Hi!! Anybody miss me yet? Hahahaha. Okay I'm back. So my last post was one month and one day ago. That's coincidence. I mean, July was such a busy month for me, like full for good stuff. Thank God for such a wonderful fav month. August kicked in a lil slower but that's okay. I still have my hands full. Always have something to do. Other than that, I'm a little bit more relaxed, I can nap in peace instead of waking up rushing to another undone task.
So begini cerita dia. This year nampaknya lebih ramai orang yg tau aktiviti sia sebab now sia sudah ada wasap group geng jalan2 dan wasap group geng my diamond frens yang selama ni cuma berteka teki ja about each other punya activity. So rupanya si 256 yang nampak silent di social media ni sebenarnya macam2 juga yang sia bikin and my old buddies macam baru tau yang rupanya sia macam ni dari dulu. Apa lagi lepas tempoh berkurung di rumah selama 3 to 4 months tu, memang almost every weekend sia ada activity. Sampai my friends thought I should open an Fb page sebagai guide tempat2 recreation and eateries yang sia pigi cos we like to try new places yg orang cakap best.
Hari tu when we celebrated my birthday di satu tempat, my parents didn't get to join us because my bro ada activity lain yg dorang kena ada di rumah juga untuk help him. So I decided to organize another percutian di Kundasang just so my parents can join us. So sempat juga la sia serabut kepala memikir homestay yg terbaik, dengan consider facilities, location, dan sia book siap2 sebelum dat day. And guess what, the percutian berjalan lancar and my parents, and everyone else loved the place I picked. Sia sangat happy tau sebab sia rasa kepayahan sia tu berbaloi. Sampaikan my friends cakap, Ui tiap minggu juga kau mansau ni? I said this, "I'm trying to overwrite the 3-month MCO yang kita berkurung di rumah". Kamu pecaya ka jawapan sia tu? Hahahaha. Kurang tepat kan?
Jawapan yang tepat adalah sia mau make 2020 ni awesome. I said this many times. Sebab kita tunggu lamaaaa betul untuk ni 2020. Tiba2 jadi macam ni. Kamu imagine kalau 2020 tu sejenis entiti, dia mau ja semua ni jadi sama kita? Dia mau ka Covid melanda dunia? Ramai orang jokingly said di FB yang as if 2020 ni screwed up punya tahun, and macam la 2020 tu a joke, a trick, a prank and memang berniat menyukarkan hidup kita. NO. Sia refused to think that way. Bagi sia, 2020 is innocent just like Tomorrow. Dorang ndatau pun apa akan jadi. Dorang full of uncertainties but also, full of hopes and dreams. Tapi dunia berputar di orbit sendiri. Things happen. Tup tup, ni tahun pula wabak merebak. Sia imagine yg 2020 pun sedih sama apa yang berlaku. Tapi di awal tahun, kamu masih ingat kah apa dalam fikiran kita?
Masa kita berkurung di rumah tu, kita samar2 pasal masa depan. Percutian dibatalkan. Macam2 perancangan ditangguh. Majlis itu ini semua dibatalkan. Sampaikan kita berfikir, belum tentu lagi kita akan merasa hidup normal sampai tahun depan. Ada ura2 cakap sekolah tidak akan buka sampai habis tahun. Bila slowly industry dibuka pada bulan 5, satu kejutan untuk most of us sebab not sure if it was safe out there. Sampai sia masih continue work from home sampailah pertengahan Jun. Had our first mansau to Mesilou end of June. And another trip, and another. If you ask me, ya sia penat juga. Sometimes sia mau rest on Sunday tapi sia nda juga mau lepaskan peluang mau tambah experience, to create good memories. Sebab apa?
Sebab sia mau bikin everything untuk build balik ni 2020 yg sudah runtuh. Kita masih boleh overturn ni semua. Bila tengok balik, almost semua benda balik normal actually. Kita boleh pi kerja, boleh lepak, boleh jalan2, walaupun dengan limitation tertentu, tapi enuff untuk kita menikmati kehidupan. Jadi orang2 yang fikir kamirang ni nda takut Covid sebab selalu mansau, ask yourself SAMPAI BILA juga kau mau berkurung and pelihara stigma bahawa sepa yg keluar2 tu memang nda sayang nyawa. Be realistic. Ni virus ada di luar sana, itu kenyataan. Selagi kita ikut SOP, kita lebih dari 50% selamat dari virus tu. Cuci tangan, pakai mask, jaga kebersihan, silap2 maybe ada yang sudah terpegang tu virus tapi tidak dijangkiti sebab kita duluan cuci dia daripada tangan kita. So kita ingat tu ja. So kawan2 yang paranoid terlebih pasal Covid ni, last2 penat sendiri. Dorang pun pandai sudah jalan2 pi tempat awam sebab...Ya, memang life awesome bah di luar tu. Bila kau connect balik sama alam sekitar, connect balik sama diri kau, have more laughing moments, woww, indescribable.
Jadi, berbalik kepada tajuk ni post. I have this in mind. 2020, Please Do Not Worry. Despite all the odds, I WILL make you awesome.
Till next post, guys. Thanks for keeping up with me :)