Bila semakin berusia, makin cluttered fikiran kita kan? Semakin banyak happenings di keliling kita yang sometimes affect emosi kita. Life ni memang fragile dari dulu, tapi sekarang semakin kita rasa. Begitu rapuhnya kehidupan ni. So apa kita mau buat sekarang? Adakah kita mau duduk termenung bersedih? Atau masih mampu kah kita mencari warna2 indah di sebalik semua ini?
I know most of you don't know me personally. Even I myself, yang sepatutnya paling kenal diri sia sendiri, pun cannot help but say yang actually sia buli ja dilahirkan jadi macam kamu dan yg lain2 yang "normal"...tapi TIDAK. God pilih sia untuk jadi begini. Personality yang complicated ni sebenarnya "membebankan" sia juga, cos bukan senang untuk simply Be The Opposite. Mau nda mau sia kena layan ni nature yg dibagi sama sia. Sia ada banyak phobias yang orang ndatau. Bukan senang mau hidup sebagai diri sia oo. Tapi sampai bila mau kasi pecah tu benteng kan? Sampai bila? How long do we have left sedangkan life is so fragile?
So this post mengingatkan sia sometimes masa mengenang life punya uncertainties ni, huiyo buli tahan tu benda2 yang masuk dalam kepala. Kepala kita ni kena attack oleh macam2 pikiran yg buli bikin emosi down. Asyik fikir what the worst that could happen to us. Macam2 la scenario dalam kepala, sampai sendiri emo di pisuk2. Doi dogooo. Buli ka kita ubah mindset kita ni? Buli kah?
Masa sia kena Panic attack in 2020 (dia ni keluarga Anxiety juga) sia rasa oo camana fragilenya hidup sebab sia rasa sia almost di hujung nyawa biarpun dia bukan sakit yg dinampak dengan mata kasar. Dan sampai bila la mau melayan penyakit2 "kecil" macam ni, KECIL jika dibandingkan sama betapa BESARnya kehidupan ni. Even my sister pun, sakit sikit dia bercakap macam la penyakit tu la yang paling matters sekali di dalam hidup dia. Then guess what? Sia teringat ni cousin sia yang much younger, tapi sudah pernah terlantar sakit di hospital dan sejak tu dia kena pegi dialisis. Begitu mudanya dia sudah kena macam tu. Imagine la apa perasaan parents dia sebab satu2nya anak perempuan kena lalui tu semua di usia muda. Tapi parents dia nda melatah tau. In fact dia sendiri jauh sekali dari melatah. Dia terus positif. Selepas dia sudah mula dialisis, dia masih teruskan hidup macam orang lain. Dia bertunang and then baru2 tu kawin. Nampak kah semangat dia untuk HIDUP? Dia tidak berhenti sedetik pun.
Walaupun sia bukan ada di sebelah dia untuk tau exactly apa macam perasaan dia yang kena pegi dialisis sampai tangan and lengan lebam2, tapi cukup untuk sia nampak aktiviti2 dia macam orang sihat lain. Yang dia tidak perlu dramatik sangat pasal keadaan kesihatan dia sebab kenapa mesti bazirkan hidup kan? YESSS, that's the word. Sudah2 lah bazirkan hidup!!!
Sekarang ni jangan kita buat kerja Tuhan, si polan buli hidup sampai sekian2 lagi, or what if ada apa2 yang berlaku pada kita sedangkan kita masih mau hidup. Doiii, stop it! Then thats why la stop wondering and HIDUP LAH selagi kita hidup. Sebab itu bukan urusan kita dan sesaat pun kita cuba mau rungkaikan, di sana la pembaziran hidup mula berlaku. Sama sekali tiada formula apa macam pengakhiran kita semua. Sama ada pasal usia, pasal keadaan kesihatan itu semua tidak terpakai sama sekali. So please, just stop it.
Bulikah mulai sekarang jangan kita bazirkan hidup? Jom kita teruskan hidup sebaik2nya, sehappy2nya, dan kita hidup laa begini SAMPAI HUJUNG. Sampai Hujung. Come lets try it this year okay?
No comments:
Post a Comment