Statcounter

Friday, January 28, 2022

Betul- Betul Kerja Tangan Ghaib

Source: https://ratkin442.files.wordpress.com

Kamu yang ada agama, yg sembayang selalu or sekali sekala, sia mau tanya, do you really believe in God's punya kerja dalam hidup kamu seharian? Adakah kamu sembayang sebab sudah diajar begitu dari kecil, or kamu memang expect untuk nampak God's participation dalam hari2 kamu? Maybe it's nothing surprising juga la bila sia tulis macam ni sebab mimang sia selalu mention pasal kerja "tangan ghaib" ni. 

Anyway, yes, sia pun pernah miss juga sembayang. Tapi bila sia sembayang, mesti sia mention about guidance. Sebab sia ni adalah insan yang lemah, selalu bikin silap. Sia harap yang sia akan dapat guidance yang God kirim melalui kejadian or orang2 keliling sia. So, now Januari 2022, guess what, terjadi sesuatu yg betul2 bikin sia terkejut dan slowly sia realize betapa besarnya blessing yang sia dapat.

Kamu besa dengar word Wind of Change ba kan tajuk lagu? Anggap la perubahan yang berlaku tu adalah Wind of  Change yang TIDAK SAMA SEKALI adalah perbuatan sia sendiri. Imagine la sia dalam ship yang bergerak di air yg tenang, yang sia sendiri selesa begitu. Begitu la lama sia punya keselesaan tu, suddenly datang ni Wind of Change yg bikin kapal sia telah menukar haluan tanpa sia mau or tanpa sia bersedia. YES. So it's not my own doing. It's si tangan ghaib yang di atas. Teda penjelasan lain lagi. 

Sia sempat takut dan cemas. Sia sempat kena serang panic attack lagi mau pikir pi mana ship sia ni akan pegi. Adaka dia akan pegi ke tempat yg lagi ok atau sebaliknya? Tanda tanya tu tetap ada. Tapi sia nda buli menafikan, semakin sia celikkan mata hati sia, semakin sia nampak ATURAN yang begitu cantik dia bikin. Sebab selama sia selesa tu, dia kasi sia masa untuk prepare. Now sia actually sudah more than prepared, cuma sia teda tu courage ja. Nahhh, ni kali lah. Dia kasi hembus tu Wind of Change, sia teda choice kan? Nahh itu maciam la cara dia kasi sia guidance yang selalu sia sebut dalam doa sia. Dia FORCE sia ubah haluan sebab itu caranya untuk sia buli grow. Not just grow, but SOAR AND ROAR!

Oh My Goodness. Sia betul2 in awe. Kagum dan terpaku. Jangan la kita manusia ni mau cuba2 la kan. Sepintar2 kita, sehebat2 kita, teda buli lawan campurtangan si tangan ghaib tu. Sebab kalau ikut batas akal kita, memang sampai mana ja kan. Sia betul2 bersyukur sebab not just me, tapi orang sekeliling sia pun buli nampak tu betapa semuanya berlaku pada timing yg ngam. Oh My God. Again, sia betul2 kagum o. And ini adalah satu permulaan yang hebat untuk sia. 

Thank you Lord. Thank you.

Wednesday, January 5, 2022

"...Biar Sampai Hujung"

Bila semakin berusia, makin cluttered fikiran kita kan? Semakin banyak happenings di keliling kita yang sometimes affect emosi kita. Life ni memang fragile dari dulu, tapi sekarang semakin kita rasa. Begitu rapuhnya kehidupan ni. So apa kita mau buat sekarang? Adakah kita mau duduk termenung bersedih? Atau masih mampu kah kita mencari warna2 indah di sebalik semua ini?

I know most of you don't know me personally. Even I myself, yang sepatutnya paling kenal diri sia sendiri, pun cannot help but say yang actually sia buli ja dilahirkan jadi macam kamu dan yg lain2 yang "normal"...tapi TIDAK. God pilih sia untuk jadi begini. Personality yang complicated ni sebenarnya "membebankan" sia juga, cos bukan senang untuk simply Be The Opposite. Mau nda mau sia kena layan ni nature yg dibagi sama sia. Sia ada banyak phobias yang orang ndatau. Bukan senang mau hidup sebagai diri sia oo. Tapi sampai bila mau kasi pecah tu benteng kan? Sampai bila? How long do we have left sedangkan life is so fragile?

So this post mengingatkan sia sometimes masa mengenang life punya uncertainties ni, huiyo buli tahan tu benda2 yang masuk dalam kepala. Kepala kita ni kena attack oleh macam2 pikiran yg buli bikin emosi down. Asyik fikir what the worst that could happen to us. Macam2 la scenario dalam kepala, sampai sendiri emo di pisuk2. Doi dogooo. Buli ka kita ubah mindset kita ni? Buli kah?


Masa sia kena Panic attack in 2020 (dia ni keluarga Anxiety juga) sia rasa oo camana fragilenya hidup sebab sia rasa sia almost di hujung nyawa biarpun dia bukan sakit yg dinampak dengan mata kasar. Dan sampai bila la mau melayan penyakit2 "kecil" macam ni, KECIL jika dibandingkan sama betapa BESARnya kehidupan ni. Even my sister pun, sakit sikit dia bercakap macam la penyakit tu la yang paling matters sekali di dalam hidup dia. Then guess what? Sia teringat ni cousin sia yang much younger, tapi sudah pernah terlantar sakit di hospital dan sejak tu dia kena pegi dialisis. Begitu mudanya dia sudah kena macam tu. Imagine la apa perasaan parents dia sebab satu2nya anak perempuan kena lalui tu semua di usia muda. Tapi parents dia nda melatah tau. In fact dia sendiri jauh sekali dari melatah. Dia terus positif. Selepas dia sudah mula dialisis, dia masih teruskan hidup macam orang lain. Dia bertunang and then baru2 tu kawin. Nampak kah semangat dia untuk HIDUP? Dia tidak berhenti sedetik pun.


Walaupun sia bukan ada di sebelah dia untuk tau exactly apa macam perasaan dia yang kena pegi dialisis sampai tangan and lengan lebam2, tapi cukup untuk sia nampak aktiviti2 dia macam orang sihat lain. Yang dia tidak perlu dramatik sangat pasal keadaan kesihatan dia sebab kenapa mesti bazirkan hidup kan? YESSS, that's the word. Sudah2 lah bazirkan hidup!!!

Sekarang ni jangan kita buat kerja Tuhan, si polan buli hidup sampai sekian2 lagi, or what if ada apa2 yang berlaku pada kita sedangkan kita masih mau hidup. Doiii, stop it! Then thats why la stop wondering and HIDUP LAH selagi kita hidup. Sebab itu bukan urusan kita dan sesaat pun kita cuba mau rungkaikan, di sana la pembaziran hidup mula berlaku. Sama sekali tiada formula apa macam pengakhiran kita semua. Sama ada pasal usia, pasal keadaan kesihatan itu semua tidak terpakai sama sekali. So please, just stop it.


Bulikah mulai sekarang jangan kita bazirkan hidup? Jom kita teruskan hidup sebaik2nya, sehappy2nya, dan kita hidup laa begini SAMPAI HUJUNG. Sampai Hujung. Come lets try it this year okay?