LOLS. Whatta title. It reminds me of some Malay drama that sounds alike. Something like Suamiku Jatuh Dari Langit. Okay, lets start. (I'm gonna be spontaneous like always)
I know this kakak for a few years. She has been a divorcee for a almost 8 years. Sia pernah nampak dia susah, dia senang, dan sudah beberapa kali dia nangis depan sia when dia ada problem. One thing for sure, she really wants to get married again. Dia ni nda susah dapat boyfriend. In fact sekali tu, she was seeing 4 different men at the same time. Cos dia suka join tu social app macam Wechat, Michat la, lain lagi di FB. So semua orang tau dia memang berniat mau cari jodoh. Tapi boyfriend2 dia tu semua ada masalah masing2 sampaikan hubungan dorang belum sempat sampai kahwin. So si kakak ni actually sudah muak, sudah bosan dan kecewa sama lelaki - belum masuk lagi kalau dia ceta pasal ex-husband dia yang memang cheat dia kaw2. Kalau dengar ceta dia, actually kagum juga la dia masih belum give up bab2 jodoh ni. Tapi sometimes terfikir juga, adakah dia buli main tangkap muat ja asalkan dia dapat jodoh? Apa actually purpose seorang perempuan untuk berkahwin? Adakah memadai kalau asal ada satu lelaki yg sain surat nikah? Is it enough?
So, setelah begitu lama mencari, akhirnya satu peristiwa berlaku. One day, ada seorang lelaki (a Haji) datang tempat kerja dia, dan buka bicara, tup tup, bawa dia kawin! Dia siap kasi keluar cincin lagi sebagai tanda. Dia plan mau nikah Raya Haji tahun ni. Si kakak ni tergamam, sebab dat guy cakap seolah2 dia sudah plan semua, sedangkan si kakak baru first time nampak dia hari tu. Dat guy much older, about 15 tahun lagi tua dari dat kakak, but nampak alim and most importantly, he offers something yg selama ni dia cari, iaitu Marriage. Betul2 macam Jodoh jatuh dari langit gedebuk di depan dia. Hahahahaa. Actually si kakak tau sepa yang kenalkan dorang, itupun sekadar gurauan ja dia minta sorang bilal tu tolong carikan jodoh. So maybe bilal tu bagitau sorang haji tu yg kebetulan mencari pengganti bini yg sudah pegi. So haji tu nda buang masa. Maybe dia pun teda masa mau bikin macam style budak2, mau mengurat, mau mengayat lama2. Straight away dia terus bawa kawin masa first time jumpa. Uinaa, what do you think? Masuk akal ka juga? Hahahahaha
So si kakak ni masih dalam keadaan nda pecaya (after a week benda tu berlaku). But si kakak concerned yang haji tu teda duit pencen, at the same time dia ada ramai anak dan ramai cucu. Dia pun cuma guna motosikal, terpikir juga si kakak macamana nasib dia lepas kawin. Sedangkan si kakak tu ada kereta walaupun kereta lama, dan rumah dia tuntut dari ex husband. In fact, life dia tahun ni baru ja jadi semakin baik selepas 2 anak bujang dia sudah dapat kerja. Sia buli nampak dia happier ni tahun dan baru mau merasa senang. Masa ni pula tiba2 ada jodoh jatuh dari langit. Which is her impian. Sekali imbas macam impian dia muncul pada saat yang betul. Or maybe not?
So she asked me dat day, Kalau kau jadi sia, apa kau akan buat? Sia straight away cakap, "Kalau sia jadi kakak, dalam situasi ada lelaki sia nda kenal tiba2 bawa kawin, then I'd ask him, "Apa sia akan dapat kalau sia kawin sama kau?" Straight forward ja la kan lagi senang? Hahahahahahaha. Ala kak, salah urang kakak tanya ni. Hehehe. Actually, all the concerns yang si kakak rasa tu berkaitan sama materials. Dia risau juga dia gagal ujian materialistik. LOLS. Ya la mana la tau tu haji actually jutawan senyap yang cuma mau uji dia. But again, I stick with my answer. Mimang itulah soalan utama sia. Sebab definitely dorang dua belum kenal each other secara dekat, and definitely too early to have real feelings, so it's still okay to be "heartless". Heartless yang realistic. Lain zaman, lain style dia. Kalau dulu2 time teenagers buli la kau masih blur2 apa yang kau cari dalam pasangan kau. But dalam umuran yg matang gitu, ndakan kau masih blur kan?
I just gave the kakak the situation. After kawin sama dis guy kan, you think he can take care of your keperluan especially pengangkutan pergi balik kerja, kos2 bulanan like hutang2 and tunggakan2 yang mau dijelaskan setiap bulan. Jangan pula lepas kawin nanti, sama juga orang lain yg hantar pegi balik kerja (cos tu kakak nda berapa berani bawa kereta dia sampai bandar sebab tu keta ada problem sikit and ada ni abang sepupu dia yg selalu tolong hantar dia dan anak dia balik rumah dari kerja). So I just imagine apa macam life tu kakak selepas dia kawin sama ni lelaki yg dia belum kenal. And dengan kakak tu yg sudah biasa hidup macam orang bujang, dia pun biasa lepak sama kawan2, jalan2 sama kawan2 dan bukan berperap ja di rumah. Sekali imbas, macam hubungan tu lebih banyak bawa faedah kepada lelaki tu ja setakat ni. And tu lelaki asyik bercakap pasal perancangan dia (walaupun sekali ja jumpa) and you know what, he fails to do something. Dia tidak pernah tanya sama ada tu kakak setuju atau tidak dengan semua rancangan dia. Dia main redah ja dan assume tu kakak ikut ja semua. Nda sandi ka tu? Hahahahahaha.
You know, after a few days, walaupun baru sekali jumpa tu, lelaki tu selalu call (dia tidak main taip2 wasap tu semua) and panggil dia sayang. Tu kakak rasa "geli" pula. Hahahahaha. Cos she said semua berlaku terlampau cepat sampai dia nda sempat fikir. Dia ndatau apa feeling dia sama tu lelaki sebab dia belum kenal tu org. Befikir juga dia, what makes tu lelaki so sure yang he can accept her flaws? Sebab the kakak ada temper yang buli tahan juga. Buli kah "main nikah2 ja dulu" and then baru deal with lain2 hal belakang hari? Hahahaha.
Ok actually sia ada point di sini. Selepas kita dengar dan nampak kegagalan rumah tangga di sana sini, kita sudah buli conclude yang marriage tu bukan satu jaminan kebahagiaan. Depends apa matlamat kau dalam hidup. To have someone by your side regardless what condition, or kau lebih pentingkan kebahagiaan diri kau. Lain orang, lain permintaan dalam life ni. Tiada siapa yang betul atau salah. But one thing for sure, kesusahan hidup tu satu kekangan besar dalam life kita. Kita tau cinta tidak buli bayar bill. Cinta itu tidak kekal. So atas understanding ni semua la, sia boleh terfikir soalan "Apa sia akan dapat kalau sia kawin sama kau" In fact berapa banyak rumahtangga di luar sana bukan bertahan pasal cinta cintun tu semua. It's more about kepentingan and tanggungjawab. And speaking of materialistic, sia sendiri pun bukan kategori materialistic TAPI sia masih akan tanya soalan tu (kalau sia di tempat si kakak) sebab hari2 kita pi kerja adalah untuk perbaiki kehidupan kan? So kita semua mau KEHIDUPAN YG LEBIH BAIK. Sanggup kita redah panas dan hujan untuk mencari kehidupan yg lebih baik tu. Itu perjuangan kita sehari-hari. Agree? Jadi apa point satu marriage tu kalau BUKAN jadikan hidup kita lebih baik dari dulu. Kau imagine la selama kau single, kau punya susah payah tu macamana. Imagine kau daki satu bukit yg tinggi. Kau sudah pernah tergelincir, tersandung, terlicin, tapi kau tetap teruskan pendakian. Tiba2 ada satu batu yang kau jumpa, sama ada batu tu kasi gulik kau balik pi bawah atau batu tu boleh anjakkan kau pi atas. Anggap la batu itu adalah marriage. Kalau kau tau batu tu akan kasi gulik kau pi bawah, kau mau ka berpaut sama tu batu?
So I'm sure si kakak masih berdilema ni sekarang. Everyday when dia jumpa sia, sia akan tanya dia, So apa macam sudah sekarang? Actually, sia punya suggestion sama dia adalah cari satu masa untuk cakap heart to heart, face to face sama dat guy. Sebab selama ni tu lelaki nda kasi chance dia bercakap. Let the guy hear her first and di sana la dia cakap terus terang apa pandangan dia sama hubungan yg instant tu. Kalau tu lelaki betul2 bersungguh, tengok la respond dia macamana. Kalau setakat INFATUATION tu, cepat datang cepat juga hilang. Rasanya kena give time sikit before cakap pasal kawin ni. Not just for the lady, for the guy pun sama. Cos once you agree kawan sama dat lady, life bukan sama macam zaman menduda tu. One more thing, mungkin kau buli jumpa beberapa kerat, but majority perempuan zaman sekarang tidak expect lelaki setakat cuci kaki cuci tangan masuk dalam life dia. Sebab kalau kau jumpa pun golongan yang sekerat dua ni, nda juga bagus dia end up maki kau di KRTB di FB tu kan? Hahahaha.
So just when you thought itu yg kau mau selama ni, tiba2 benda tu jatuh dari langit, adakah kau bersedia untuk sambut? Hahahaha. So inilah cerita menarik kawan sia. Soon we will know. Sebagai kawan yang paham kesusahan hidup dia, sia mau juga dia lebih happy. So we'll wait and see. Will update you guys. Hehe