Kita semua Awesome dalam Sesuatu.
Ada yang dilahirkan sebagai pendengar yang baik. Ada yang dilahirkan sebagai penasihat yang baik. Ada yang berbakat dalam menyanyi dan menari, ada yang pandai melukis, ada yang pintar dan berIQ tinggi, ada yang kreatif, ada yang bijak merancang dan berstrategi, ada yang cekap komputer, ada yang pandai masak, ada yang rajin dan pembersih, WOW...hebatnyaaaa kamu2 semua kan? Not to mention yang ada fizikal yang menarik, senyuman yg manis, wow woww. Sampai bisuk nda habis kalau mau senarai semua.
Of course mimang yang cipta kita tu juga la patut dapat pujian yang pertama. Sebab keunikan kita tu buatkan kita saling melengkapi. Dia nda jadikan sesiapa SEMPURNA dan teda sepa yang memiliki segala-galanya. Dia bagi kita satu pakej Kelebihan dan Kekurangan yang kita kena terima dan cabaran kita adalah untuk menjalani kehidupan yang kita mau berbekalkan pakej yg dibagi sama kita ni. Yes, most of you already know, of course la kita guna yang Kelebihan tu sebagai senjata untuk mencapai apa yang kita mau. Ada juga yang terus berjuang mencari kelebihan2 baru yg boleh dipelajari, boleh dilatih. Ikut masing2 jaa macamana memacu diri untuk hidup yang maksimum.
Ada masa kita rasa tewas dengan kekurangan kita, kadang2 penerimaan orang dengan personaliti kita tu tidak macam yg kita mau. Kawan tikam belakang, kekasih curang, boss tidak berngam, saudara mara pula asyik mengumpat pasal kita, Well, tu semua boleh ja berlaku pada sesiapa. Sometimes kita rasa down dan terlupa nilai diri kita di mana. Familiar, right?
Point sia sini adalah, jangan lupa yg bukan misi kau di dunia ni untuk mencari kesempurnaan. Kau cuma perlu jadi diri kau dengan berbekalkan kelebihan kau. Jadi laa diri kau yang ITU. Jangan la cari beribu batu sampai terlupa harta tu ada dalam diri kau. Mau contoh?
Dalam capacity diri sia sendiri, sia sudah puas mengira kekurangan sia selama hidup sia ni. Banyaknya ya ampunnn. Pernah jatuh tersungkur berkali-kali juga. Nda buli kira sudah berapa kesiannya sia sama diri sia ni sometimes sebab dikasi personality yang sebegini rumit. I quit trying. Sia terima kelemahan diri. Tapi personality yg rumit ni datang sama2 dengan sifat senang menghargai. Jadi sia hargai sisi baik diri sia yang nda la sebanyak mana. Tapi guess what, dalam yang sikit2 tu tapi kalau kesyukuran tu tinggi, dia rasa Penuh dan Cukup. So berbekalkan dengan kelebihan yang tidak la banyak tapi disertakan dengan kesyukuran, sia rasa cukup untuk sia simpulkan bahawa:
Kau bukanlah dijadikan untuk jadi Awesome untuk Semua orang. TIDAK. Kau ada misi kau tersendiri. Jan kau risau sama beribu orang di luar sana yang tidak berpeluang kenal sama kau. Yang seberapa kerat ada di depan kau ni ja yang kau patut ambil kira. Kalau kau dapat sentuh life dorang dengan cara yang dorang ndakan lupa, ITU LAH MISI KAU yang sudah kau penuhi. Cukup lah untuk jadi Superman/Superwoman kepada orang2 ini, jangan kau peduli yang di luar sana yang tidak ditakdirkan untuk senada seirama sama kau. Dorang ada cerita dan misi masing2 juga. So percaya la biarpun ada beribu orang cakap kita ni "Biasa-biasa" or "Teda-teda", or even pandang kita sebelah mata, like I always say, PEDULI APA? Sebab sia tau, untuk beberapa orang yg dijadikan ada mata untuk nampak kelebihan sia, sia cukup hebat di mata dorang. Itu sudah cukup. Sia nda perlu yang di luar sana tu. Apa guna kalau ada beribu kenalan tapi teda yang betul2 rasa kita Awesome? So cukup lah kita cuma Awesome to Some but kita betul2 awesome di hati dorang. Bukan awesome setakat di mulut dorang tapi they really mean it. So itu pun sudah betul2 rewarding, more than words can say.
So to the Awesome people out there, teruskan ke-awesome-an kamu tu and Please shine everywhere you go and who knows we will be the in each other's Awesome List. Go ahead and be in mine, be my guest :))
No comments:
Post a Comment