Statcounter

Friday, July 17, 2020

"This Is Why They Like Me"

Okay, tajuk macam tapuji kan? Hahahahahaha. Nda, actually tu tajuk kesian sebenarnya sebab, seolah2 susah tul mau cari sebab kenapa orang buli suka kau, sebab yg kau comfirm sudah tau adalah kenapa orang tidak suka kau. Itu kau paling sedia maklum seantero dunia sudah. 

I speak dari kacamata customers sia la. Sometimes sia terfikir, dari banyak2 pilihan, kenapa dorang masih pilih sia sedangkan sia bukan offer harga yg paling murah walaupun kau buli try minta discount la, tapi sia ada prinsip and limit untuk permintaan kau tu. Ayat sia paling manang adalah, Cuba cari2 dulu tempat lain yg mana lebih murah. Kalau jumpa, terus bikin ja sana. Nahhh, itu ayat penamat laitu ertinya mimang kau inda dapat discount yg kau minta atau yg kau minta tu memang nda masuk akal. Hahahaha. So selepas semua tu, again and again dorang akan still come to me. Sudah la sia ni nda approachable, sumbung lagi, cakap laju lagi, kin panas lagi, jadi apa yg ada sama diri sia ni kunun? Hahahahaa. Lepas tu sejak PKP ni, selalu sia teda di ofis ah. Work from home kunun. Lagi laaa urg ada alasan kukuh untuk give up on me. Hehe. Jadi apa la kunun? Adehhh, macam masuk bakul angkat sendiri ni tapi cuba kunun sia try2 fikir apaa sebab kenapa dorang masih pilih sia. Dipersilakan untuk silap. Hahahaha.

1. Commitment - This one sia akun. Once sia akun bikin kerja kau, sia bikin laitu sebaik mungkin. To the point yg sia akan stress kenapa sia belum bikin kerja kau, or belum complete, to the point yg sia akan refer google untuk correct spelling kau, sampaikan sia terpaksa membaca definition or research lagi sebab ada customer sia yg sia faham dorang maybe tau sebut tu word tapi ndatau spelling dia. Contohnya, semalam sampai jam 12 sia masih berwasap sama customer yang lewat reply wasap sia dan kami berurus niaga lagi itu ini, dan sia layan juga apa yg dia cakap. Terus sia tinguk jam sudah pukul 12, I said, bukan semua urg akan bikin gini ooo. 

2. Sincerity - Ni sia pun nda sedar langsung and nda diniatkan langsung. Tapi bila sia sanggup kasitau customer sia yg sia rasa nda mampu dan nda tau mana lagi tempat yg lebih murah, sia akan kasitau dia di mana lebih murah dan suruh dia pigi sana supaya kurang dia kena spend duit. Dalam hati sia, sia mau urusan dia selesai dan sia mau dia save duit. Banyak kali yg sia buli ja victimize dorang dengan nda mengasitau option yg ada, tapi sia still kasitau sebab rupanya keutamaan sia bukan diri sia tapi keperluan customer tu. I know it doesn't take a genius untuk org lebih pentingkan keuntungan dan diri sendiri, jadi Sincerity itu RARE. Sia bukan kaya untuk bertindak begitu, jadi imagine kalau sia kaya? Haahahaha, ke situ la pula. I mean, keikhlasan ni bukan kau buli beli or pungut tepi jalan. Benda tu memang ada dalam diri kau selepas kau dibentuk oleh pengalaman kau dan penilaian kau terhadap baik buruk di sekeliling kau.

3. My Standard - Sia ada satu standard yang quite high untuk kerja2 sia. I mean, bukan yg paling up, tapi bukan juga low. Jadi customers yg faham style sia, dorang akan make use of this element untuk dapat something yg bagus dengan harga yg reasonable. I mean, walaupun sia cakap price sia mahal, tapi bukan yg paling mahal. Price sia mahal ada sebab. Tempat lain yg kasi murah tu pun ada sebab. Jadi bergantung kepada keperluan customer tu. Ada situasi yang dorang akan nampak sia adalah option terbaik dengan harga yg dorang kena bayar sebab tempat lain, dorang boleh dapat murah tapi ada service yg kurang, so bila dorang kira betul2, rupanya murah pula tempat sia dengan standard yg begitu. Tapi jangan silap ah, ada beberapa kali sepanjang pengalaman sia kerja, sia buat kerja teruk dan kena complain sampai kena minta buat baik atau kena minta refund. Sia masih careless dan buat kesilapan kecil yg sudah mendatangkan banyak kerugian untuk sia. I'm still learning but speaking of standard, customers yang biasa deal sama standard yg lebih low dari tu, biasanya akan appreciate sia. 

4. My Opinion - Ni pernah kena mention of beberapa customers, sebab sia akan sama2 brainstorming sama dorang if dorang unsure apa mau decide. Dorang cakap tempat lain tidak begitu. Apa yang kena suruh, dorang bikin ja buta2. Biarpun clearly tidak ngam. Biarpun tidak nice. Kenapa la, sudah kena suruh macam tu kan. Sia pun gitu juga tapi selepas opinion sia kena reject, selepas sia confirm dia memang mau begitu, baru sia akan proceed ja biarpun inda berkenan di hati sia. But kalau dorang betul2 ndatau, sia akan kasi dorang idea dan usually those yg kurang pengetahuan, dorang betul2 hargai dan for this reason la dorang will keep coming. Apa buli buat sia mimang jenis kuat cakap, kuat fikir, jadi nda susah sebenarnya membagi idea yg bukan selalunya bernas tu. Hahahaha

Bah sukuplahhh. I think those could be why they like me. Kadang2 sia terfikir juga, kalau sia di tempat dorang, sia akan suka juga "sia yang di tempat sia ni" sebab walaupun ada firmness dalam diri sia yg buat org rasa sia susah mau approach, tapi sia punya friendliness tu buli bikin kau lupa tu asalkan kau bagi sia chance ja. Kalau kau setakat judge sia dari jauh, confirm laaa kau akan sentiasa fikir sia si sumbung and nothing more. Ndapa, tak kenal maka tak cinta. Nda juga laa. Susah tu kalau kenal ja mesti cinta. Mataii. Hahahaha.

Anyway, July sudah limpas separuh bulan, it's a really productive month for me tapi sia masih ada masa mau mansau2 sebab priority sia still bukan work yg numbur satu. It's time with my loved ones. So I dedicate this post untuk customer2 sia yg awesome, walaupun ada yg bikin highblood juga. Hahahaha. Tapi biasanya after all said and done, sia ni pemaaf orangnya kalau hal kecil2 jangan seja langgar pantang larang sia yg janji terang bulan and then buat muka seposen tanpa keinsafan. Nahhh kalau tu maciam, kasi la berapa pun sia nda akan mau layan sudah. Seriously ah. Ada sudah beberapa sia blacklist gitu. Tapi masih buli sinyum kalau jumpa cuma sia ndakan deal lagi sama dorang. Biasalah, nobody's perfect tapii hidup kena berprinsip juga bah kan. Ndapa la everyone is learning. Sia pray semua customers2 sia pun murah rezeki dan semoga semua urusan kami berjalan lancar dan semua hubungan baik sesama manusia tu berkekalan. Dan sia harappp dorang akan keep on trusting me. Itu satu accomplishment yg besar dalam life sia as a human being. 

So kamu rasa ada betul juga kaitu tekaan sia or sia perasan2 sendiri? Hahahaha. Ok till next post, guys.


No comments: