia pikir dari mula lagi…seolah-olah benda ni direka sedemikian rupa supaya sia boleh lakukan satu kesilapan dan bangkit semula. Entah dari mana pikiran ni datang bahawa, Success itu ada price dia. Bukan MURAH itu Success tu. I think, secara logiknya, God pun nda mau kita berjaya dengan mudah sebab takut2 kita tidak tau apa NILAI sebuah kejayaan. Tadi sia bercakap dengan my mom’s friend about perkara ni – I WISH I had someone yang becakap di tempat sia sekarang and sia berada di tempat my mom’s friend supaya sia tidak perlu kerugian masa dan wang ringgit dengan kesilapan yang boleh dielakkan. Tapi tidak apa juga. Yang paling best sekali adalah… KESILAPAN itu kini berada di belakang sia. Apa lagi sia mau takut? Benda tu sudah lepas. Sekarang adalah masa untuk MAKE UP for it and sia mau ONE DAY sia akan rasa mau hug2 itu kesilapan – sampai gitu sekali kan. Sebab sepa tau…kesilapan itu lah permulaan kepada sesuatu yg indah pada masa depan.
No comments:
Post a Comment