Statcounter

Sunday, May 24, 2009

Mencintai Tidak Semestinya Memiliki...

I just thought of this thing actually. Maybe this has something to do with the post, “Dalam Hidup Ini, Bukan Semua Kita Boleh Dapat = In this life, we can’t get everything we want.” Just want to share with you guys another thing yang menarik.

Dalam perjalanan hidup kita ni kan, kita actually jumpa macam2 benda dan macam2 orang. Ada yang menarik perhatian kita, dan ada yang betul2 melekat dalam fikiran kita. Memang ini la lumrah manusia. Sebab kita ni dikurniakan perasaanlah, kita boleh menghargai sesuatu.

Kau imagine la kau limpas satu kedai yang sangat cantik dan extravagant yang kau sendiri pun takut mau masuk. Dari luar tu kau nampak satu bunga yang terletak di tengah2 kedai tu. Bunga tu betul2 indah ba. Dengan warna yang keemasan, dan gubahan yang cukup sempurna, ditambah lagi dengan reben2 yang berkilat2. Boleh dikatakan itulah bunga yg paling indah kau pernah nampak seumur hidup kau. Dan kau kagum sama apa yang kau lihat walaupun dari jauh ja. Price tag dia kau nampak terang2. Harga yang sangat mahal yang melebihi kemampuan kau. Untuk seorang yang suka dengan benda2 macam tu, memang kau terpikir, “Alangkah bagusnya kalau sia mampu beli tu bunga.” Tapi, dalam logik pikiran kau, kau tau benda tu mungkin mustahil. Sebab harga dia yang beribu2 tu, memang terlalu mahal untuk dibeli. So kau mungkin terpaksa lupakan saja niat kau untuk memiliki bunga tu, tapi kau berdiri di luar kedai tu lama sikit, untuk terus tengok tu bunga dan menikmati keindahan dia. Or the most you can do, is go inside the shop, and tengok sendiri tu bunga dari dekat, dan pegang dia dan terus mengagumi dia. And then, kau keluar dari kedai tu dengan senyuman dan satu perasaan yang sukar kau gambarkan. Kau pulang rumah, kau bagitau sama family kau pasal ni bunga. Kau cakap la ni bunga la yang the best kau pernah nampak selama ni. Sampaikan orang yang dengar cakap kau pun dapat rasa betapa indahnya bunga tu ba. Tapi apa pun, kenyataannya kau tau yang cuma itu saja yang kau boleh buat. Kau tau kau tidak akan mampu beli tu bunga pun. Or, kalau kau pok mau beli tu bunga pun, kau akan ambil masa berbulan-bulan untuk simpan duit. Suddenly you feel yang memang impossible la untuk kau beli bunga tu. Kau pasrah yang kau tidak mampu memiliki tu bunga. Tapi pada masa yang sama, it doesn’t stop you from admiring the flower. Kau akan ingat yang itu bunga la yang paling indah kau pernah nampak. It’s meant to be yang bunga itu ada di sana untuk dikagumi saja oleh kebanyakan orang. Dan kalau pun satu hari nanti bunga tu akhirnya dibeli oleh seseorang yang ada kemampuan tu, kau akan tetap ingat semua ciri2 indah bunga tu yang ada dalam ingatan kau. Kau akan terus bercakap pasal kekaguman kau sama bunga tu.

Actually, kita semua lalui perkara tu sekali sekala. Mencintai Tidak Semestinya Memiliki. This line can be quite hurting juga kan? Memang sudah jadi adat manusia bila kita mau memiliki apa saja yang kita suka. But macam yang sia cakap dalam post sia yang dulu, Bukan Semua Kita Boleh Dapat. Or maybe kematangan yang akan ajar kita satu hari nanti, bahawa ada benda2 yang kita mau tu, bukan saja kita tidak dapat miliki, tapi sebenarnya benda tu kita suka/mau hanya kerana KITA HANYA MAMPU MENGAGUMInya dari jauh saja. You guys paham? Adakalanya adalah lebih baik kita hanya dapat mengagumi sesuatu tu dari jauh saja sebab you know the feeling is THAT GOOD ba. Belum tentu kau akan masih rasa kekaguman yang macam tu selepas memiliki benda tu. So ini adalah satu point yang kita harus renungkan. Anggap saja la ini satu misteri kehidupan. Ada benda yang mencapai tahap PALING INDAH pada peringkat kita mengaguminya saja, dan anything yg more than that pun akan spoil that best feeling.

Orang sudah lama bercakap pasal benda tu ba kan? Tapi sia tidak pernah actually pikir hal tu masak2 sebelum ni. Sedar nda sedar, sia lama sudah apply benda ni dalam life sia. Tapi mungkin sia nda sedar yang sia overdoing it. Who knows kan? Mungkin sia nda sedar, benda yang sia mau tu sebenarnya sia boleh dapat. Tapi sia sentiasa rasa sia TIDAK MAMPU atau TIDAK LAYAK hanya kerana sia rasa mustahil la ba hidup ni begitu generous sama sia, sampaikan dia buli let me have apa yang sia betul2 mau. Jadi tindakan bodoh yang sia buat, sia lepaskan saja benda tu sedangkan benda tu sendiri pun belum tentu lagi sia tidak boleh dapat. Sia cuma assume yang sia tidak akan dapat benda tu sebab sia tidak mau berharap habis-habisan dan akhirnya kecewa. I’m afraid that I cannot handle the pain. Macam a bit keterlaluan pula cara sia tu kan guys…Kenapa juga manusia ni takut getting hurt sampai mcm tu sekali? Hidup bukan lama ba kan? Biar la ba sekali sekala ambil risiko. Kalau pun sia terluka, kalaupun sia terjatuh, kan sia sentiasa boleh ubat luka sia tu dan buli bangun balik mcm biasa. The pain could pass ba kan? What’s the point of being alive kalau asyik2 mau protect diri sendiri saja from getting hurt ba kan? Why don’t just GO OUT THERE and FIGHT till the very last, just to get what I want. Kalau sia still fail, at least sia puas hati yang sia sudah cuba. But adakah semua orang adalah sekuat itu? Adakah sia sekuat itu?

You guys imagine pula kalau u guys berada di tempat BUNGA itu. Ada orang yang betul2 mengagumi kau, tapi oleh kerana bukan senang untuk memiliki kau, so orang tu pun guna pendekatan “Mencintai Tidak Semestinya Memiliki”, sedangkan kau mau org tu to try the very best so that orang tu boleh miliki kau ba. Tapi hanya kerana dia pun menggunakan pendekatan tu, kau sendiri pun end up in pain juga sebab the person doesn’t try hard enough to get you. Orang tu pasrah ja yang dia tidak boleh memiliki kau dan hanya boleh mengagumi and sayang kau ja dari jauh. Woww…memang la life ini betul2 “something”. Mungkin ini ba yang best betul sama life ni kan guys? Things yang berlaku di depan mata kita ni, kadang2 berlawanan dengan arus manusiawi tu sendiri ba, dan sedar nda sedar, semua orang pun actually terima benda tu sebagai satu “lumrah”.

(Uh-ohh…she’s at it again. *Lols.)

(Suara Hati Kamurang: Uii 256, paning sia apa kau tulis ni. Sasterawan negara ka pula kau ni?)

Hahahahahahahaahahahahahahahahhahahahahahahahah

Kesimpulannya, memang betul adakalahnya “Mencintai Tidak Semestinya Memiliki” sebab hidup ini banyak kekangan dan limitation. Sebab hidup ni ada peraturan, sama ada peraturan yg tertulis atau yang tidak tertulis. Actually, this is one of the things yang sia pikir when sia tulis tu post, “Alangkah bagusnya kalau universe ni tiada rules”. Memang pun patut yang bukan semua yang kita mau dapat tu kita boleh miliki, sebab kalau 10 orang mahukan benda yang sama, logikkah untuk dorang dapat tu benda sedangkan benda tu cuma satu ja? Nahhh, sudah tidak logic kan? So akhirnya sama ada satu org ja dapat, atau teda satu orang pun yg dapat. Kalau tidak, memang porak peranda la dunia ni.

Bah, pikir2 la apa yang patut k. Hehehe.

Muahsss.

More To Come!!!

No comments: