Sia pernah bercakap pasal sorang kenalan veteran ni. But selepas last time sia tulis pasal dia ni, sia tend to know more about her selepas tu. Actually life dia at the age of 68 memang buat sia terfikir banyak benda.
When she came to my place the other day, sia got to talk to her one to one, saja sia mau test memory dia sebab ada kawan yang anggap dia ni macam ada memory problem. I know that at home, dia tinggal dengan anak lelaki dia yang adalah anak angkat. Tapi anak angkat dia ni category lelaki lembut so dia ada tendency untuk suka lelaki. But sebagai ibu veteran macam kakak ni, dia pasrah ja biarpun dia tau kegiatan hubungan sejenis anak dia tu. Dan dia ada perangai yg sikit bebas. Dia biasa bawa ramai2 kawan datang rumah tu, mostly perempuan, untuk stay overnite di sana. Dia buat semua tu tanpa tanya pun mama dia. In other words, mama dia tu macam nda wujud ja. Dia nda mampu bising sebab dia teda tenaga untuk marah, dan kalau dia tegur sikit, anak dia tu pandai memberontak, menjawab balik dan merajuk. So mama dia prefer untuk berdiam diri ja. Dia cuma tempat anak dia tu minta duit dan dia kasi ja berapa anak dia minta. Dan tidak pernah anak dia minta keizinan untuk apa pun. Cuma sebagai mama, dia sentiasa ingat anak dia tu. Ke mana2 dia pegi dia akan tapaukan makanan untuk anak dia. Itu lah fungsi dia di rumah tu. Kakak tu adalah 2 anak kandung perempuan, dua2 sudah kawin dan tinggal lain rumah. Masalahnya, ketiga-tiga anak dia tidak berngam. So imagine la apa macam hidup dia sebagai seorang mama yang atur hidup sendiri ja. Sebab dia ada pencen dan ada sumber pendapatan rumah sewa, so maybe anak2 dia rasa dia tidak perlukan bantuan. Sia kenal kakak ni pun sebab dia pernah join kami mansau. Terpikir juga sia betapa kesunyiannya dia sampai boleh join kami jalan2 untuk mengisi masa.
So masa tu, sia ambil kesempatan tanya dia macam2 soalan. Dia actually tidak la sebegitu pelupa. Banyak benda dia ingat pasal masa muda dia. Bila sia tinguk gambar2 lama dia masa dia masih muda, anak2 masih kecil, dia nampak macam gambar keluarga yg biasa kita nampak kena share di social media. Yang meriah, yang bahagia, yang penuh kasih sayang dan sia pasti masa gambar tu diambil, teda sepa sangka yg akan begitu jadinya situasi dorang pada hari ni. Kakak tu adalah seorang penjawat awam yang dulunya sangat lincah, pandai bergaya, rajin bekerja, selalu outstation demi untuk cari duit overtime yang quite lumayan juga masa tu. So mungkin pasal dia selalu teda di rumah, laki dia menjalinkan hubungan sama kawan sekerja yang akhirnya adalah orang ketiga dalam perkahwinan dorang. Selepas cerai, dia jadi single mother yg besarkan anak2 dia sorang. My point is, kita buli reflect sendiri sama kehidupan kita hari ni. Apa juga yang kita ada pada hari ini, teda gerenti yg dia akan turn out jadi seperti yang kita jangka. Dalam kes kakak tu. sekurang2nya kita jangka anak2 dia yang jaga dia sekarang, jauh sekali untuk jadi ibu yang kesunyian macam sekarang ni. Terpaksa drive sorang2 dengan kereta kancil dia hanya untuk cari makanan sebab dia sudah tidak larat masak. Baru sekarang dia cakap dengan kami mau pigi melancong, sedangkan dia sebenarnya teda sudah kecergasan tu untuk ke sana ke mari. Sampai sia terfikir, kenapa dia nda buat semua tu masa muda dia ah?
Dia buat sia rasa a bit gusar memikirkan uncertainty di masa depan. Bila sia tinguk situasi life sia sekarang yang sia betul2 love life sia, walaupun dalam keadaan hidup yg serba sederhana, tapi sampai bila la sia ada semua ni kan? Tanya soalan yang sama dengan diri kamu sendiri. Kita ni sambil lewa ja dengan nikmat kehidupan di hari ni. Peluang disia-siakan as if kita confirm yang hidup kita akan sentiasa konsisten begini. Kawan2 kita yg ramai hari ni, adakah dorang ni masih ada untuk kita at least 10 tahun dari sekarang? Teda sepa yg ada jawapan.
I can't help but untuk lebih menghargai setiap inci hidup sia ni. Bila fikir balik, apa la yang susah betul mau faham kan? Di masa kita bertenaga untuk buat apa ja, masa ni la kita buat. Jangan tunggu, jangan tangguh. Kita bukan sentiasa macam ni. Satu masa nanti, Kita Juga Akan Tua and lose the advantage yg kita ada masa muda. So jangan angkuh dengan masa muda dengan berfikir kita akan ada masa untuk semua benda bila kita bersedia. Maybe ini lah masanya. This is the time to do it. Not later. Not someday. Cos masa kita tua, kita tidak tau apa ceritanya. Kalau masa tu kita tidak berdaya, kita tidak boleh pusing masa. Jadi jangan terlalu sandarkan dengan masa tua sebab masa sekarang la yang Terbaik untuk lakukan semuanya.
Jangan ada satu penyesalan pun untuk dibawa ke hari tua. Lets do something today that our future self will thank us for.
No comments:
Post a Comment