Statcounter

Friday, March 20, 2020

No Mask, No Sanitizer, My Fault?

Seperti yang kita tau, now kita dalam tempoh MCO (Movement Control Order)/ RMO (Restriction Movement Order) iaitu dalam langkah untuk menggalakkan Social Distancing untuk mengurangkan penularan wabak Covid-19. Now its 3rd Day. So far so good to me. Walaupun the thought of it pada mulanya bikin sia nda senang duduk. Sunday pun sometimes kepayahan mau duduk satu hari di rumah, inikan lagi 2 minggu? Tapi bila paham kenapa, apa la juga pengorbanan kecil ni kan?

Ok back to the topic. Cakap pasal Mask and Sanitizer ni, dua benda yang paling high demand. Masih ramai yg tercari2, mana mau dapat, mana mau beli. Sebenarnya, cerita Corona Virus dari Wuhan tu rasanya bulan January lagi kalau nda silap. Masa tu dia start di Wuhan dan kita pula rasa Wuhan jauh dari kita. And then, Alaa, jauh ba tu. Kalau dia mau sampai sini pun banyak tempat lain pun duluan kena. But masa tu kan tourism kita rancak dengan warga China. Mula mendatangkan concern juga but then apa probability dia orang China yg datang tu dari Wuhan? Mungkin tidak la perlu bimbang sangat kan, konon2 gitu la fikiran tipikal kita. So, untuk org macam sia yg rajin baca news di FB, sudah nampak keperluan Surgical Mask dan Hand Sanitizer tu. In fact, kalau nampak kawan2 FB post, dorang pun berkakai sana sini mencari sebab suddenly Guardian and Watson pun kehabisan. That was January ok?

So melangkah hari demi hari, memandangkan cerita politik negara kita tiba2 meletup bukan calang2 punya letupan sebab sampai tukar kerajaan. PM yang kena suruh2  taruh date step down, sukarela step down dalam masa sehari. So cerita pasal Corona ni tiba2 kana taruh bawah carpet kejap. Tapi untuk org2 yang peka sama berita, camana pun kita tau isu virus tu tetap isu time-bomb. Masa orang sudah sejuk2 sikit pasal mencari Mask sama Sanitizer, sia yg kaki shopping online ni tiba2 terfikir, Eh why not beli the mask online? Ndakan benda lain semua sia beli, setakat mask pun mau berkira? So sia dapat la beli 1 box 3-ply masks. Sia kira mau beli lebih tapi sia nda juga larat sebab masa tu bukan pembelian cemas dan harga pun bukan la considered murah. Harga dia up sudah masa tu. Yang KKM cakap satu box RM25 tu pas tu suruh urg jual harga 80 sen satu, masalahnya entah sepa la yg beli dengan price yg KKM cakap tu. Why not dorang sendiri yg pi borong sama harga tu and jual sama kita 80 sen satu. Kan settle masalah? Tapi sempat juga ba sia beli di kedai mask yg corak2 tu, ertinya ada juga timing yg orang leka dan tidak peduli sudah pasal mau cari mask sebab sibuk pasal sepa mau jadi PM ke 8. Sampai sia yang nda sengaja limpas pun buli terbeli satu bungkus mask yang sepatutnya sudah habis.

Ok, pasal sanitizer pula. Customer sia also merangkap kawan lama sia ni kan bikin product cosmetic tanpa chemical or bersifatkan natural, so product dia memang a bit expensive but since sanitizer pun habis di mana2, so sia order la dari kawan sia ni. Pun sia nda larat mau beli 2 botol sebab mahal. Tapi sia ada sudah 2 benda tu kan, sia rasa ok lah. No problem juga kalau tiba2 hilang cerita Corona tu dan nda laku sudah Mask sama Sanitizer. It's okay, I took the chance. 

Kalau sia tinguk kawan2 sia yang hari2 datang lepak membawang, dorang pun asyik sama fon, and they should know issue semasa. Tau juga dorang pasal virus tu, but teda initiative langsung mau cari benda2 tu semua. Org cakap, Habis tu mask di kedai. That's it. Berhenti la sudah dorang mau peduli. Benda kan sudah habis? Tapi lama juga kena bagi masa untuk tu. Dorang buat, Ada, ada lah. Teda, teda lah. So masing2 pun sudah dewasa, makan-pakai-tempat tinggal, masing2 urus la life masing2 kan. Kalau sia, benda2 gitu sia prepare, sebab sia ingat family sia pun mesti mau guna, sia ingat dua baby nephews sia, sia siap send di family wasap group, kalau sepa kehabisan mask, ambil tempat sia ja. At least kalau dorang perlu, terutama dua budak kici kesayangan sia tu, sia ada benda tu. Tapi tu mask 3-ply sia keep bagus2. Sia guna mask lain yg kalau mau tutup hidung dari habuk dan lain2. Bagi sia tu mask berharga untuk masa2 yang betul memerlukan.

So akhirnya bila tup tup Corona virus tu merebak serata dunia, dan akhirnya masuk Malaysia, masa tu PM ke 8 pun kita tau sudah sepa, nahhh baru org ingat balik pasal Mask dan Sanitizer ni. Rupanya kawan2 sia yang tau dari January pasal shortage benda2 ni, teda berinisiatif sikit pun untuk cari. Dalam pada dorang buli pi beli emas, buli melantak durian dan macam2 lagi keselesaan hidup yg sia sendiri pun tidak bikin, but it's okay la, masing2 punya priority. Cuma yg sia rasa nda puas hati, tibanya satu point yang kawan2 sia ni MENYALAHKAN orang lain kenapa dorang belum ada mask, belum ada sanitizer. Masa kami kupi2 tu dorg ada cakap, Eh kirim tu sanitizer customer kau. I said ok, tapi ngam2 dia pun sold out. Kalau sebelum tu, masa sia cakap sia beli tu sanitizer dari customer sia, teda sepa peduli pun lagipun harga dia mahal sikit dan dia homemade, mungkin dorang nda yakin ka, or mungkin dorg takut sia mark up price ka, sia pun tidak beriya-iya suruh org beli pun sebab dorang pun ke sana ke mari juga, buli ja cari sendiri. Tapi bila masa kritikal masa tu, suddenly dorang rasa dorg sanggup beli tu sanitizer harga RM35, tapi suruh Belikan sia satu. Kebetulan habis kan jadi memang nda dapat order sudah. Cara dorang mengirim beli tu pun, main cakap ja gitu. Maksudnya org yg keluar duit dulu lepas tu kalau dorg nampak benda tu baru dorg bayar. Pun sia nda kisah juga kalau ada stok, tapi memang teda. So sia suruh dorg contact terus sama kawan sia tu supaya dorg tau yg price dia memang gitu, dorang semua ndamau. Dorang cakap Ala kau ja la cakap sama dia. Sia sudah ada sendiri punya. Dengan masa tu juga lah sia tiba2 alami sakit pelik (ingat kan?) so kamu rasa bah, benda tu ka jadi priority sia? So bila corona virus akhirnya dapat nama dia Covid-19, masa ni memang kecemasan memuncak. Sia pun jadi cemas. Sia fikir pasal family sia juga. Dorang pun mau guna sanitizer juga. So again, sia buli pembelian panic di Shopee. Suddenly ni sellers semenanjung almost all nda mau hantar pi Sabah. Sia panic la juga sebab sia teda masa mau cari2 pi kedai2 dan farmasi sebab masa tu situasi kesihatan sia belum begitu bagus. So masa sia order tu, sia kasitau juga kawan sia yg sia mau order sanitizer but sia order 2 botol, itupun kalau lepas. Sebab sia sudah try beberapa dan semua reject tu shipment pi Sabah sebab dia cecair. Kawan sia suddenly cakap tu 1 botol dia punya. Sedangkan sia tidak terima satu sen pun duit dia sebab sia rasa 2 botol untuk satu family guna, mungkin cuma cukup2. Nda sangka juga tu pembelian went thru juga, dan akhirnya kena pos. So selepas kepayahan pi menuntut di pos laju gara2 musim MCO ni, sampai kena dua hari ulang alik pi sana, akhirnya dapat juga tu sanitizer. Dan sia ingat juga kawan sia cakap yg dia mau tu satu botol, tapi since sia teda ambil apa2 payment pun, sia anggap benda tu tertakluk kepada keadaan. Dan sia nda rasa sia hutang dia. Especially bila sia tau ada farmasi di area ofis kami tu ada jual juga tu Sanitizer rupanya. So sia tidak risau juga pasal kawan sia tu sebab sia rasa dia buli pegi ja Farmasi tu. Apa la juga berbanding sama kepayahan sia turun KK untuk tuntut tu barang, sampai terdedah sama risiko. Dan the fact yg sia nda akan jumpa dia dalam 2 minggu ni, so ada baiknya dia beli la di farmasi tu kan? Tapi bila sia wasap dia pasal tu, dia tidak reply langsung. Maksudnya dia offended la bah tu. Mungkin dia fikir yang sia tidak keep my word, mungkin dia buli fikir macam tu tapi considering keperluan sia yang family of 9 people, dan dia cuma ada dia sama laki dia, patutnya dia buli fikir yg sia memang memerlukan lebih dari satu sanitizer tu. Especially when sia tinguk parents sia sangat2 appreciate tu effort sia untuk kasi bekal dorang saturang satu botol spray dan mask untuk pakai masa dorang di luar. Sebelum tu sanitizer Shopee sampai, kami terpaksa bercatu sebab takut habis. So kali ni sia buli suruh dorg guna ikut berapa banyak keperluan dorang. Kamu faham situasi sia? 

So kawan2 sia ni sekarang menyalahkan orang lain kenapa dorang masih belum ada mask dan sanitizer. Dorang marah2 cakap org kasi habis bekalan. Dorang marah yg orang borong banyak2 sampai habis. Lepas tu dorang harap kena bagi FREE. Eh, bukan di MR DIY ada kasi free ka?  Then bila teda kena kasi, terus teda la juga mask dorang. Dorang minta kawan2 dorang, of course kawan2 dorang ndamau kasi sebab benda tu kan pakai buang. Bukan kau buli recycle sampai berhari berminggu. Lepas tu again, cakap urang Luki nda mau kasi mask. Tebiat menyalahkan orang sekeliling pasal sendiri punya ketidak-pekaan tu bahh. Seolah2 orang2 mcm sia yg beringat dari awal - yang punya salah. Kenapa masa dulu nda belikan untuk dorang sekali, something like that la. But like I said, sia pun ndatau yg tu adalah tanggungjawab sia pula sedangkan dorang ada masing2 punya bf/laki, ada yg ada anak, dan family members yang tinggal sama2. Tiba2 bab Mask and Sanitizer, Salah si 256 la ni kenapa sia belum ada tu semua. Kamu faham sudah what this post all about?

Actually family sia pun gitu juga. Dorang pun nda peduli pasal ni dulu. Tapi dorang kan family sia jadi sia anggap kepekaan sia tu adalah untuk manfaat dorang juga. Sia rasa dorg lega sebab sia buat persediaan dan kami tidak payah lagi cemas dan risau di masa2 gini especially parents sia yg confirm tidak peka sampai ke tahap itu. Bila nampak di TV pasal shortage mask dan sanitizer, baru nampak HASIL yang dari January punya consciousness. Ndakan la sia mau join Kelab Menyalahkan Orang Lain, just like kawan2 sia ni? Kalau lahhh sia macam dorang, time sia sakit tu hari pun confirm sia kasi babit dorang juga yg menyumbang kepada stress sia hari2. Even masa sia masih tidak gitu stable pun, hari2 cakap pasal benda2 yg tidak menyumbangkan kepada ketenangan jiwa. Tapi sia tidak pernah hilite pun yg semua tu semua adalah silap dorang. Sia masih fikir semua benda tu berpunca dari diri sia sendiri. Kamu ingat kan?

So apa yang sia buli buat lepas MCO ni, nanti sia bagi2 la dorang apa yg sia mampu. Sia masih ada 1 kotak 1-ply punya mask yg sia beli lama sudahh untuk kegunaan untuk cover habuk. Sia buli kasi2 dorang ja kalau dorg mau dan modify ja sendiri kalau mau lebih protection. Sebab perangai suka kena spoon-feed tu. Sia buli bagi2 dorang botol2 kecil tu sanitizer kalau rasa susah betul mau berinisiatif sendiri. But then perangai gitu buat sia geleng kepala. Sebab sia nampak juga yg buli ja beli emas dan bermewah2, tapi benda2 yg macam ni pula tiba2 adalah SALAH SIA kalau dorang tiada. NDA PELIK? Hahahahahahaha

Ok laaa...sia membebel panjang2 ni pun nda patut juga. Benda remeh ja kan? Mimang bahh kalau perempuan. Hal2 gini pun jadi besar. Hehe. Tapi sia mau kasitau kamu, setakat 3 hari MCO ni sia feel macammm si 256 yg dulu2. Sia 3 hari sudah nda makan tu Zembren untuk test sama ada itu pill ka yg bikin sia back to normal. Errr... maybe juga bukan oo. Sebab sia rasa memang sia get a grip back sama sia punya normal routine, lebih boleh control situasi and fahamm sudah apa yang sia alami tu hari. Maybe I should be thankful juga for this MCO sebab bagi sia masa yang cukup untuk stabilize my emotion back dan memahami KEINDAHAN rencana Tuhan di sebalik ni semua. Yang paling best, sia buli masak2 for my family. Tapi kamu tau, sejak2 sia healthy balik ni sia punya mood swing yg annoying tu pun balik juga. Adehhh. Hahahahah.

Apa2 pun, hari2 yang mendatang, kita perbaikilah kelemahan diri sebab kita bukan sempurna. Dari bebelan2 sia pun kamu nampak sudah kelemahan sia kan. Well, itu lahh dia. Maybe sia yang silap, sia yg lemah, tapi sia cuma manusia kerdil. Jangan letak terlalu banyak harapan sama sia. Ngam ka tu ayat? Hehehe. 

Bahh, jumpa lagi di next post.

No comments: