Statcounter

Saturday, February 20, 2021

Nangis Dulu Ketawa Kemudian

Ini cerita sorang kenalan yang jauh lebih senior. A single mother yang merantau ke Sabah dari Johor. Dia ni umur sudah kategori warga emas, tapi dia nampak more than 10 years younger kalau tengok dari luaran dia. Comel dan cerdas. Plus dia ni bukan calang2 perempuan juga sebab dia ada sejarah kerjaya yang bagus semasa dia muda. Ada banglo harga 3.5 juta di hometown dia hasil titik peluh dia jadi contractor. Tapi tu lah, dia banyak kali gagal dalam perkahwinan. Kalau orang lain mungkin sudah serik. Tadi dia tidak. 7 tahun dia merantau ke Sabah, sentiasa berharap jumpa seseorang yang boleh jadi teman hidup dia.

Banyak2 hubungan dia sama lelaki, ada beberapa kali ura-ura mau ke fasa seterusnya. Tapi ada ja masalah. Tapi kes yang berlaku hujung tahun lalu betul2 yang paling teruk dalam pengalaman hidup dia. Sorang pesara guru ni berkenan la sama dia. Dan beriya-iya mau kawin dia. Sampai dia bawa dia jumpa keluarga dia di 3 lokasi yang berbeza, buat majlis makan2. Keluarga2 lelaki tu suka dengan kakak ni yang memang pandai bawa diri. Lelaki tu duda kematian bini, seorang yg berharta dan paling penting, sudah canang dengan semua orang dan berjanji untuk jaga kakak tu dengan kawin sama dia. Sudah cakap sama adik beradik kakak tu lagi dari fon. In fact, dorg sudah shopping beli cincin dan baju untuk majlis pertunangan.  3 hari sebelum hari tu, tiba2 lelaki tu wasap dia cakap pertunangan tu nda jadi. Dia suruh kakak tu sembayang hajat utk diminta petunjuk jodoh. So masa tu kakak tu tergamam nda pecaya yang semudah tu lelaki tu cakap begitu. Dia down habis sampaikan dekat mau gila memikirkan rasa malu orang keliling yg sudah tau pasal tu. Sampai sekarang dia tidak tau apa sebab lelaki tu buat keputusan begitu. Dan dia masih sakit hati yang tidak terkata. Masa cerita dengan sia tadi pun dia keluar air mata. Perasaan dibuang macam sampah yang disapu masuk parit, itu la yang dia rasa. Dia cakap dia plan mau tulis surat sama lelaki tu sebelum dia balik Johor. Dia mau tulis yg mudah-mudahan anak perempuan kau nda akan kena macam yang sia kena. Wow. Padu gilaaaa ayat dia. I said, YES, sia sukung. Mana buli dia suka2 buat perempuan gitu? Langsung tidak bertanggungjawab. Nasib baik kakak ni kuat. Kalau sia yang kena, entah apa la yang akan berlaku. Tapi memang perlu satu tamparan hebat untuk kasi penutup, memandangkan lelaki tu langsung tidak pedulikan kakak tu sudah selepas tu. Nda patut kan?

So, baru tadi dia bagitau sia satu rahsia yang dia simpan and baru tergerak hati mau bagitau sia dan minta pendapat sia. Rupanya masa hati dia sedang terluka tu, dia dapat message dari satu orang lelaki asal KL yang berminat mau kenal dia. Lelaki tu terus terang dia sudah ada 2 bini. Selepas dorang chat for a while, tu lelaki menyatakan hasrat dia untuk kasi jadi dia bini ke 3. Sebab dia ada kemampuan dan dia teringin mau jadi orang yg menjaga kakak ni apa lagi bila tau dia ni ibu tunggal. So niat dia tu nampak ikhlas. This part, kita masih boleh meragui, apa lagi yang dorang memang belum pernah jumpa. Bukan nda biasa kita dengar cerita orang kena scam guna janji2 palsu ni. TAPI...akhirnya lelaki tu buktikan. Buat masa ni kan belum boleh rentas negeri, jadi dorang memang belum boleh jumpa.  Tapi dorang selalu video call so sudah tau camana rupa masing2. Tapi yang menariknya, selepas lelaki tu cakap hasrat mau jadikan dia bini ke 3, dia sudah mula menjaga hal ehwal kakak tu. Dia tanya apa sumber pendapatan dia, berapa sewa dia, di mana dia mau pegi, apa dia mau beli, and guess what? Dia minta no akaun kakak tu and bank in duit sama kakak tu untuk bayar semua keperluan2 dia. Paling sikit dia bank in RM200, and kalau kakak tu cakap dia mau shopping something, dia akan kasi masuk RM500, RM300, RM800 (untuk sewa) so sejak Disember 2020 tu, dia yang tanggung semua perbelanjaan kakak tu biarpun dorang tidak pernah jumpa, dan cuma videocall ja. Dalam pada tu, lelaki tu sudah rancang selepas dorang nikah, dia akan sewakan rumah yg selesa untuk kakak tu tinggal. Cuma satu ja syarat lelaki tu adalah, pernikahan tu adalah tanpa pengetahuan bini2 lain. Dan dia tidak akan bermalam di rumah kakak tu sebab dia akan stay dengan bini pertama. Dia cuma akan jumpa sebelah siang ja, itu pun masa office hours. So bagi kakak tu, ni satu benda yang sangat menyenangkan dia. Sebab dalam pada dia akan ditanggung oleh bakal suami tu, dia juga boleh teruskan hidup dia yang macam bujangan, boleh lepak dengan kawan2, ada masa buat hobi dia dan the idea that you don't have to spend time with your husband all the time tu satu idea yang bagus, kurang pergaduhan, lebih banyak merindu dan still macam ala-ala couple sebelum kawin yg jumpa masa dating ja tapi pulang rumah masing2. So sekarang kakak tu cuma tunggu masa when larangan rentas negeri tu dibuka, dan dia boleh teruskan rancangan pernikahan sama lelaki tu di KL. 

If you ask me la kan, for me, lelaki dengan kata2 manis tu bersepah sana sini. Apa yang perempuan matang perlukan sebenarnya bukan lah Cinta yang utama, tapi adalah Security. Dan hal ehwal duit tu nda buli dinafikan adalah meliputi sebahagian besar Security yang perempuan mau. So lelaki biasanya lulus dalam macam2 perkara. Mungkin dorang lulus bab penampilan, lulus bab karier, lulus bab mengayat, lulus bab memberi harapan, lulus bab membuatkan kau di awangan, YES, dorang mungkin lulus benda2 tu semua. Ada yang bertanggungjawab, dan berniat untuk membahagiakan kau tapi dia teda kemampuan dari segi wang ringgit. Ataupun kau buli ja jumpa yang ada kemampuan wang ringgit tapi tidak dapat menanggung kau juga sebab kau bukan keutamaan dia dan dia nda pandai atur kewangan dia. So kau end up terkapai2 dan tidak bahagia. 

Cintan cintun tu bukan nda penting. Dia penting juga cuma cinta ni buli pudar. Kalau kita bersandarkan dengan cinta, akhirnya kita berisiko untuk still terkapai-kapai dalam perkahwinan yang tidak bahagia bila cinta sudah hilang. Security tu adalah sesuatu JAMINAN yang bila sudah teda cinta dan sayang, kau masih boleh teruskan hidup tanpa perlu hidup merempat biarpun hati kau sedih dan sunyi. Tapi sekurang2nya keselesaan hidup kau akan jadi penawar. Ini lah yang dicari oleh perempuan2 matang. Bagi sia apa yang dioffer sama kakak tu seperti orang mengantuk disorongkan bantal. Of course kalau dibagi pilihan, semua mau jadi bini yang satu-satunya. Mau jadi sorang ja yang dimanja. But dalam kes kakak tu, memang sudah dibenarkan oleh agama untuk lelaki bermadu, yang penting mampu. And lelaki tu telah buktikan dia ada kemampuan tu biarpun dari kejauhan dorang sekarang ni yang dia sudah mula menyara kakak. Bukankah itu sudah 50% menunaikan tanggungjawab dia? Kalau dia tiba2 bikin hal pun, bukan kakak tu yg rugi kan?

Jadi bayangkan la, pada awal kami cerita tu dia boleh menangis pasal lelaki yg memalukan dia dengan tiba2 cancel pertunangan, Can't you see why it has to happen? I told her, Kak, just let that man go! Sudah terbukti kenapa kakak perlu terluka dulu sebab kalau la kamu jadi bertunang, belum tentu kakak bahagia sebab lelaki tu belum buktikan apa2 pun. Sedangkan pertunangan pun dia boleh cancel last minute, imagine la apa benda lagi yg dia buli bikin. So look at it this way. Memang sudah tertulis yang terbaik untuk kakak iaitu ada lelaki yg lebih berbaloi untuk diberi komitment akan datang selepas luka dan tangisan itu. Walaupun kakak tu masih sakit hati dengan lelaki pertama tu, dia nda buli nafikan begitu besar punya rahmat yang datang sama dia lepas tu. Sampaikan dia buli sudah bayangkan yang tidak mustahil lelaki tu yg akan dapat hantar dia naik Haji. Tidak mustahil dia akan boleh melancong dengan kawan2  - semua impian2 ni dia ada cakap masa mula2 kami berbual tu yang kununnya "Kalau la sia menang loteri, sia akan buat itu buat ini," Bila teringat ja pasal loteri tu, sia buli tercakap, KAK, forget about the lottery. Ni lelaki la lottery kakak! Even better than impian menang berjuta duit yang entah boleh tercapai ka nda. Yang ni depan mata, terus satu pakej sama akhirnya dia dapat suami yang selama ni dia cari2. 

So jangan main2 sama kesakitan yang amat sangat. Selalunya yang lebih baik tu akan menjelma selepas itu and akhirnya kau terpaksa akun, kesakitan tu semua kau perlu lalui untuk "buka hadiah" yang disediakan untuk kau. Just have Faith :) 

No comments: