Source: goggle images
Kemarin awal pagi my fwen wasap me ada org recommend dia ni Pavlova. Sedap kunun. Dia passing la sia gambar. So sia nampak, dalam satu bekas tu ada 2 biji ja iaitu sepasang la kan. I asked, berapa harga dia tu? She said, RM6. Aiksss, biar betul. And then sia tau sudah rasa dia. Mesti sama macam tart buah yg kena taruh whipped cream and letak buah2 di atas dia. Memang sedap tu, cuma sia ingat yg sia baru beli 3 kek pisang yg customer sia jual (tu pun atas dasar mau support biz dia) and tu kek masih atas meja sebab terlampau banyak. Harga tu kek lebih murah dari tu sepasang pavlova. Itu kek pisang customer sia considered sangat sedap, lembut, berlemak rasa dia pun dia jual baru RM5.50.
So, my friend nampak pattern how sia inda kisah mau support small bisnes macam tu. Kalau dorang promote, sia cakap OK ja. Dorang hantar, sia tanya harga, sia bayar ja. Sia nda akan tawar menawar. Dorang selalu cari sia untuk sama2 order supaya share tu delivery charge. So the basis of why she told me about the pavlova adalah dia assume sia akan cakap OK macam selalu jadi buli la bagi dua tu cod caj kan. In fact, dia confident sia akan cakap OK. Tapi mood sia kemarin lain sikit. Sia nda terasa mau makan manis2. Kupi pun sia nda minum. So, maybe jawapan yang dia tidak jangka, when sia wasap dia cakap, "Nda mau lah. Sia nda berapa minat ni krim2. Tu kek pisang pun bertimbun masih." So lepas tu baru sia tau yg rupanya dia sudah order.
Petang tu, dia limpas ofis sia. Eh 256, tunggu!! So nda lama dia datang balik bawa dua plastik. Dia cakap, Sampai sudah tu pavlova. Sia tinguk, Ya ampunnnnn. Punyaaa kiciii tu dua biji. Sampai tebalik2 sudah di bekas tu sebab saiz dia jauh lagi kecil dari bekas tu. Krim dia kena sudah di bekas tu. Tekejut sia. HAAA? Begitu lah RM6? (Hahahahahaha) Dia buat muka terkilan. Punyalah nda berbaloi kan, dia cakap. So dia passing satu plastik tempat sia. Dia cakap, Ini dia kasi free. Kau makan la tuu. I said, Aik, dia kasi free? Sia fikir2 maybe tu org pun rasa nda berbaloi tu pavlova dia so dia decided to give my friend extra one set. So kawan sia makan dulu and dia cakap, PUNYALAH NDA SEDAPPPP. So sia curious la and sia try satu. Sudah sia jangka rasa dia gitu kan whipped cream memang rasa dia creamy and sweet and ada buah2 lagi. Di base dia tu ala2 macaroon. Nice juga but satu kali suap ja sebab benda tu kecil. Hahahaha. My friend said, Kasi abis tu. Nda sudah sia mau tu. So since dia kecil, why not. Sia makan lagi another one and akun juga di mana kesedapan dia. BUT still not for RM6. Kasi 3 or 4 tu benda baru ngam RM6. So dia keep on saying dia rasa rugi betul beli tu benda. Dia cakap next time tu kawan recommend, dia nda akan beli lagi.
So masa balik rumah, entah macamana sia buli terfikir. EH WAIT, macam something was quite fishy lah about the pavlova. Ada yang nda kena. Tapi ndapa, sia save dulu assumption sia. So hari ni, that friend pi lepak di ofis sia macam biasa. Tiba2 sia tiakan makan KFC lepas tinguk2 iklan di FB. Hahahaha. I said, eh I want to Panda lah. Kau nda mau order? Dia baru naik dari makan ayam penyet. So dia cakap dia masih kenyang. Tapi masa sia tekan2 tu Panda, secara cepat tu Panda terus accept order sia, belum pun sia pilih payment method. Alaaa, terpaksa pay cash la ni, I said. Dlm 20 minit, tu orang Panda datang. Wahhh happynya sia. Hehehe. Masa tu kawan sia sedang bikin kerja dia. Sia buka kotak sia and taruh satu ayam dalam satu bekas. Nahhh, ambil ni, sia cakap. She said, Uii, berapa ni? Sia bayarlah. I said, No need. "Untuk ganti pavlova kau kemarin yang tidak berbaloi itu". Terus kami ketawa sebab dia tau sia memang suka gurau2 gitu. So kami makan la. And then sia ambil ni satu set assorted mini buns yang sia COD dari customer sia pagi tu. She knows about the buns but sia inda bawa dia order sekali cos mahal and dia berabis mau suruh sia bagi dua tu buns supaya nda mahal. Tapi sia ndamau bagi dua sebab teda tempat simpan tu bun yg kena asing, nanti kutur (yeah, macam kamurang natau dat kemon cewewet). Jadi dia akur ja la bila sia sudah cakap gitu. To her surprise, sia buka tu packing buns and tarik 4 biji yang lain2 perisa and letak di bekas lain. I said, Nahh ambil ni. Dia cakap, Uiii, berapa tu, aku bayar lah. Sia bilang, "No need! Bikin ganti pavlova kau kemarin tu." Hahahahaha. Dia cakap, Yang ayam pun kau cakap ganti pavlova, lepas tu ini bun lagi. I said, "Ya lah, nda berbaloi ba tu pavlova. Mahal ba tu kau bayar."
Kamurang dapat tangkap kah? Actually, I figured out last nite ikut kelogikan akan fikiran sia. Iaitu sepasang pavlova extra tu BUKAN FREE ah. No such thing as free stuff begitu apa lagi kalau tu seller bukan dia kenal pun. You know what? She actually terlanjur order 2 set sebab dia punya CONFIDENCE di atas sia punya spirit mau support small business and I usually said OK but rupanya sia cakap No pula. I'm sure she also paid the COD but she said NO COD charge to me when she took the pavlova to my place. All because I understand something about her, yang dia tidak mau kawan dia rasa tersinggung or disturbed, so dia telan seja kerugian dia tu daripada dia kasitau sia yang dia terorder lebih sebab dia confident yang sia akan mau order juga. So atas dasar ituu, sia ganti dia dengan cara sia sendiri. Kau tanya la pernahkah si 256 kasi ayam KFC dia sama kawan? Hahahaha. The answer is NEVA. Tapi atas apa yang berlaku, she deserved it. And it was also my way to apologize for causing her extra loss. Sia puas hati, sia rasa sia ganti kerugian dia. Sebab tu buns yang sia kasi dia pun, dia cakap sedapnyaaaaa. Tapi sia nda kasi dia lebih dari tu. Hahahahahaha. Sia mau dia terbiasa sama situasi yg dia akan appreciate bila sia kasi dia apa2, cos sia tidak akan simply kasi apa ja yg sia beli. Sia usually buat konsep, kalau kau mau lagi, kau beli sendiri. Hahahahaha. Nda salah buat gitu sebab sia pun bukan suka mengintu makanan kawan. Dia tau sia akan kasi beribu alasan utk tidak ambil kalau sia tau dia bayar utk tu pavlova. Terpaksa dia tipu tu pavlova adalah free dan tidak diingini barulah sia akan makan. So u get the story now? Hehehe
This is just a story of friendship and how much understanding and respect u have towards your friend. Sia adalah kawan yg berperangai, sometimes orang nampak sia selfish, sumbung, bikin panas dan sebagainya tapiiii... sia ada hati yg penuh dengan penghargaan. Itupun bukan sia selalu kasi nampak. Tapi kadang2 sia sengaja nda kasi nampak. Sia akan guna masa2 abstract untuk express sia punya appreciation. Kawan keliling kita ni nda payah pun kita tau sangat pasal satu sama lain, cukup untuk kamu berkongsi benda2 best dan happy. Kalau dorang mau share sedih kita, itu satu bonus. Tapi jangan terlalu mengharap dengan kawan sebab kita sendiri pun belum tentu buli buat semua tu dengan kawan kita. Fair enuff kan?
Camana pun jangan cakap kau hebat sendirian. Kau tetap perlukan kawan2 kau untuk melengkapkan hari2 dan moment2 happy kau :)